Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 27 May 2014

Tingkatkan Daya Imaginasi Kanak-kanak Dengan Cara Yang Betul



Aku tak boleh terima betul budak-budak kecik zaman sekarang ni asyik main game je 24 jam. Bukak TV nak main game, ambil smartphone mak ayah lepas tu main game, selamber badak bukak laptop / pc abang or kakak, lepas tu main game. Bila suruh buat benda lain, tak nak. Bila nak rampas balik segala gajet-gajet tu, mula lah nak menangis or memberontak / merajuk. Haishh kanak-kanak zaman sekarang ni...

Tapi tak boleh salahkan mereka 100% jugak, sebab aku selalu nampak mak bapaknya yang pujuk anak-anak dengan gajet-gajet tu. Bila anak nangis kat pasar malam, minta belikan mainan, mak ayahnya bagi budak tu main game kat phone supaya diam. Bila anak nangis tuntut janji nak pergi playground, mak ayahnya bagi main game kat laptop supaya budak tu lupa janji-janji manis tersebut. Even baby pun dah di-hadapkan dengan game supaya budak tu ketawa kegembiraan lah konon. Lama-lama budak tu bila besar macam dah takde life dah. Game~game~game~ halahai~~

Lagi satu aku nampak, bila budak-budak dah start nak meluahkan 'kreativitinya', terus kena marah budak tu. Sebab apa? Sebab conteng kat dinding. Terus terbantut keinginan budak tu nak bereksperimen dengan apa yang boleh dia lihat, sentuh dan rasa tu.

Aku belum ada anak lagi pun, belum kahwin lagi pun, jadi dengan rasa rendah dirinya, aku nak suggest beberapa idea agar anak-anak anda lebih bebas berimaginasi di samping dapat mendidik mereka agar tidak selalu bermain game semata-mata.

1. Biarkan mereka 'berkarya'


Kanak-kanak ni memang lumrah dia suka sangat menconteng. Pada kita menconteng lah, tapi pada dia, macam dia tengah melukis dan mewarna sesuatu yang hebat. Jadi, jangan sekat. Majority ibu bapa kurang gemar anak dia conteng dinding.

Jadi, untuk mengelakkan masalah anak anda conteng dinding rumah, belilah kertas mahjung yang warna putih besar-besar tu kan, lekatkan lah kat bahagian bawah dinding rumah anda. Lekatkan kat mana-mana dinding yang anda rasa berpotensi untuk diconteng oleh anak-anak anda. Anak-anak anda masa kecik kan comel-comel rendah-rendah je, sebab tu lah tampal kertas mahjung tu pada bahagian bawah tu je dah cukup. Reti tak? So, kalau dia nak conteng dinding pun tak kisah, sebab dinding tu dah tertutup dengan kertas mahjung..

2. Biarkan mereka 'membina'


Permainan Lego adalah yang terbaik untuk meningkatkan daya berimaginasi kanak-kanak. Aku sendiri pun suka betul dengan mainan Lego, sebab boleh buat rumah, buat kereta, buat robot, dinosour dan baaanyak lagi lah! Jangan bagi alasan mahal, sebab Lego memang mahal. Kat pasaraya sekarang, banyak je lego tiruan punya. Bawah Rm 20 dah boleh dapat. So, beli lah yang tu. Jangan lupa untuk teman anak anda main lego tu, takut tertelan pulak.

Dan jangan lupa juga, untuk puji anak-anak anda walaupun apa yang mereka 'bina' tu sebenarnya tak cantik pun. Kalau anda tak faham apa yang mereka 'bina' tu, tanya mereka balik...so jangan terkejut kalau sambungan lego yang tak bermakna bagi anda tu adalah rumah dia bila dia besar nanti, sambil dia tunjuk bilik dia kat mana, bilik anda kat mana...nampak? Sel-sel otaknya sedang berhubung kan~ hahaha :P

3. Biarkan mereka 'buat sendiri'


Anak : Mak, minggu depan hari guru. Nak bagi apa ye kat cikgu adik?

Mak : Owh, takpe..nanti mak carikan hadiah untuk cikgu adik ya :)

...tapi, lebih seronok kalau macam ni :

Anak : Mak, minggu depan hari guru. Nak bagi apa ye kat cikgu adik?

Mak : Hmm...apa kata kita buatkan kad hari guru untuk cikgu adik? :D

Maka, sebagai ibu, walaupun anda tak kreatif, tapi demi anak anda haruslah anda membuat sedikit research agar anak anda impressed dengan bakat dan ke-kreatifan anda. Try je google kad-kad yang simple dan mudah dibuat untuk anak anda. Belikan bahan atau guna je recycle material yang ada dalam rumah anda. Duduk bersama-sama anak anda, dan buat bersama-sama. Mungkin anda boleh guide dan biarkan anak anda buat sendiri.




Hasilnya mungkin tak kemas dan comot...


Tapi mereka tetap akan berbangga dengan hasil kerja mereka, jika anda memujinya :)

Memang benda-benda ni nampak macam tak perlu / remeh dan rasa ini cikgu tadika punya kerja, tapi benda-benda ni lah yang dapat meningkatkan tahap kanak-kanak berfikir, berimaginasi dan membina keyakinan diri mereka.



'Just let them grow in a normal way'




1 comment:

IntaNBerliaN said...

hihii bab yg dinding tu kan, umah akak ni penuh dgn seni kat dinding tu haaa... pernah tempek kertas mahjung tp tak jalan... si kakak alisha ni boleh pulak g koyak n conteng kat dinding gak... nanti nk pindah, jenuhlah kami mengecat semula...