Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 29 September 2014

HAMMU - Kartun Makanan Yang Kawaiiii~~


Salam!
Hari ni aku nak share sesuatu yang tersangatlah comelnya!!
Terima kasih kepada kawan aku, Crystal yang telah suggest aku supaya like page tersebut. Memang seronok dapat lihat 'kehidupan seorang makanan'. Hahah :p

Inilah Hammu...comell kan~~~Hammu ni adalah sejenis spesis Hamster. So, bila dia pergi kat makanan, makanan tu akan di'hamterized' kan bak kata pelukis tu, dan jadi sebuah big family..Haha

Hammu ni kartun-kartun dia memang special tentang makanan saje. Dan comel-comel sesangat. Seronok!! Jom tengok ni : 
Yg sekor putih tu je Hammu lah tu~ haha

Puding yg comel! Bila kita angkat je acuan daripada puding, puding tu akan bergetar-getar sikit. Itu yang boing~boing~~ tu :D

Haa..ini Tau Fu Fa, ataupun aku panggil ia Tahu Lembik..hahaha..selalu jual kat pasar malam tau..comel kan bila dia jadi kartun..hehe :p


Kaya Ball !! Siapa suka makan kaya ball?? :D
Gyahhh! Comelnya kalau potato chips macam ni. Memang aku bela sekor-sekor ni. Hahah :p
Okay, ini pula Pau!!! Tak boleh blah ayat 'ibu pau' kepada anak-anaknya tu; "Don't Panic and become a real Pau"...hahaha :p
Char Kuey pun ada!! Hahaha sedap nih..selalu bila makan memang aku pisah-pisahkan dia, tapi tak terfikir pulak macam ni. Sian diorang kena pisahkan. Haha..comel~comel~

Bayangkan kalau coklat-coklat kita turut membantu dalam percintaan kita kan~ Haha camnilah jadinya. Coklat pulak yang over~ Hihi~

Hahahaha...kesian sushiii~~ (>_<)
Yahooo! Aku suka Takoyaki~nyum~nyum sedapnye :D
Haaaa comel gila~~~~terasa nak makan pulak marshmallow ni~

Haa comel-comel kan kisah makanan di Hammu ni. Seronok tengok. Ini pulak antara ilustrasi poster makanan yang sangat comel jugak :








Haa...inilah Hammu in real life!! Tapi bukan binatang betul lah, felt craft je kot? Cuteeee sangat !!!


Saya Hammu!
Hammu bersama masternya (pelukis)


Comelnye laaa hai si mambang putih tu. Geram betul!!
Hammu tengah tengok kawan baru yang dalam proses. Haha..bulat lahhh sangat. Cam nak picit-picit je rase!!

Haa....itu sajelah tentang Hammu ya. Sangat comel kan (n_n) Semua gambar ni daripada FB Page Hammu sendiri, boleh lah terjah page beliau untuk tengok banyak lagi karya-karya yang best. Terima kasih sudi singgah sini (n_n)


Hahaha! Aku tak tau kenapa aku rasa yang ini sangat comellll!!


4 comments:

Sue-Rya Qistina said...

seriously comel sgt2..geram je tgk..hehehe

eima said...

satu pun aku tak leh tgk ... opis aku blog gambar kat FB ..pukul 4 kang br leh tgk huhuh

Diana Rashid said...

kalau ada video kan best..kan??mana la tau kot2 pelukis nya nak buat dalam bentuk animasi ke..heheh

Aisya A. said...

kalau tengok semua ni time lapar mau menangis jugak ni. haha!