Happy Three Friends

Miss Money

Friday 19 September 2014

Pelajar Uitm Shah Alam Maut Dirempuh Kereta Pensyarah


Salam...
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali...

Seorang pelajar wanita yang bernama Fatin Farah Faraddia Binti Yusof (pelajar jurusan Sains Sukan) meninggal dunia akibat dirempuh oleh sebuah kereta Volkswagen Passat yang dibawa oleh seorang pensyarah wanita pada 18 September 2014 sekitar jam 5.30 petang, dalam kawasan kampus tersebut. Mangsa ketika itu sedang berjalan bersama seorang rakan, difahamkan baru balik daripada kuliah.



Menurut sumber, pensyarah wanita itu dikatakan mempunyai masalah kesihatan, menyebabkan beliau pengsan dan tertekan minyak sebelum merempuh mangsa. Walaubagaimanapun, kes ini masih disiasat pihak polis.


Pihak Uitm telah menyediakan sebuah bas untuk rakan-rakan arwah untuk ke kampung halaman beliau di Dungun, Terengganu bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dikebumikan selepas selesai bedah siasat pada jam 11.00 pagi hari ini (19/9/14)

Diharapkan Allah memberi kekuatan dan ketenangan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan arwah. Even aku tak kenal, tapi tetap rasa sedih sebab aku study sana dulu. Maca ada satu ikatan yang buat aku sama-sama rasa sedih...



Jangan salahkan sesiapa sebab maut memang tak mengenal tempat. Jangan pertikaikan lecturer tu "Apesal bawak kereta kalau dah tau sakit?", atau jangan pertikaikan arwah 'Kenapa jalan kat tepi jalan' dan jangan timbulkan pelbagai lagi soalan dan pendapat bodoh. Menurut beberapa orang student, bila lecturer tu dah sedar, dia menangis-menangis bagitau yang before tu dia sakit kepala sangat sebelum pengsan sekejap...jadi, jangan salahkan sesiapa dan bersabarlah...

Sekian, al-Fatihah.


1 comment:

eima said...

wlupun kita rasa berada di tempat yang selamat itu tidak bermakna ajal takan tiba kan .... huhuhu

semoga arwah ditempatkan disamping org beriman