Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 5 October 2015

Review Hipster Cafe Bazar Karat & JDT Cafe

Salam :D
Kali ni aku nak review 2 restoran sekaligus, sebab asyik tergendala je bila nak update. Padahal kejadian ni dah lama jadi dah. Haha~ So, the first cafe is JDT'S Fan Cafe!! Yeaahhh~

Cafe: Southern Tigers
Lokasi: Roundabout Airport Senai, Johor


Daripada segi menu dia, biasa-biasa je, macam restoran biasa, cuma yang menariknya adalah pemandangan daripada balkoni dia. Yup, cafe Southern Tiger ni 2 tingkat. Masa pergi hari tu, memang aku nak makan kat balkoni dia tu lah. Best tau view, jam yang atas dia ada kapal terbang tu, boleh berpusing-pusing tau. Tapi slow je lah pusing dia tu. Pastu, kapal terbang tu bukan replika, tapi ianya adalah kapal terbang sebenar! Haa...jakun tak? Hahaha~




Range harga standard macam kedai biasa. Recommended just in case korang nak feeling2 ber-candle light dinner kan, boleh lah makan kat sini, dan wajib duduk di ruang balkoni tu ye. Baru romantik sikit! Hahah :D okay, next is...


Cafe: Dapur Jendela
Lokasi: Bazar Karat / Pasar Karat, JB (Area lorong peniaga Cina)


Kami duk belah luar je masa tu, sebab lebih santai. Ini kalau malam lagi meriah tau sebab sepanjang jalan tu ada bazar jual-jual. Sangatlah best dan meriah! Haha :D 


Sini yang bestnya sebab ada jual makanan tradisional macam lempeng, nasi kukus dan roti jala. Harga okaylah, standard. Roti jala tu pun Rm5 je. Sesuai kalau nak makan yang ringan-ringan kan :D Menu book dia pun comel, macam buku citer kanak-kanak (n_n)

So, okay tu je lah 2 cafe yang aku pergi hari tu. Yang rasa nak pergi lagi adalah Cafe Dapur Jendela tu lah, sebab banyak menu sedap-sedap plus harga pun berpatutan :D Thanx sudi singgah sini!

P/s: Welcome to JB ;)

4 comments:

eima said...

menarik juga kot trn jb lagi boleh la carri

safurara said...

nt g jalan JB leh g singgah~.hehehe

Julia Johari said...

Seronok tgk adik ber food review...menariklah makan depan jam tu...romantik

CEO Mak said...

Wahh saya org JB pon belum sampai lagi restoran kat airport tu.. few months back selalu gi airport kedai tu xde lagi.. nanti nak pergi lah.. hehe

Jemput singgah ke blog saya ye..
PROTEIN BAIK UNTUK MEMULAKAN PAGI