Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 17 September 2014

Risol Goreng??


Salam...(n_n)
Adakah korang tahu apa itu Risol?

Adakah?


Adakah??

Area tempat aku kerja ni, ada satu warung jual makanan bergoreng, tapi dia bukak petang je dan selalunya time aku balik kerja, warung ni memang dah tutup. So, aku just dapat tengok menu beliau je lah..Huhu~ ada jual goreng pisang biasa, goreng pisang cheese dan yang paling aku musykil sekali ialah Risol.

What the hell is Risol??

Nama macam Ridsect je, makanan ke tu??

Persoalan tersebut terus bermain-main di fikiran aku selama berbulan-bulan aku kerja kat sini, sampailah kelmarin, mak aku beli Risol tersebut masa dia datang nak amek aku balik kerja.

So...

Kat menu tu tulis Risol je, tapi aku google nama encik ni adalah Risoles~ class gitu~ macam nama artis~ haha

Apa itu Risoles??


Menurut cik kak yang jual kat warung tu, Risoles ni sejenis makanan orang Batam, dan belah-belah Indonesia sana. Owhh yeke, aku baru tahu~ Haha! So, luar dia tu macam tepung roti pastu dalam dia inti kentang (boleh tukar dengan bahan lain seperti ayam / daging / sayur-sayuran)

So, pada sesiapa nak cuba buat, boleh lah try ye....
Nah resepi Risoles di sini :

Bahan untuk kulit:

100 gm tepung gandum

2 biji telur

200cc air

100 cc susu segar

 ½ sudu makan marjerin yang sudah dicairkan



Bahan untuk isi: (ini buat mcm inti karipap pun boleh)

250 gm ayam/daging (dicencang)

2 biji ubi kentang (rebus dan potong kecil-kecil)

1 biji lobak merah (potong dadu)

6 ulas bawang putih

Sedikit lada putih

           Garam secukup rasa.           



Cara membuat:

1. Campur semua bahan kulit di atas.

2. Kemudian tapis. Panaskan kuali leper yang sudah disapu marjerin.

3. Ambil tiga sudu makan adunan dan dijadikan seperti lempeng.

4. Ulang sehingga adunan habis.    

5. Untuk menyediakan inti pula, tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan daging.

6. Apabila daging sudah setengah masak, masukkan ubi kentang dan lobak merah. Tambahkan lada putih dan garam.

7. Angkat dan sejukkan. Ambil sehelai kulit dan bubuh sesudu isi daging.

8. Lipat seperti bentuk popia. Sapu dengan putih telur dan salutkan dengan serbuk roti.

9. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.


Owhhh macam tu rupanya...hahaha..itu rupanyeeee sesuatu yang bernama Risoles. Maaf ya orang Batam sekalian, aku baru tahu tentang nama makanan ini :P Selalu aku tengok kat kedai roti gulung camni dalam dia sosej tu, tapi takdelah tulis nama dia Risol, just tulis roti sosej je. Hahah!

Owh ye, ada juga American Risoles tau! Korang boleh tengok resepi kat blog ni :D

Arghhh sedapnya! Lapar pulak dah :(

p/s : selamat mencuba (n_n)

4 comments:

ewanthology said...

macam popia

eima said...

menarik .... cam besh je kan

Diana Rashid said...

indonesia kat kedai depan umah akak ni ada jual.petang2 dia jual kuih..dengan bakso bagai..semua makanan indonesia la..tapi tengok ke dia tu tak rasa nak membeli.hahhahah

Adliza Azilda said...

Yeaayyyy... selama ni dok makan, ade jual kat petronas je. memang sedap. lepas ni boleh try. Thanks for recipe awakkkkkk. sayang ketat-ketat