Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 29 October 2015

Peranan Waris Menguruskan Harta Si Mati

Salam.


Okay ini sekadar perkongsian, sebab aku pun baru alert sikit dengan benda ni lepas tengok abah aku sendiri sebagai waris, perlu menguruskan pembahagian harta pusaka arwah adik beliau (pakcik kami) yang tidak ada waris sebab takde isteri / anak. Jadi, harta pusaka dibahagikan dengan adik-beradik saja.

Yang pertama, perlulah diselesaikan dengan merujuk pada wasiat arwah. Ini ada hitam putih dan mengikut syariat agama. Tapi bukan ni yang aku nak citer. Ianya adalah something additional yang pada aku, wajarlah dibuat oleh kita sebagai waris (Islam) untuk membantu arwah di 'sana', iaitu...

1. Badal haji
Juga dikenali sebagai upah haji. Apa salahnya ambil sedikit daripada jumlah harta pusaka tersebut untuk upah haji si arwah. Lagipun tu kan duit arwah yang arwah kumpul sendiri masa dia hidup dulu, so segan-seganlah sikit. Takkan nak kaut semua harta dia tanpa memikirkan keadaan arwah kat sana, kan? Kesian kat arwah. Mudah-mudahan, dengan upah haji ini dapatlah sedikit ganjaran buat arwah kelak. InsyaAllah~

2. Infaq yang ganjarannya berterusan
Ya, jangan lupa dermakan sebahagian hartanya kepada yang memerlukan. Paling baik adalah meng'infaq'kannya kepada sesuatu yang boleh menjamin ganjaran pahala yang berterusan buat si arwah. Macam mana?

Cara paling mudah adalah infaqkan duitnya untuk pembinaan masjid. Membantu membina masjid adalah sesuatu yang mulia, dan bila ia siap, bayangkan kita akan dapat ganjaran selagi mana ada orang yang menggunakan masjid tersebut untuk tujuan yang baik. Jadi, ada kalanya kita yang masih hidup ni selalu alpa, di saat kita terlupa nak sedekahkan al-Fatihah / doa buat arwah, insyaAllah, ganjaran hasil infaq ni diharapkan dapat membantu arwah :)

***************************************

Apapun, dua hal tersebut takde dalam hitam putih dokumen wasiat. Kalau nak buat, kena berbincang sesama waris yang dapat harta pusaka tersebut. Alhamdulillah, adik-beradik arwah semua sama-sama setuju untuk tolak sikit daripada bahagian masing-masing untuk dibuat badal haji dan infaq kepada pembinaan masjid. Semoga, ada ganjaran buat beliau. Aminn (n_n)


P/s: banyak benda tentang kehidupan yang kita belajar daripada ayah :)

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

thanks for sharing

eima said...

alhamdulillah ...kami dah buat badal hj untuk arwah mak ....harta tak de nak infaq kan ....

Diya Hanun said...

Sangat bermanfaat ^_^

ct cheery said...

Gud sharing.alhamdulillah upah haji nenek 2 blah pihak makayh dah settle

PeRdU cINta said...

Betul..pengurusan setiap harta si mati sangat penting..

Diana Rashid said...

waris kena tahu ni..jangan main kaut je..kan??heheh