Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 4 September 2014

Kisah Ngeri Aku Dengan Gam UHU Super Glue Ultra Fast !!


Salam...(-_-')
korang~ nak dengar cerita tak~~wuwuwu



Hari tu, adalah hari yang paling ngeri dalam sejarah pembuatan bantal aku. Hahaha...eh eh kata ngeri, tapi ketawa pulak (-_-').. Macam ni ceritanya...

Gam UHU Super Glue Ultra Fast ni memang dah sebulan ada dalam bilik aku, sebab adik aku tersalah beli masa aku kirim kat dia. Gam ni sangat kuat, biasa aku guna gam UHU kuning yang biasa tu je. Kena tangan pun steady je kan basuh guna air.

Tapi, nak jadi kisah kejadian ngeri, satu malam tu masa aku tengah teruja siapkan order bantal, aku nak lekatkan button kat pillow tu. Tapi, gam UHU aku yang biasa tu dah habis. Habis aku selongkar rak aku semua, tak jumpa pun kot-kot ade spare ke kan terselit celah-celah meja. Tapi takde...aku mengeluh. Sebab tak sabar nak siapkan bantal tu. Kiranya lepas je lekatkan button, bantal tu dah siap dan boleh terus bungkus je untuk pos esok hari. Gangguan yang annoying~ aku pandang sekeliling bilik....

dan ternampak lah Gam UHU Super Glue tu....hmm~
akhirnya, aku nekad nak guna gam UHU yang kuat nak mampos tu sebagai jalan alternatif. Memang dah set mind dan supaya berhati-hati, sebab gam tu kuat, jangan sampai kena tangan!!

Aku pegang button tu macam ni, dan picit gam UHU tu daripada atas camtu (gigih edit gambar)

Masa aku picit tu, aku tengok sikit je gam nya yang keluar, then aku pun picit lah lagi dan lagi, dalam hati pelik gak..apesal gam ni macam tak keluar banyak pun? At that moment aku tersedar yang gam tu dah kena bahagian hujung jari aku dan serta-merta kering, terus aku gelabah. Terlepas gam tu dengan button tu sekali...and guess what??? Rupa-rupanya gam tu dah meleleh sampai ke celah-celah jari dan tangan aku!! OMG!! Makkk~~~help~~~

*Silap aku sebab aku ni tak tahu yang tekstur gam UHU jenis SUPER GLUE Ultra Fast ni sangat berbeza dengan tekstur gam UHU yang biasa aku guna tu! Tekstur gam UHU Super Glue Ultra Fast adalah macam air biasa dan ia tak pekat likat macam gam UHU biasa. Patutlah aku tak rasa gam ni dah mengalir kat tangan aku, sebab tak sempat meleleh lagi di dah kering. Masa aku picit-picit tu, gam tu memang dah sampai ke celah-celah jari aku. Hish!

Ni bukan tangan aku, aku edit dan guna warna merah untuk kesan yang dramatik gitu~ masa aku perasan yang celah jari aku (antara jari telunjuk dengan hantu) tu dah berlumur dengan gam UHU Super Glue tu, masa tu dah melekat kuat dah dua jari aku, gam tu cepat gila kering. Aku dah panik gila cuba regangkan tangan aku..ya Allah nasib aku cepat, still boleh pisahkan dua jari aku tu..itu pun rasa sakit nak bukak, masa pisahkan tu, dia punya gam dah macam bila kita angkat pizza yang ada cheese tu. Haha :p

Terus aku berlari pergi bilik air, sambil jerit...

"Makkkk....tangan Lynn kena gam gajahhh!! Nak hilangkan guna minyak apa haaa??" suara time tu dah menggigil cuak.. Hahahaha kecoh betul~

Kat sinki bilik air tu, aku gosok-gosok tangan aku yang kena gam tu, bila kena air je, gam tu terus kering dan bahagian tangan aku yang kena tu terus jadi macam plastik!! Aku bandingkan dengan tangan aku yang lagi sebelah. Fiuh memang ketara gila beza, macam plastik tangan aku! Sempat jugak aku jeling tengok tangan aku yang 'cedera' tu ada ke tak berubah bentuk ke apa...(over gila sebab takut gam tu menghakis tangan aku macam asid..kang hilang tetiba tangan..hahaha)

Time-time tu lah, aku dengar bunyi motor masuk laman rumah. Yesss!! Hero aku dah balik!! Terus pergi bawah jerit...

"Abahhhhh....camane nak hilangkan gam gajah ni daripada tangan??"

**************************************

Dekat satu jam aku kat laman rumah tu duk menggosok tangan aku yang 'cedera' tu sambil bertubi-tubi aku tanya abah aku...

"Abah pernah kena gam gajah tak?"

