Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 4 September 2014

Review Novel The Lost World (Helmi Effendy) #1


Salam... :D
Aku pilih antara dua novel ini masa di kedai buku Popular hari tu.

 

Joni Togo berkisar tentang hantu, yang aku fikir memang lah best, tapi...akan membuatkan aku rasa seram nak tidur selama seminggu sekurang-kurangnya. Haha, The Lost World not bad jugak, berkisar tentang sekumpulan besar pelajar U yang nak pergi ke Langkawi, tiba-tiba terhempas di sebuah pulau yang tak dicartakan dalam peta dunia, betul-betul di tengah-tengah Laut China Selatan! So, akhirnya aku memilih The Lost World...sebab ia novel imaginasi dan aku nak tengok sejauh mana penulis ni berimaginasi~ Hahaha :D Aku dah baca separuh page, so aku review untuk separuh page dulu lah ye~

Novel The Lost World Part I


1. Seperti biasa, dalam cerita-cerita yang sebegini (sekumpulan yang tersesat), pasti akan ada watak hero, hero kedua, watak genius yang tahu segala-galanya dalam dunia ni, watak yang childish dan tak serius, watak perempuan yang lasak, perempuan yang gedik, watak lelaki yang misteri, watak lelaki yang senang dibuli bertukar menjadi psiko. So, semua watak ini wujud dalam novel ini, seperti kebiasaannya.

2. Seperti kebanyakan penulis, masing-masing tak boleh lari daripada mengimaginasikan setiap watak perempuan mereka terlalu cantik. Mata bulat, muka bujur sirih, rambut panjang lurus, putih melepak. Bila describe watak ni, dialah yang paling cantik. Bila decribe perempuan tu, dia pun lah yang paling cantik. Sampai bila aku baca, semuanya watak perempuan dalam tu semua cantik gila! Dan watak heroin pula diminati ramai watak lelaki. Satu lagi imaginasi biasa yang sering digunapakai oleh para penulis novel.

3. Imaginasi penulis mungkin terlalu hebat, sebab kapal terbang yang diorang naik tu hilang kawalan, jatuh terhempas terbelah dua, tapi ramai yang hidup?? Watak-watak utama semuanya hidup..termasuk kapten-kapten nya sekali boleh steady hidup?? Kalau ikut realiti, jarang berlaku keajaiban macam tu, tapi oleh kerana ia imaginasi, maka aku layankan saja~

4. Novel ini pada mulanya agak bosan dan boleh dijangka, sebab sama dengan filem Jurassic Park. Sama! Sangat sama! Watak si genius pulak tahu segala bagai nama dinosour yang menyerang mereka. Aku tak puas hati sebab part dinosour tu sama gila macam filem tu. Dengan ada taman dinosour terbiar, entah kerja orang gila mana yang nak cipta taman dinosour tu kan, semua ada dalam tu. Hmm~tapi nasib baik itu cuma pada permulaan je..

5. Sebab lama-kelamaan ia menjadi semakin menarik, sebab aku nampak macam mana penulis cuba menghuru-harakan keadaan dan memecahbelahkan kumpulan mereka yang ramai itu setelah mereka semua menjumpai sebuah hotel terbiar untuk dijadikan tempat berlindung daripada dinosour. Dah aman dalam hotel tu, selamat daripada kena kejar dengan dinosour...ada ke patut 4 orang budak ni pergi main Spirit Coin semata-mata nak tunjuk siapa yang paling berani??..Damn!! Nampak pocong terus lari lintang-pukang, tak sempat habiskan permainan. Bahaya okay main benda ni!

6. Dan ini aku baru baca malam tadi, ada satu watak yang 'hijab'nya dah terbuka sejak kecik, dia berunding dengan hantu tu..Permintaan hantu : Cari apa-apa saja yang tertinggal dari jasad mereka, dan tolong mandikan serta kebumikan mereka mengikut syariat Islam. So, mula lah diorang pergi buat kerja gila, cari tengkorak dalam hotel terbiar tu, dan pergi ke kawasan kubur yang jauh tengah-tengah malam tu untuk tanam tengkorak-tengkorak tu. Gila!

7. Bila sampai kubur, mereka berpecah jadi 3 kumpulan. Setiap kumpulan dua orang. Nak tanam 3 tengkorak. Part di kubur ini memang tersangatlah epic gila. Diorang kena kacau kaw-kaw punya dengan 'pemilik-pemilik kubur' yang dah lama tertanam kat situ. Mereka nak halau 6 orang budak tu daripada kubur mereka. Masa ini, kau akan nampak betapa ngerinya permainan syaitan. Masing-masing (syaitan) menjelma menjadi orang-orang yang kita sayang, yang paling kita rindu atau yang paling kita banyak buat salah kat dia. Menjelma jadi ibu dan ayah yang dah lama meninggal dunia, pastu dia macam perdayakan budak-budak tu supaya ikut diorang. Bila kawan lain nak bagitau yang itu adalah jelmaan syaitan, lengan dia pulak kena tarik, bila toleh...alahai ada kekasih depan mata pulak. Terus terpedaya jugak ikut kekasih dia pergi, tanpa sedar itu semua hanyalah jelmaan yang nak pisah-pisahkan diorang dan supaya diorang tak dapat tanam tengkorak-tengkorak tu...

8. Dua orang daripada 6 orang budak di kubur tu, terjatuh dalam gaung, dan termasuk kat kampung puak pemburu kepala yang tradisi diorang suka potong kepala mangsa dan minum darahnya sebagai lambang kekuatan dan kekuasaan mereka. Dua orang yang tertangkap ini adalah BFF, sorang watak utama perempuan (Ummu) dan sorang lagi watak lelaki (Afiq) yang minat kat Ummu. Ketua puak tu kata, perempuan (Ummu) tu akan jadi menantu dia, dan kepala lelaki tu (Afiq) akan dijadikan sebagai hadiah di majlis mereka nanti.

*Di akhir setiap bab, akan ada satu plot aneh yang mana ada satu watak misteri, baru selesai menggali kubur, dan dia menatap mayat di dalam kubur itu, dan membuat ucapan seperti penghargaan kepada si mati, dengan menerangkan apa yang dia buat tu sangat membantu watak si misteri dan pengikutnya di belakang untuk terus hidup kat pulau tu. Yang aku suspen tu, sebab penerangan ucapan yang dia buat tu, padan dengan sikap dan apa yang watak-watak utama tu buat! So, aku memang tertanya-tanya, adakah diorang semua ni akhirnya mati di dalam pulau tu...?

*****************************************

Sekian review panjang yang penuh bersemangat daripada saya, Lynn Damya :p Haha thanx sudi baca...so far, aku rasa novel ini berbaloi untuk dibaca. Harga Rm28.00. Berbaloi! :)


8 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama yui xbeli novel..

tp mmg xprnh beli novel jns2 mcm ni..ekeke

Umi Nazrah said...

rasa nak beli la. saya memang suka novel style cenggini. terima kasih sebab review ^_^

Ashchronicles said...

Senanye kann... novel the lost world ni.. sinopsis die sejibik mcm manga eden no ori.. xbeli pon. Tp bunyi mcm dimelayu islamkan jr sikit jalan ceritanya sbb ade hantu pocong bagai.

Anonymous said...

Akak sambunglah review #2 TLW!

titan said...

Idea asal the lost world..lebih kurang macam manga jepun cage if eden.

Anonymous said...

Jangan nilai melalui sinopsis je. Cuba beli dan baca dulu baru anda semua tahu isi nya.

Anonymous said...

Sejibik mcm cage of Eden

izzaty sarafina said...

😊