Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 29 October 2015

MyWeddingJournal #3: Done HIV Test Kahwin (Johor)

Salam (n_n)


Haa, lepas aku renew lesen P ke CDL hari tu, on the way nak balik singgah jap Klinik Tampoi untuk buat HIV Test untuk kahwin. Senang je tau prosedur nya :D

1. Mula-mula, pergi pejabat agama yang berdekatan untuk ambil borang ujian HIV. Borang HIV ni memang takde / tak boleh print daripada website, kena datang ambil jugak kat pejabat agama. Untuk orang Johor, borangnya camni haa...


Borang Persetujuan Menjalani HIV Test, korang akan dapat borang ni berserta envelope putih (dah siap cop dengan alamat pejabat agama) dan juga lampiran senarai klinik dan masa mereka menyediakan khidmat ujian HIV ni.


So, dah alang-alang hari Isnin tu aku cuti, terus je cari klinik yang boleh buat Hiv Test untuk hari Isnin, nasib ada yang bersesuaian dengan masa aku dan sekali jalan je untuk balik rumah, iaitu Klinik Tampoi. Borang tu isi dulu ye..

2. Dah sampai klinik, ambiklah no.giliran, serah borang di kaunter dan ikut arahan nurse kat sana nanti.

3. Bila nombor dipanggil, haa bersiap-sedialah untuk diambil darah ye. Aku mula-mula control cool je, bila nampak nurse dah get ready nak cucuk lengan aku, terus aku kecoh tanye kak sakit tak? Hahaha :p Rupanya tak sakit langsung!! Huahaha :p oh btw dia bukan cucuk kat lengan tau, tapi kat belah dalam siku.

4. Korang akan diberi satu risalah yang mengandungi soalan2 untuk ujian Talesemia. So, sementara darah kita tu disaring di makmal, sila lah jawab soalan dalam risalah bawah ni ye..


Mostly berkenaan hal-hal wanita lah kan contoh macam kitaran haid kita, senggugut ke tak, then sejarah perubatan kita kalau ada, dan banyak lagi lah. Talesemia test ni untuk pempuan je, kalau lelaki hari tu tunang aku cakap, dia punya test ala-ala pasal psikologi kot? Sebab antara soalannya adalah "Pernahkah anda rasa ingin membunuh diri?" Haaa..aiyok :p

5. Dah siap jawab, hantar kat nurse. Pastu nurse akan bagitau result HIV Test kita tu :D Result test tu nanti nurse akan siap-siap terus masukkan dalam envelope yang kita dapat sekali dengan borang HIV tu, untuk diberi pada pihak Pejabat Agama pulak :D


So, dah setel! Keputusan HIV ni valid untuk 6 bulan je tau. Alhamdulillah (n_n)..skang tinggal nak tunggu interview je haa. Kat Johor dan certain negeri lain, nak kawin kena interview dulu tau. Nervous tak nervous ngko rasa~ Hahaha! Okay tu je, thanx sudi singgah sini :)

P/s: balik rumah, aku asyik tengok je tempat yang kena cucuk tu, rasa tak caya dah pernah kena ambil darah. Haha itu pun nak jakun, ntah pape :p Haha~

3 comments:

Ana Jingga said...

Alhamdulillah, semakin banyak yang telah Lynn settle kan menuju hari bahagia.. :)

ct cheery said...

Aku dah banyak Kali kena Amik darah pun still seriyau nmpk jarum.hehe

Unknown said...

Kalau kt sarawak tak perlu pun HIV test tapi hari tu buat jugak sebab cik abg bising suruh buat. Tak pasal2 kne cucuk jarum. Haha.