Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 13 October 2015

Pos Barang Tak Boleh Guna Plastik Tong Sampah??

Salam!


Huh, panas pulak aku dengan pejabat pos tempat aku ni. Semalam masa tengah makan, abah aku citer kat aku, yang staff pejabat pos tu sound abah aku, dia cakap tak boleh guna plastik tong sampah yang warna hitam tu untuk pos laju.

Then aku macam, WHATTTTT???

***********************************

Okay, flashback. Nak tahu apesal aku panas sangat bila dengar macam tu? Ni citer 3 tahun lalu.....

Masa tu aku habis study dah, bisnes pillow pun baru nak berkembang. Takde pengalaman langsung camne nak hantar parcel kan. Aku dengan abah balut je pillow tu guna kertas coklat yang senang koyak tu haa, pastu salotape bebanyak...(maklumlah takde pengalaman kan). Sampai kat post office, sorang staff tegur kami.

"Tak boleh encik, bungkus parcel macam ni. Senang koyak ni...."


So, kitorang pun tanye lah, nak guna apa ya kalau camtu? Kalau guna kotak membazir lah, confirm postage mahal sebab kotak je yang berat, padahal pillow ringan gila kot~ Then if guna sampul plastik pos laju tu, bukannye muattt pun..sobs..Pillow aku besar kot, takkan nak beli sampul yang besar. Confirm rege lagi mahal.  And staff tu cakap,

"Balut guna plastik lah, tahan lama sikit. Plastik sampah yang besar warna hitam tu pun boleh..."

*************************************

See???? So, celah mana nya yang tak boleh?? Staff dia sendiri yang suggest camtu, pastu tetiba staff lain kata lain pulak. Bila abah aku cakap dulu orang pos laju jugak yang ajar guna plastik camtu, staff yang tegur abah aku semalam tu balas...

"Memang tak boleh, encik. Saya dah kerja 5 tahun kat sini..tak boleh..."

Owh yeah? Aku pun dah 3 tahun balut parcel tu guna plastik tong sampah tu, okay je boleh diterima. Lagi pulak plastik tu aku beli yang durable dan tebal tau! Bila tanya apesal tak boleh, tak cakap pulak kenapa. Ini boleh kena penampor FREE nih!

P/s: Menci! Menci! Menci! Dah lah kalau hantar barang kat rumah, tak reti nak tunggu. Tak sampai 2 saat kau berhenti, terus blah tinggalkan notis 'Sila Ambil Parcel di Pejabat Pos'.. PUii!

8 comments:

Jueliza Jamani said...

boleh jer sebenarnya.. nanti timbang jugak.. cuma kalo kotak, kena beli kotak pehtu kena charge berat lagi.. baper bnyak nak charge kan...

Diana Rashid said...

Ye ke tak boleh..habis tu tanya dia nk bungkus guna apa..itu tak boleh ini tak boleh kalau diaorang sediakan kelengkapan semua cukup tak pe jugK..NI TAK..NAK MACAM ITU MACAM INI PADAHAL ORANG LAIN TAK TAHU PUN..DIAORANG SENDIRI PANDAI2 KATA ITU TAK BOLEH INI TAK BOLEH..

ct cheery said...

Pasal plak xleh..ko luku jer kepala kerani tu.memandai xboleh pulak..

Raz said...

yeke? x friendly customer btol..huhu

anajingga said...

adoi macam-macam peraturan baru depa ni suka2 je kan Lynn, dari barang rosak tak pulak nak ganti nanti.

dalila said...

satu company tp lain2 plak pendapat..kejap bole kejap xbole..buat customer pening je..

Siti Rohaida Yusof said...

makin sakit hati dengan poslaju.service makin lembab..

Unknown said...

Terima kasih info ye. Baru nk belajar bole ke tidak nk balut dgn plestik hitam.