Happy Three Friends

Miss Money

Monday 22 September 2014

Entry Penghargaan Sempena Yang Ke-7


Cinta monyet.
Lepas habis SPM, memang aku 'cari pengalaman'.
Hahaha~yelah..dah mak aku tak bagi aku bercinta masa sekolah~

Lelaki satu,
Misteri. Biasalah dulu kenal by phone kan~ tak pernah jumpa dan tak nak pun jumpa. Setiap kali dia call aku, mesti dia akan pasang lagu 'Mirae' nyanyian Kiroro tu sebagai background music perbualan kitorang. Lagu tema lah konon. Childish sungguh haha~ (-_-') Sampai sekarang aku tak tahu siapa dia tu. Misteri nusantara gitu~

Lelaki dua,
Jenis sukakan perempuan ala 'Perempuan Melayu Terakhir'
Huh! Langsung tak kena dengan aku. Nak yang rambut panjang lah (masa tu aku suka berambut pendek je), nak yang pandai masak lah, nak yang bersopan-santun lah. Adoi~ okay, clash~ Haha :p

Lelaki tiga,
Jenis yang nak mengubah aku dan apa yang aku pakai supaya nampak lebih bergaya pada pandangan mata dia. Zaman-zaman batu dulu kan, pernah menjadi trend pakai sneakers kan~ Aku pakai sneakers masa tu, dia pakai selipar. Dia boleh sound aku..dia cakap tak style lah pakai sneakers. Orang KL sekarang dah tak pakai sneakers lagi tau, semua pakai selipar. Huh! Poyo kan mamat tu~ Aku paling benci orang nak mengubah dress up aku. Rasa macam nak sumbat je selipar mamat tu dalam mulut dia sendiri. Dah lama dah clash~

Lelaki keempat...ya, lelaki ini,
Dia ini aku sunguh-sungguh doakan agar menjadi jodohku dunia akhirat. Nama dia ni lah nama lelaki pertama yang aku sebut dalam doa aku. Even pernah bercinta sebelum ni pun, tak pernah aku nak doa agar lelaki tu jodoh aku. Cuma yang ini, yang ini je aku sebut betul-betul nama penuh dia, dalam setiap doa aku supaya kami disatukan dunia dan akhirat. Sungguh!

Apa istimewanya dia?
Banyak! Semuanya istimewa. Tapi sebab utamanya adalah ini:

Dia telah mengajar aku macam mana nak sayang dan jadi rapat dengan family sendiri. Terus-terang aku cakap, dulu aku memang tak rapat dengan family aku. Aku asyik memberontak dan tak suka sembang-sembang dengan mak ayah aku. Aku tak tau kenapa, aku tak reti. Lepas aku kenal dia, aku selalu dengar cerita dia dengan family dia. Aku perhati macam mana dia layan dan manja-manja dengan mak ayah dia, dan dalam diam-diam aku cuba praktikkan dengan mak ayah aku sendiri. Sehinggalah sekarang, aku berjaya menjadi seorang anak yang manja dan gedik dan gila sayang betul dengan family aku!! Hahaha...

Dan sejak itu, aku rasa sangat-sangat gembira. Family aku yang dulunya macam tak meriah sangat pun sekarang macam dah bertukar menjadi 'gila' dan terpengaruh dengan anak dia yang gila aktif kalau kat rumah ni haa..:p bayangkanlah ayah aku yang dulu macam garang je tu dah boleh amek gambar lompat-lompat dengan aku dan adik aku sekarang ni. Hahaha.. :D

Dan aku tak boleh nak gambarkan kegembiraan dan betapa bahagianya aku dengan family aku. Aku selalu bersyukur 'jumpa' dia yang mengajar aku tentang itu. Kalau tak, mungkin aku tak pernah nak menghargai hubungan kekeluargaan yang aku ada sekarang ni. Sebab tu aku sayang betul kat lelaki ni tau. Hehe.. :)

Dan sebenarnya esok anniversary kami yang ke-7. Haha, countdown anniversary bercinta je lah yang mampu, nak countdown aniversary kahwin belum lagi~ Hahaha (n_n) Alhamdulillah...Okay tu je, bye~~~


P/s : cause after all of this time....I'm still...into you~ (Into You by Paramore)


4 comments:

Suria Amanda said...

Sweetnya...happy anniversary Lynn...hihihi...dh mcm baca novel dh akak ni ha...

nur anis said...

Happy Anniversary..Saya pun dulu bercinta 7 tahun..baru kahwin..heee..

farra fajima said...

lamanya weiii
aku paling lama pun 1 tahun pastu punohh =.='

cepat2 la kawen beb
leh aku dtg kenduri kau. hahaha
aku teringin nak jumpa kau depan2. mesti lawo seindah suria. hikss

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga jdooh itu ada..aaminn.