Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 28 May 2014

Mimpi Jatuh Dari Tempat Tinggi






Pernahkah korang mengalami mimpi jatuh dari tempat yang tinggi seperti itu? Berdasarkan beberapa sumber menyatakan, sesetengah mimpi jatuh ni ditafsir mengikut cara jatuhnya tu. Ada juga yang mengaitkan ia dengan gangguan mahkluk halus. Wallahuallam.

Masa aku tingkatan 5, aku pernah mimpi jatuh dari tempat tinggi. Masa tu tengahari kat dorm aku, antara lepas solat Zuhur nak tunggu waktu prep petang. Aku tidur kejap...


...tiba-tiba aku terasa badan aku tengah diterbangkan oleh seekor helang yang besar. Aku tak tahu bila helang tu kait baju aku dan bawak aku terbang. Masa tu keadaan aku macam terapung secara terlentang, kira aku mengadap kaki helang yang besar tu. Sekeliling aku hanya kelihatan awan dan langit semata-mata. Aku jerit minta helang tu lepaskan aku!

gigih mengedit gambar helang...


Helang tu lepaskan aku...tapi bila dah lepas, aku terus terjunam jatuh. Jatuh..jatuh dan terus jatuh! Masa jatuh ni lah yang aku rasa pelik, sebab bila aku terjaga dan aku ingat semula masa aku terjatuh dalam mimpi tu, aku cuba buka mata..tapi dengan bersusah-payah. Dalam keadaan yang separuh sedar tu, aku masih lagi terjatuh dalam mimpi, tapi aku dapat lihat kabur-kabur ruang dalam bilik dorm aku tu. Aku dapat lihat locker aku masa tu, tapi...

Belakang badan aku masih rasa macam aku tak jejak atas tilam yang aku tengah baring tu, memang rasa tengah jatuh. Kat telinga aku ni menderu-deru bunyi angin kuat sebab aku tengah terjatuh. Dia bukan bunyi angin bertiup kencang, tapi angin sebab kita terjatuh dari tempat tinggi. Sangat kuat bunyi tu. Aku terus terjatuh...terjatuh...dan terjatuh.... memang dada aku punya berdebar macam nak meletup. 

Bila aku tutup mata semula, bunyi angin tu hilang dan aku nampak semula awan dan langit kat sekeliling aku, tapi aku masih terjatuh masa tu. Banyak kali aku try bangun tapi tak boleh sebab aku tengah terjatuh. Macam terlepas jatuh daripada langit...tapi tak jejak ke mana-mana permukaan. Macam takde dasarnya...

Aku tak ingat macam mana aku bangun lepas tu, yang penting aku pelik kenapa aku mimpi macam tu. Siap boleh rasa terjatuh macam tu pulak tu. Haha..gila betul~


tapi...best jugak mimpi macam tu..macam pengalaman baru gitu~ Hahaha... :p


2 comments:

reenapple said...

Tetiba aku rasa mimpi kau ni ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Aku rasa macam pernahh alami mimpi cenggini tapi alhamdullilah aku cepat3 sedar even sedar tu pun secara mengejut. :

Anonymous said...

Saya di voodoo teruk oleh perempuan pinoy selama bertahun2.. Sampai saya dah masak sangat mentafsir mimpi sendiri.. Cuba buka forum agama atau tafsir ibnu sirin berlandaskan Quran Dan hadit