Salam..\(n_n)/
Hoho, aku tak tahu ini idea penulis sendiri atau idea si pereka cover design novel ni, tapi hasilnya sangatlah awesome dan memberikan kejutan kepada pembaca novel ini, terutamanya aku yang mudah jakun dengan benda-benda macam ni. Hahaha :p
Tengok ni, nampak macam biasa je kan, takde pape yang menarik...
Masa tu, aku dah baca buku ni sampai separuh dah. Satu hari tu, buku ni aku letak je atas lantai, aku masa tu tengah golek-golek kat katil. Biasalah tak tau ape nak buat, so bergolek je kerjenye~ pandang siling, pandang dinding, pandang lantai, last-last aku pun pandang buku novel ni yang terdampar kat atas lantai tu..aku tenung je sambil teringat kisah-kisah yang dah aku baca dalam novel tu, sehinggalah aku terperasan something...
Aku macam, eh? Tulisan 'World' tu memang macam tu ke masa aku beli hari tu?? Then baru aku teringat, mana ada macam tu. Masa aku beli tu, tulisan 'World' tu penuh lagi kot~ Gambar atas tu pun dah jadi buktinya kan? Terus aku capai buku tu, nak try gosok tulisan berwarna merah tu dengan ibu jari aku. Slow-slow warna merah tu terkikis ke jari aku, menyebabkan tulisan tersebut 'hilang' daripada cover buku...aku try pulak buat kat tulisan warna putih tu, tak pulak tertanggal !!! Hahaha dan aku pun..
WOW!!!
Before After
Owh my God~~~
Pendekatan yang sangat menarik dan kreatif!! Kira warna dan tulisan 'world' yang hilang tu sendiri dah melambangkan tajuk dan isi kandungan novel tersebut iaitu, 'dunia yang hilang...' Isk..isk..Terharu rasanya sebab aku beli buku kreatif ini~~~
Tahap jakun aku : 9/10
p/s : jakun adalah perasaan keterujaan yang melampau terhadap sesuatu yang sebenarnya, takdelah best sangat pun. Hahaha
5 comments:
wah, menarik2.. 1st time dgr cover novel yg mcm ni. hehe
hahahaha ko ni mmg teliti la org nye dik .. terbaik ... lagi satu klu aku la ... aku tak pikir maksud tersirat tu ... aku kompom ckp tak berkualiti betui printing company ni .. cetakan murah ke hape ni .. har har har
lama tak menovel..eh ada gitu? hihi
Hati-hati , jangan buku itu pulak hilang sudah .
Saya mewakili syarikat yg mencetak novel The Lost World memohon maaf atas kesulitan yg berlaku. Pihak kami sedang menyiasat punca masalah ini & kami juga telahpun mengajukan perkara ni kpd subcontractor kami yg bertanggungjawab membuat effect hot stamping tersebut. Insha Allah pihak kami akan menghubungi Editor setelah selesai siasatan kami.
Post a Comment