Salam...(n_n)
Perasan tak iklan poster ni dalam paper masa 31 Ogos hari tu?
Aku sangat-sangat suka ilustrasi ini. Sangat bermakna rasanya, sangat banyak sejarah dan kenangan di Malaysia daripada dulu sampailah sekarang. Hari tu, kat kedai makan, aku dengan abah aku khusyuk duk membelek satu-persatu scene yang terselit dalam poster bermakna ni :D
"Haha..comel je budak gemok ni berlari-lari" kata abah aku.
"Tengok ni...dulu gunting rambut macam ni, kat bawah pokok je..lepas tu ada gambar style rambut, pilih nak gunting macam mana..." abah explain kat aku. Hihi..
"Haa..bah tengok ni. Ni lah pawagam lama yang dekat KL tu, Lynn pernah lalu sini tau masa pergi shooting kat KL dulu.." Cheh! Aku pun nak berlagak macam tahu sangat lah kan. Haha
"Owhh..ha'ah..oO ini zaman dulu-dulu lah kononnya, masa tu tengah glamour cerita P.Ramlee.." sambung abah aku lepas baca tajuk 'Do Re Mi' pada lukisan pawagam tu.
Petronas pun mestilah kena interframe sekali kan, ini kan iklan mereka. Hehe..(n_n)
Apa lagi yang ada ya dalam poster ni....owh ya!!
Bas mini yang comel dan kereta Proton Saga!! :D Kereta pertama yang abah aku beli untuk bawak kami sekeluarga jalan-jalan..:D
Tak lupa juga kenangan Team Badminton Malaysia yang berjaya meraih Piala Thomas pada tahun 1992, turut diabadikan dalam poster ini :) how sweet kan~
Pada aku, poster merdeka ini memang cukup bermakna dan sangat nostalgia...
...dengan menjadikan kenangan masa dahulu sebagai subjek utama, sambil dilatarbelakangkan dengan kemajuan dan pembangunan yang kita sedang kecapi sekarang...rasa macam poster ni sangat-sangat klasik!
Tahniah Chong Fei Giap. Aku baru tahu kewujudan anda selepas karya ini. Nak tengok karya-karya beliau yang lain? Boleh jenguk sini : FB Chong Fei Giap (klik)
p/s : aku suka sangat dengan poster ni ! Hihi
4 comments:
okay cantik!!
biarpun ade mcm2 ramuan, tapi tak nampak crowded pun. nampak perfect! :D
cntik..
memberi 1000 kenangan tersndiri =)
Poster yang cantik dan memberi inspirasi kepada semua....
dah lama tgk tp tak menelek tak prasan pun semua tu ,.... hihihihi
Post a Comment