Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 5 October 2015

MyWeddingJournal #2: Sewa Kanopi

Salam :D


Ya, sebagai ex-student jurusan seni, setiap progress amatlah dititikberatkan. Sampaikan gambar aku tengah sign invoice sewa khemah ni pun diambil juga. Hahaha (n_n) So, untuk khemah, aku sewa dengan ONZ CANOPY. Meh ushar sikit kanopi dia~


Pakej Emas (RM 350)
Actually aku dapat tau pasal Onz Canopy ni pun daripada sorang blogger ni. TQVM for her! Then aku terus ushar pakej sewa kanopi diorang kat sini (klik). Paling best, bila datang jumpa dengan ownernya, harga jadi lebih murah daripada yang aku dah kira-kira, plus dapat tambahan barang lagi haa...

Contoh pakej Emas macam dalam gambar tu, harga Rm350 dapat meja bulat 4, pastu takde riben. Tup2 bila datang sana, meja dia bagi 5 dan kerusi ada riben. Haha best betul! 


Khemah Pelamin (RM 450)
Actually, ada je lagi tempat sewa kanopi yang lebih murah, tapi so far yang aku research sekitar JB ni, ini yang paling berbaloi lah. Then, dia ada buat sewa khemah khas untuk pelamin. Harga Rm450, siap kain backdrop belakang + full platform stage siap karpet + lembayung / lelangit bawah khemah & lampu chandelliar! Just perfect untuk mereka yang teringin nak DIY pelamin sendiri. Orang lain mana ada sewakan khemah siap stage bagai kan~ hahah!

So, aku sewa dua khemah tu je, khemah untuk tetamu belah lelaki & khemah pelamin. InsyaAllah nanti aku buat sendiri pelamin, tapi tu citer dalam entry lain lah ye (n_n). Btw, servis daripada pihak Onz Canopy sangatlah mesranyee pun adoi. Kami hanya mampu tersengih saje dengar celoteh makcik pakcik tu bercerita. Haha punyalah tak boleh berhenti bercakap diorang tu :P


Tu lagi satu moment penting lah konon-konon, masa serah duit deposit. Nyum~nyum~ lega bila dah setel lagi satu benda, nasib time ni tak terapung macam masa lepas booking baju sanding tu. Hahaha..cuma muka aku je tak boleh blah kat situ, mcm ribena.

Haa okay lah tu saje....meh ushar ONZ CANOPY (klik). Seriously jangan memandai pergi tanpa call orang tu, sebab korang TAKKAN jumpa rumah dia kat mana. HAHAHA~ kitorang hari tu pun kena tunggu kat Masjid Kg. Kangkar Tebrau, pastu ownernya jemput kat situ bawak pegi rumah. Haa ok. bye! Thanx sudi singgah sini (n_n)

P/s: venue wedding aku nanti bukan kat dewan, mahupun di rumah, tapiiii.... kat food court, pelik kan? hahaha

9 comments:

Cik Anita said...

Memang happy bila nak urus hal kahwen, tapi kadang kadang akan berlaku sesuatu yang di luar jangkaan.

HEHE.

Tapi apa yang berlaku, tabahkan diri. Sbb dugaan nak kahwin tu akan ada. hee

Raz said...

tertarik dgn yg last... kat food court.. first time dengar

Diana Rashid said...

court tu mesti dekat dengan rumah..macam kawasan rumah akak ni..ramai yang buat kenduri kawen dekat food court ni sebab food court tu betul2 seberang jalan ni je..kiranya food court ni duduk dia tengah2 kawasn perumahan kami..untung wooo....hahhaha

eima said...

pesal rumah die jauh sgttersorok ke cam ne .. hehhehe wish u luck dik

Julia Johari said...

Seronoknya tgh urus majlis gilang gemilang, cukup puas hati ni dpt apa yang diidamkan, lawa la pelamin tu dik seriusly sis suka.

Aisya Ahamad said...

Cantik! Hehe. Sy hari tu sewa dari ayah member sekolah je. Takyah pening cari org lain. Hehe

Maria Firdz said...

Moga dipermudahkan urusan hari bahagia..

ct cheery said...

Bestnya urus hal kawen.hah? Napa Kat food court Wei?

Siti Rohaida Yusof said...

wah..da nak kawen ye...kena banyak survey kalau nak kawen ni...of courselah kena budget betul2 kan