Salam...
entry ini ditaip dengan perasaan yang sungguh tenang...sambil aku mengimbau kembali saat-saat aku beberapa kali 'dicekik' oleh restoran ini...
Oleh kerana owner restoran ini sendiri yang 'mentarafkan' restoran beliau bertaraf hotel dengan harga makanan yang mahal, maka aku rasa tak salah kalau aku buat review untuk Restoran ini sama macam aku review Restoran Upin Ipin, Vivo dan lain-lain lagi. Cuma aku ni memang jujur kalau buat review tak berbayar macam ni... :)
1. Hari first aku bekerja, aku makan kat restoran ni. Memang itu je pilihannya sebab sekeliling takde kedai makan lagi. Aku order:
Nasi putih + telur mata tuang kicap sikit : RM 2.50
Wow~mahal :) Telur tu pun kau goreng gitu je, pastu baru tuang kicap beberapa titis je. Bukannya telur masak kicap pun kan? So, aku cuba congak sendiri, mungkin : Nasi putih : Rm 1.50 Telur Rm 1....okay, fine~
2. Aku beli makanan tengahari :
Nasi Putih + Telur Dadar + Sambal Goreng (campuran tahu/tempe) : Rm 3.50
Okay terima kasih, pakcik (owner kedai). Agak berpatutan harganya bagi aku :)
3. Beberapa hari lepas tu, aku beli lagi menu tengahari yang sama macam hari tu, sebab murah; Nasi Putih + Telur Dadar + Sambal Goreng (campuran tahu/tempe), tiba-tiba kena RM 5! Aku pun hulur je lah duit, aku memang jenis yang terdiam bila terkejut macam tu. Pasrah dulu baru mengata. Hahaha~
4. Then tadi, baru jeeee niee...aku ada RM 5 je dalam purse aku. Bajet nak makan telur dadar dengan nasi putih.
Nasi putih + telur dadar + kuah kat nasi : RM 5 ??????
abah kau!!
Time ni aku dah menggigil marah masa kat kaunter tu. Terus aku tersound 'Mahalnye cik!!' . Muka makcik tu tetiba macam cuak, buat-buat check balik nasik aku, (kau sendiri tahu, if makcik tu dah kira betul, dia tak payah nak buat-buat tengok lagi, dia akan cakap terus harga nasi berapa, harga telur berapa, kan? Haa bila dia buat-buat check tu nampak nau dia sengaja cas lebih...Damn!!)
tengok-tengok bawah telur dadar sambil cakap 'hmm takde sayur ea?' .
Damn it! Damn it!! Boleh selamber badak je dia kira mula-mula tu sambil assume aku ade ambil sayur???? Aku dah buat muka, pastu dia tolak seringgit je.
Dah malas nak cakap lagi. Hulur Rm 4, terus blah. Sakit hati betul aku! Dah lah harga bertukar-tukar. Aku tak faham betul...aku boleh terima harga makanan yang mahal, tapi pastikan ia berbaloi, bukan sebab kau nak ambil kesempatan. Memang aku boikot kau lepas ni...!! Nak kaya cepat, usaha kena lebih, bukan letak harga mahal tapi tak munasabah..huhhh!
Moral : jangan cari pasal dengan blogger, kan dah aku buat review negatif pasal kau. Semua ni aku rasa tak perlu pun masuk blog, tapi disebabkan peristiwa ke-4 tu, buat aku tak boleh blah daa....semoga orang lain yang miskin macam aku tak terkena dengan restoran-restoran macam ni.
4 comments:
harga ikut mood ni..hii tak logik nasi dgn telur dadar ja sampai 5 ringgit.
tulah pasal,peniaga yang jual makanan macam nie,memang hentam keromo je.hari-hari boleh dikatakan harga berbeza,walhal ambik sama je..
nasi putih dgn telur total RM5..wah..memang mencekik betul ni..harga tak logik..
mmg amik ksmpatan depa ni..
Post a Comment