"Abah kena dulu cepat hilang tak??"

"Abah guna minyak motor ni lah ea..?"

"Abah kena banyak tak masa tu kat tangan?"

dan pelbagai soalan lagi, sebab aku risau gila gam tu macam tak nak hilang..T_T

*****************************************

Cara aku hilangkan kesan Gam UHU Super Glue kat tangan :

1. Gosok selama satu jam dengan minyak motor (selang-seli bilaskan dengan air)

2. Gosok dengan minyak masak selama 15 minit (untuk tanggalkan sisa-sisa gam yang masih degil)

3. Gosok dengan sabun mandi pulak (10 minit je sebab aku dah penat, dan jari aku mulai normal semula)

********************************************

Begitulah kisah ngeri aku dengan gam uhu ultra fast ini. Lepas je settle bersihkan tangan, aku dah terbentang je, penat dan malas nak sambung buat bantal. Aku belek-belek packaging gam durjana tu tadi, dan baca amaran...

"Bahaya!Jangan gosok bahagian mata ketika menggunakan gam ini, kulit mata (kelopak mata) akan melekat serta-merta kurang dari seminit!"

Damn! Nasib baik aku tak tergosok mata tadi. Gila betul gam ni!

Nyah kau dari sini! Yarghhh! Yarghhh!!



p/s : aku bebel sendiri, bodoh betul aku guna gam ni tak pakai sarung tangan...tetiba mak aku cakap, kalau pakai sarung tangan lagilah ngeri, kalau sarung tangan tu bocor nanti tangan pun melekat sekali dengan sarung tangan tu, dah tak boleh bukak...err....imaginasi mak aku memang boleh tahan...patutlah anak dia terikut-ikut..(-_-')


20 comments:

sitirohaida said...

kita pun ngeri dengan gam gajah nie..

Hafiz Hafizol said...

woah serius seram weeii..


cuba kalau awak tergosok kelopok mata, habis mata tak boleh berkelip.. seramnya... nak tido tak boleh sebab mata tak boleh pejam.. terbukak je 24 jam.. bahye weyh.. (kemain imaginasi)

Unknown said...

alahai. hehe..
rasa mcm nak gelak tapi kesian la pulak tapiii memang kelakar lah. hehehe

reenapple said...

Aku masa kecik kecik selalu main benda ni. Lekatkan kat tangan dan korek yg kering kat tangan. Heee.

Ok. Aku seorang budak pelik. Kakaka

eima said...

hahahahhaha
even nama die uhu super glue tapi gajah jg glemer ... hihi

dik cite ko ni kelakar gile la ...

nuyui a.k.a miss YUI said...

uih xdpt yui bygkan..

gam gajah biasa tu pun dah rasa ngeri n lama nak ilang..huhuh

p/s: inshaALLAH t yui buat enty utk elak mancut or cara atasi.

aiman mania said...

haaahaaahaaa..lawak plak citernya.susahkan nak dapat duit....aigoooo.......hati hatilah lain kali....nasib baik tak kena bibir....nnati tak pasal2 jadi bisu tak leh bukak mulut...lol..hahahahahah

ct cheery said...

pergh..horror giler citer awk..haha
sy fikir tgn smpai berdarah sbb picture ats tu..kahkahkah..tiba-tiba saya pulak yang cuak..kahkahkah

Miss Sasu said...

ala ciannya dia..
gam gajah ni kan kuat. sama cm gajah gak ..hahaha.

btw, siapa nak kurus secara sihat dengan bacaan kalori, boleh follow me ok.

thanks.. i follow u..

Unknown said...

Memang kena buat tiga2 cara tu ke?? Alahai~penat la kalau mcm tu..btw nice experience ;-)

Anonymous said...

Hahaha.. sebijik gam yg kne kt tngn mak..

Unknown said...

huhu sy pon kna pg td..tgh usaha rendam dlm air pns dan sabun..slowly sgt...

nini said...

Wahhhhh sangattt scaryyyy okkk

Izzy Helianthus said...

Kalau yang rajin tu, beli nail lacquer remover. Elianto ada jual. Saya guna yang tu je untuk buangkan kesan gam gajah/super glue. Acetone boleh menghilangkan kesan tu. Tapi kena sapu losyen kat kulit lepas tu supaya kulit lembap balik.

Anonymous said...

Ha ha ha gila ngeri dia punya takot ha ha ha lawak sungguh.

Lydia Miza said...

Adehh akk plan nk beli terus tak jadik.ngeri okey

rizalahmed69@gmail.com said...

Oh tidak jangan

rizalahmed69@gmail.com said...

Oh tidak jangan..

matsam said...

Andwaeee

Unknown said...

Anak akak baru pas kena jap tadi.. nak cuba buat tp dia da nak tidur