Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 28 October 2015

Putih Kelabu Itu Smart Casual

Salam.
Aku tak tau sejak bila aku suka sesuatu yang berwarna kelabu, terutamanya daripada segi handbag, pakaian dan kasut. Serius kelabu sangat macam misteri, dia macam takde perasaan. Hahaha :D Cuci-cuci mata kat Zalora, banyak pulak tu yang warna kelabu. Ni nak aniaya aku ke apa? Hahaha~
Handbag putih kelabu dalam gambar tu pun aku beli kat Zalora sebab sangat tertarik dengan corak simetri garis-garis dia yang berwarna kelabu tu. Futuristik sangat~ dan jarang jumpa, so aku TERbeli..hahaha~
Ada dua lagi pilihan warna. Kalau nak beli sling bag tu, bolehlah klik SINI ya (n_n)

Dua kasut ni pun sangat unik di mata aku. Yang atas tu, sneakers je pun tapi nampak mahal sebab ada tekstur Quilting kat situ, warnanya pulak kelabu / silver, memang nampak feminin kalau pakai. Klik sini untuk beli sneakers quilted tu :)

Kasut bawah yang kelabu gelap tu pulak simple tapi menarik sebab ada macam bintik-bintik kilat. Tapi kilat dia takdelah menghelip kan, just nice. Hahaha suka! Suka! Kalau nak beli, bolehlah klik sini.

************************************
Dulu tak suka warna kelabu, sekarang dah suka sikit, so aku rasa personaliti aku pun mungkin dah ada perubahan sikit. Jom check, kot ada antara anda yang suka warna kelabu jugak..hehe

Personaliti Berdasarkan Warna Kegemaran : Kelabu / Silver

1. Anda bersikap natural terhadap kehidupan
2. Anda mencuba melindungi diri daripada kekacauan / huru-hara yang sedang berlaku di dunia ini (hampir kepada mengasingkan diri daripada sesiapa dan merasakan diri not belong to anywhere)
3. Anda lebih gemar kehidupan yang selamat, terjamin dan seimbang
4. Anda bersikap praktikal dan tenang, serta tidak suka menarik perhatian dan hanya mahu cari pengisian untuk hidup
5. Kelabu adalah warna yang neutral tetapi ada tenaganya, cuma anda tidak mahu menunjukkannya secara berlebihan terhadap sesuatu
6. Anda suka menambahkan sedikit warna-warna terhadap warna kelabu anda...ya betul lah tu, macam tudung warna-warni aku tadi tu. Hahaha ada banyak lagi, malas nak translate :p Okay tu je bye!

P/s: kelabu tu juga adalah jerebu...:p

6 comments:

Amanda Suria said...

kelabu memang cantik..buat tema wedding la dik...

anajingga said...

kelabu ni rare kan Lynn, tapi mudah nak match dengan pelbagai warna..cantik semuanya :)

Julia Johari said...

Serius beg zalora tu lawa betul...alaaaa dah tertengok susah la ni kang teringat2 hehhee

eima said...

aku pun suka kelabu ... klu laki aku pakai kelabu aku rasa die sesuatu la .... suka sgt ..hahahhahaha

ct cheery said...

Aku kalo x semangat nak Hidup pakai kelabu hahahah .tapi kelabu nih rasa smart and casual

Mommy Cici said...

suka jugak kelabu ni . kalau office attire pun prefer seluar kelabu. tudung kelabu pun macam senang match dengan outfits. handbag kelabu pernah ada jugak. heheheh. betul la , kelabu macam takde perasaan sikit. hiks