Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 24 October 2011

Tips Hubungan Cinta Jarak Dekat

Assalamualaikum readers, ramai yang buat tips untuk hubungan jarak jauh kan?
Dan untuk itu, kepercayaan yang tinggi amatlah diperlukan. Tapi, dalam hubungan
cinta jarak dekat pulak macam mana? Ada yang cakap hubungan dekat camni
best sebab dapat selalu dengan si dia. Tapi best ke sebab ada pulak yang cakap
boring sebab selalu sangat jumpa. So how kalau dah memang yang dekat tu lah
yang anda suka?? Jadi kali ni, aku nak share tips sikit on how to
maintain relationship yang dekat dan rapat ni (-_-') hehe :

1. Jangan selalu belanja/mintak belanja makan
Biasanya, pasangan hubungan jarak dekat ni akan sentiasa bersama ke mana-mana,
termasuklah pergi makan sama-sama. Mereka akan kerap ber'dating' dan makan
bersama. Jadi, jangan pulak gunakan peluang ini untuk anda meminta belanja daripada
si dia. Hari-hari makan sama-sama, anda mintak si dia bayarkan. Lama-lama pasangan
'bengkok' lah pasangan anda itu, asyik kena bayar makan untuk dua orang je. Silap-
silap bila anda ajak dia makan lagi lepas ni, dia kerap cari alasan macam-macam. Anda
time tu mesti fikir yang dia dah berubah, mungkin ada yang lain, tapi hakikatnya mungkin
dia takot nak keluar makan dengan anda yang macam pisau cukur tu. We should give & take !
Belanja makan boleh tapi ianya untuk yang special-special saja, barulah rasa best camni :
candle light dinner~~~


2. Enjoy the tiniest thing
Yang ni selalu pasangan-pasangan lupa. Anda ingat kala bercinta, waktu untuk enjoy adalah
time korang ber'dating', tengok wayang, candle light dinner or time sambut anniversary saje?
Salah tau, dalam hubungan jarak dekat ni, anda akan kerap berjumpa dengan si dia, betul?
jadi bayangkan secara logik, kalau nak hari-hari buat contoh macam kat atas tu untuk enjoy,
gilalah. Kita ada jugak kerja lain nak dibuat kan. So tolak ansur sikit dan cari masa untuk
cover balik. The tiniest thing is how can u turn the bad times into a happy and sweet moments?
Contoh, motor si dia rosak, yang perempuan tolong jangan marah-marah, dia tak mintak pun
motor dia jadi macam tu. Macam aku cakap tadi, cari idea untuk change it into happy moments.
(n_n)

3. Jaga Batasan Pergaulan
Ini perlu. Kalau dah berjumpa hari-hari, mestilah anda selalu nampak si dia di mana-mana
pun kan. Si dia mungkin juga akan bersama kamu hampir setiap masa (especially untuk
mereka yang sama clazz dengan pasangan). Jaga pergaulan anda dengan clazzmates anda
especially terhadap yang berlainan jantina dan jangan terlalu mesra sangat.
Hormat yang si dia ada disebelah anda. Jangan tau
nak menggatal je (ni untuk perempuan dan lelaki) Aku tak menyebelahi mana-mana pihak
okay. Ada orang yang kalau dah couple pun, si dia ada kat sebelah dia boleh layan
orang lain (berlawanan jantina) sampai tak ingat. Mkan hati je lah si dia tu hah.
Then, kalau nak ambil berat pun, tengok dulu si dia macam mana. Contoh macam,
kau terserempak dengan clazzmate ko yang berlainan jantina, dan terus je kau perasan
dia macam tak sihat, sebab muka dia pucat. Dan-dan terus tanya, kau tak sihat ke?
Sedangkan si dia kat sebelah kau yang time tu tengah jalan dengan kau tu asyiklah terbatuk-
batuk, ada kau tanya? Ada kau kisah? Sedar sikit okay, benda itu pun kadang-kadang
boleh menyentapkan pasangan anda.

4. Percaya
Yup, ingat hubungan jarak jauh je ke yang kena ada kepercayaan ni? Jarak dekat
pun ada tau (actually semua hubungan memerlukan kepercayaan itu) Tapi maksud aku
dalam hal hubungan jarak dekat ini ialah percaya untuk memberikan kebebasan kepada
si dia. Bukan total freedom but atleast jangan lah kontrol dia sangat. Anda sudahlah
selalu ada dengan dia, mintak handphone pulak nak buat inspection mengejut, mintak
lagi password segala lamang soO sial si dia, then tak bagi pulak dia nak lepak dengan
member-member dia....Silap-silap si dia boleh bosan tau. Jadi jangan fikir itu adalah
the best way untuk anda maintainkan si dia menjadi milik anda untuk tempoh masa
yang lama. Beri ruang untuk dia berehat daripada memikirkan anda sekejap. Beri ruang
untuk dia bersama dengan kawan-kawannya sekejap. Macam anda, anda juga perlukan
ruang untuk diri sendiri kan? That is goes same with your partner. :)

Okay itu je aku nak share. Thank Q readers for read this entry.
Appreciate it (n_n)

2 comments:

cici tembikai said...

yang kedua tu aku suka =) aku ni mengharagai unsur2 sentimental sikit =)

owner : Lynn said...

me too :) hehe