Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 24 October 2011

8 Sikap Orang Melayu Paling Hot 2011

Assalamualaikum readers, Okay sebelum ada yang panas hati baca entry aku
kali ni, aku awal-awal nak bagitau yang aku tulis ini berdasarkan realiti. Okay,
so...8 Sikap Orang Melayu Paling Hot 2011 :

1. Tak Sabar
Bukti : Kerjanya nak langgar lampu isyarat tengah merah je, kalau tengah jem, asyik nak
tekan je bunyi hon tu macam kau sorang je yang nak cepat, dan paling aku
pantang kalau orang yang memotong barisan. Wa rase nak potong je itu
olang maa.....ni aku nak bagitau falsafah hidup aku, kalau kau nak berebut,
aku tak kisah, berebutlah korang but once you dah masuk dalam line, sila
jangan potong Q ! Biadap sungguh lagi-lagi kalau kau dah la tak beratur, then
terus potong Q makcik-makcik tua yang dah beratur lama kat situ tu pastu
buat muka selamber. Aku rasa cam nak tempeleng je tengok. Hish !  

2. Muka Perang
Bukti : Ada orang rasa yang kalau dia senyum, dia akan rugi satu juta ringgit ! Erk...
Betul ke? Betul ahhh...habez kalau dah susah sangat nak senyum. Muka
ketat, aku panggil muka perang. Yelah, orang pergi berperang kan muka
serius gila tahap dewa. (-_-') Satu lagi yang aku tak leh terima bila aku senyum
kat orang, then dia boleh buat dekkkk je?? Damn !! Rasa macam loser sangat.
Kurang hajar betul, payah sangat ke nak balas senyuman? Kalau kau cantik pon,
tak yah nak kerek sampai macam tu sekali lah kannn...grrr....
3. Kurang Ajar Dengan Emak dan Ayah
 Bukti : Baca paper, tgk berita, cari dalam internet. Berapa banyak kes yang menyedihkan
melibatkan anak kandung terajang ibu kandung?? remaja belasah ibu sampai koma??
remaja belasah ayah sebab tak bagi duit?? Nak lagi durjana punya anak...dah berani
bunuh ibu bapa kandung Astagfirullah al'azim...semoga kita dilindungi dan dijauhkan
dari perkara-perkara buruk ini amin~~

4. Tak Hormat Cikgu
Bukti : Aiii kalau dah mak ayah pon dia tak hormat, apatah lagi nak hormat cikgu??
Tak payah cakap lah, tengok je lah 'contoh terbaik' daripada dak-dak skolah
zaman sekarang. Masih ada respect lagi ke kat cikgu? Tau nak melawan je
kejenya. Homework kalau siap tak pe jugak, ini dah lah IQ tak berapa nak
tinggi, study malas, homework tak bersentuh, kurang hajar pulak dengan cikgu.
Keluar sekolah pergi daftar persatuan mat rempit, bohsia, pelacur, mat gian,
jadi gengster, jadi jahat. Sangatlah menyumbang kepada kebaikan negara (-_-')
hampeh !

5. Mengampu
Bukti : Kalau kau kipas sikit boss kau, lepas tu dapatlah naik gaji sikit, dapatlah
naik pangkat sikit. Pastu tak tahu buat kerja. Yelah dah naik sebab
mengampu, sah-sahlah bodoh..tau mengampu je..tak reti nak usaha
sendiri..dah naik pangkat, menyusahkan orang. Bodoh ! Dasar pengampu !

6. Suka Bergaduh
Bukti : Dah tak boleh berfikir secara rasional lagi dah, sikit-sikit nak bergaduh.
Awek keluar dengan jantan lain, bergaduh bertumbuk, ada geng
rampas kawasan, gaduh lagi, tersiku sikit je, pon nak gaduh jugak.
Yelah, gaduh bertumbuk tu cara paling efektif kot untuk settle masalah.
Kepala brain kau !

7. Gangster Wannabe
Bukti : Hahahah bunyi cam comel je kan?? Of course lah comel, dah tentu wannabies
nya terdiri daripada dak2 sekolah.. (err...dak sekolah lagi ke??) Yelah,
korang tengok balik, sape je yang belasah sapa??? Majority budak-budak
asrama okay. Latest news yang aku tau aritu, pempuan kena belasah teruk
atas kesalahan besarrrr iaitu SENYUM kepada salah sorang geng gangster
wannabe kat situ. Owhhh hot sangat kot, few days lepas tu kumpul geng then
panggil perempuan tu masuk bilik dan dibelasah cukup2. Takut kannnn??
Perempuan pon berangan nak jadi yakuza ker? Behave sikit okay, korang
sekali kena ngap dengan lelaki, baru kau tahu tentang erti penyesalan
(dialog kL gangster) (-_-') baru kau tahu yang kudrat kau tu bukanlah kuat
sangat. Setakat lawan bawak geng, face to face one by one lah babe.
Halahaiii....anak-anak zaman sekarang ni..Susah !

8. Tak Malu
Bukti : tengok dress up lah kan. Dedah sana-sini, tayang itu-ini. Owhhh tahniah
anda se'hot' Megan Fox.. entahlah padam word Megan itu, jadi anda se'hot'
fox...(-_-') oklah tu, hot jugak kan. Aku tak hot, aku loser, tapi apa aku peduli??



No comments: