Happy Three Friends

Miss Money

Monday 5 May 2014

Founder JOHO Concept Store Meninggal Dunia



JOHO Concept Store, bukan satu nama yang asing lagi
sekarang ni terutamanya di kalangan remaja di Johor Bahru.

JOHO merupakan satu jenama di bawah USS Sdn. Bhd. dan
telah menjadi trademark sejak 2010 lagi. Disebabkan rasa cinta
dan patriotik yang mendalam terhadap negeri Johor, sekumpulan
anak muda yang kreatif telah mencipta JOHO yang memang
original daripada Johor dan mula dikenali sejak 2010. 

JOHO menghasilkan pelbagai merchandise yang dapat menarik
sambutan yang sangat menggalakkan di kalngan remaja masa kini,
di samping dapat menunjukkan semangat patriotik dan cintakan
negeri Johor. Berdiri di atas tema 'Love, Trust, Respect', JOHO
bukan hanya membawa maksud satu jenama, tetapi juga
bermaksud 'gaya hidup'.

Kedai dia tepi jalan besar je, berhadapan dengan Danga Bay.
Aku pergi Bazar Karat ulang-alik lalu je depan kedai ni,
tapi aku belum singgah-singgah lagi. Dan memang berniat nak
singgah, cuma tak tahu bila. 

Dan pagi tadi, somebody message me bagitau owner JOHO
ni dah meninggal dunia kerana sakit jantung. He's just too young
to die. But God Almighty, dah sampai masa dia pergi. Innalillah~
Al-fatihah untuk beliau. Aku agak terkesan sebab aku ingat
yang meninggal tu krew Kukubesi, rupa-rupanya owner JOHO.
Talented and creative youth from Johor. I'm proud of him btw,
sebab aku sayang Johor tapi tak mampu menyumbang besar
macam apa yang beliau dah buat.

JOHO Concept Store

Alfatihah kepada Azrafe Zaky Abd Rahman (kiri)
Sumber Twitter

JOHO Concept Store

JOHO Concept Store


JOHO Concept Store

...damn...

aku cuma nak cakap...


...aku terkilan tak pergi store tu lebih awal...
terkilan sebab bila seseorang yang talented tu dah pergi selamanya
baru nak menghargai hasil karya dia...

mungkin sama macam rasa menghargai dan memberi anugerah
kepada P.ramlee hanya selepas beliau tiada... hmm



P/s : Arwah juga merupakan vokalis Band KOMPLOT. Al-fatihah


1 comment:

Umie Nadhirah said...

AL-FATIHAH....
kehilangan besar buat industri lokal