Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 7 May 2014

Marah Semut Tulis Dalam Diari...Hahaha



Semalam kan, aku tak boleh nak lelap even jam dah pukul 1 pagi. Duk terguling sana, terguling sini...bahan bacaan aku memang dah habis, nak ulang balik baca komik-komik yang aku dah baca macam bosan pulak. So, aku selongkar balik diari-diari lama aku zaman-zaman sekolah dulu, dan baca (usaha untuk mengantukkan mata sendiri)

Bila baca diari aku dulu-dulu, rasa macam skema gila ayat aku. Paling tak boleh blah perkataan 'hendak' tu aku ganti kepada 'ingin'. Contoh ayat : 'Aku ingin nak makan nasi ayam'...euwwww pehal aku tulis macam tu seyh...then aku baru teringat..tu semua sebab pengaruh daripada komik-komik romantik Gempak Starz yang aku baca. Ayat-ayat dia kan sopan-santun sikit, tu yang aku terikut-ikut tu. Hadoi~

Baca punya baca, punya baca...aku terjumpa hasil luahan hati aku yang paling manja di abad ini..sedikit penerangan before aku kongsikan luahan hati aku tu, dulu aku sekolah asrama penuh, selalu homesick, selalu aku pujuk mak ayah aku datang melawat aku kat asrama dan bawakkan makanan lebih-lebih sikit. Eh eh itu homesick ke kebuluran?? Hahaha...

So, suatu hari..parent aku datang melawat aku, bawakkan nasi untuk aku makan malam nanti. Then bila malam tu aku nak makan nasi tu, sesuatu telah berlaku....dan sila baca luahan hati aku yang sayu ini....(sila sediakan tisu ya)







Sian kan aku? Korang rasa aku cukup berani tak untuk sharekan benda ni kat blog? Macam malu-malu comel gitu..hahahaha...
owh ye, ENTRY INI (KLIK) lebih memalukan aku..hahahaha~

Okay bye.. :p

cantikkan diari aku? siap ada gambar toilet bowl lagi..(hadiah daripada kawan aku)



5 comments:

eima said...

hahaha hang kecik2 dulu agak poyo hahaha ... tp comey betui la gaya hang tu dik oi ....

aku xde pengalaman cam hang ni sbb ai dok rumah + xde diari bagai ...

eima said...

hahah mmg terbaik .... ko buat aku tersenyum hahaha

Cik Anita said...

haha.

oke serius lawak.

tergelak baca entry ni. Aduhai. Word cerek tu. Lama dah tak sebut!!

hadzriena said...

hahaha.. okey itu mang lawak.. samapi semua nka marah.. tapi biasalah.. time kita rasa nak marah.. semut pung kita tak pikir dah.. >_<

reenapple said...

beselah.. kecil3 memang gitu. Kau simpan lagi diari masa tu? aku punya dah bakar semua. Haha


Aku rasa comel je ayat dalam diari kau tu.. hahaha