Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 25 September 2014

Bakar Lemak dengan Diet Atkins !!! :D


Salam!
Adakah anda seorang yang berbadan 'comel' dan selalu berdiet untuk menjadi kurus, tapi selaaaaalu je gagal??? Jika ya, anda mungkin patut mengubah pola pemakanan anda dengan mengikuti Diet Atkins yang akan saya terangkan dalam entry ini :D Tapi, sebelum tu, anda perlu faham beberapa perkara yang saya highlightkan ini ya :

Dah amalkan hidangan 'Low Fat' pun, masih gagal slimkan badan? Whyyyy???

Hidangan 'Low Fat' / Rendah Lemak bermaksud hidangan yang kurang atau sifar langsung kandungan lemaknya. Ramai yang amalkan diet macam ni, tapi gagal jugak! Yang berjaya pun biasanya akan kembali ke berat badan asal mereka dalam masa 1-2 tahun kerana tak tahan dalam jangka masa yg lama dengan diet tersebut yang menyebabkan mereka berasa lapar. Diet Low Fat adalah diet yang mengurangkan kadar pengambilan lemak, tetapi masih mengambil makanan bergula serta makanan yang mengandungi kuantiti karbohidrat yang tinggi, seperti meminum jus, makan roti dan makan banyak kentang. Hal inilah yang menyebabkan kenapa masih gagal kurangkan lemak dalam badan.

Kenapa Karbohidrat Tinggi Boleh Menghalang Penyingkiran Lemak Badan? Whyyyyy???

Karbohidrat akan diproses menjadi glukosa.
Dari segi sains, badan akan menggunakan glukosa terlebih dahulu sebagai 'bahan api' sebelum menggunakan lemak. Jika anda berdiet dengan mengambil banyak makanan yang tinggi karbohidrat, badan anda hanya akan membakar glukosa yang terhasil, manakala lemak anda tetap akan maintain.
Jadi, jika anda mengehadkan pengambilan karbohidrat untuk badan mengikut Diet Atkins iaitu 20g Karbohidrat sajerr sehari, bayangkan apa yang akan dibakar selepas glukosa daripada 20g karbohidrat itu habis digunakan??
BAKAR LEMAK ANDA LAHHH !!! :D


Memperkenalkan Diet Atkins oleh Dr. Robert C. Atkins


Suatu pelan diet yang mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarborhidrat tinggi seperti nasi, mi, roti, kentang dan gula, agar badan akan bertindak membakar pula lemak sebagai sumber tenaga selepas habis menggunakan glukosa.

Diet Atkins / Atkins Nutritional Approach (ANA) telah dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu dipatuhi dengan berdisiplin dan bersungguh-sungguh bagi mereka yang ingin men-slim-kan badan serta mencapai berat badan yang ideal.

Atkins Nutritional Approach (ANA)

1. Induction (minggu permulaan) - Minimum 2 minggu / lebih ikut keadaan dan berat badan
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime maintenance

Induction adalah peringkat yang paling penting sekali sebab ia adalah tapak permulaan perubahan corak pemakanan anda dan akan berbeza daripada apa yang anda lalui selama ini. Ia boleh dilakukan selama minimum 2 minggu dan dilanjutkan sehingga 6 bulan - 2 tahun, pendek kata, lagi tinggi berat badan anda/lagi susah berat badan anda nak turun, lagi lama anda perlu berada di tahap induction.


JANGAN MAKAN INI dalam tempoh induction :


1. Elakkan makan Nasi, mi, bihun, laksa, laksam, spagethi, fettucini, vermicelli, kuewtiow dan yang sekaum dengannya.
2. Elakkan makan Roti, roti berserat, roti bun, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sekaum dengannya
3. Elakkan gula (gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa2 yang bergula tinggi)
4. Elakkan buah-buahan (leps 2 minggu baru makan berpada-pada)
5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas dan kopi
6. Elakkan makan snek (Twistoes, biskut manis, popcorn, jeruk manis dll)
7. Elakkan segala bagai jenis kacang utk 2 minggu
8. Elakkan makanan yang diproses seperti kentang goreng, fishball, bebola sotong dll
9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut dan kuih-muih.

Whatt?? Semua tu tak boleh makan dalam tempoh Induction???

Hahaha..jangan risau, nampak macam dah takde benda yang tinggal untuk dimakan kan, tapi sebenarnya, apa yang korang boleh makan dalam tempoh induction tu laaagi sedap tau, jom tengok ni :


BOLEH MAKAN INI dlm tempoh induction :

1. Ayam (panggang, steam, bakar, sup, satay, goreng tanpa tepung)
2. Semua ikan (sama macam ayam)
3. Semua daging yg halal (sama macam ayam)
4. Udang (bakar, tomyam, goreng dgn cili boh)
*elakkan sotong kerama karbohidrat tinggi!
5. Sayur hijau! Lagi hijau, lagi bagus (sawi, bayam, timun)
*kurangkan lobak merah dan kentang
6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan (2-3 keping je per day)
7. Air mineral (8 gelas / lebih utk elakkan sembelit)
8. Pizza? Makan topping sahaja
9. Vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk tambah tenaga dan daya ketahanan badan

Dalam Diet Atkins ini, korang kena jangan ponteng makan! Kena makan! Kena sarapan, kena lunch dan kena makan malam sebelum jam 9! (ini digalakkan oleh Nabi Muhammad Saw)

Berikut pula antara contoh-contoh Atkins's Menu :
*carb = carbohydrate

Sarapan / Breakfast
1) Telur rebus - 1 biji - 0.6g carb
2) Chicken slice - 2-3 keping - 0.0g carb
3) Air suam - 1-2 gelas - 0g carb
4) Keju - 2 keping - 1g carb
(pilih salah satu je ye, bukan ngap semua~ haha)

Makan tengahari / malam
1. Ikan panggang - 1-2 keping - 0g carb
2. Sup Ayam - 1 mangkuk - 0.5 - 1g carb
3. Ayam goreng - 1-2 ketul - 0.5 - 1g carb
4. Sayuran hijau - 1 mangkuk - 1 - 3g carb
5. Telur goreng - 1- 2 biji - 1 - 1.5g carb
(pilih salah satu je ye, bukan ngap semua~ haha)


JANGAN LEBIH DPD 20G carb sehari kalau nak slim :D

Nasi
1 pinggan penuh = 88g carb
1/2 pinggan (separuh) = 44g carb
1/4 pinggan = 22g carb


Haaa....tu dia sedikit sebanyak penerangan tentang Diet Atkins ni (n_n) Agak logik jugak sebenarnya diet macam ni. So, once korang dah berjaya menyesuaikan diri dengan menu-menu diet Atkins ni, barulah boleh maintainkan berat badan, dan time tu bolehlah tukar kepada diet Islamik pulak seperti yang nabi kita buat dulu.. :)

Itu saja, harap bermanfaat ya. Terima kasih (n_n)



P/s : Setiap pelan diet ada pro contra nya. Apapun, diet untuk slim adalah untuk jangka masa pendek dan selepas itu barulah amalkan diet hidup yang sihat dan Islamik untuk sepanjang hayat.