Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Saturday, 8 October 2011

Dia buat aku menangis lagi

Hai readers. Sebelum itu, aku nak minta maaf dulu kat korang,
sebab pada entry sebelum ini aku janji nak update cerita tentang
kejutan yang my sweetheart buat untuk aku untuk birthday aku tahun ini.
Maklumlah, semalam penat sangat. Tidur tak sedar diri. Hampeh betul kan.haha

Okay okay, jadi aku nak cerita yang semalam my sweetheart berjaya buat aku
menangis lagi. Sebab apa? Jangan risau, dia bukannya belasah aku ke apa..
semalam kitorang pergi Sunway Pyramid, dalam itu aku masuk lah kedai baju fevret aku
dan aku belek-belek, adalah satu sweater warna putih, ada corak love-love.
CoOl jugak sweater tu sebab aku memang tengah cari sweater/cardy putih.
Aku tanya pakwe aku cantik tak baju tu, dia cakap cantik. So, lepas try sweater tu,
kitorang pun pegi lah kat kaunter bayaran. Aku nak beli. Duit pon memang dah ada dalam purse.
Tapi, aku tengok muka pakwe aku lain macam je. Aku pulak tak sedap hati.

Aku tanya kenapa? Sweater ni tak okay ke?
(takut2 ada something wrong pd sweater tu yg tak sesuai bila aku pakai)
Pakwe aku diam. Muka dia taknak serius gila pulak time tu. Suspen betul aku.
Dalam hati aku dah cakap " Alaa...dia tak bagi aku beli sweater ni ke?"
Lepas itu, dia terus keluarkan duit dia (jumlah rahsia) dan bagi kat aku;
"Nah, sweater ni saya bayarkan untuk hadiah birthday awak esok" (7hb, aku g sunway 6hb)
okay korang mesti cakap scene ini biasa je kan??
Tapi, bagi aku ini first time dia buat macam ini selama kitorang dah
bersama 4 tahun, ini kali pertama sebab before ini, memang aku tak
mintak dia bayarkan apa-apa yang aku beli kecuali kalau aku tak cukup duit.
Dan dia pulak memang tak pernah offer macam ini kat aku before ini (belanje makan adalah) 

Aku berdolak-dalik jugak lah sebab terkejut haha
tapi yang kelakarnya, duit pakwe aku itu pun tak cukup masa itu
nak bayarkan sweater aku tu, so dia bayar separuh, lagi separuh dia bayar
lepas kitorang pergi atm lepas aku bayar sweater itu.
Dan aku ni memang jenis sensitif giler ! Aku memang cepat terharu.
Dan oleh sebab pakwe aku buat macam itulah, tak pasal-pasal
aku menangis depan kaunter itu, nasib baik cashier itu belum ada masa itu.
Kalau tak, mesti kitorang dipandang serong..hahaha 

Terlanjur itu, aku nak share the sweetest thing yang my sweetheart buat
untuk aku :

1. Datang jumpa aku dan tiba-tiba keluarkan teddy bear daripada beg belakang dia
(aku nangis)

2. Jumpa dekat library ( bahagian loker), masa itu dia nak ambil barang dia
dalam loker, dia suruh aku ambilkan. Loker bawah sekali. Tau apa dalam tu?
Beg hadiah yang ada teddy bear kat dalam !
Tipu betul , cakap barang dia..wuwuu (aku nangis lagi)

3. Bila dia buat sendiri hadiah untuk aku. Contohnya kad, drawing
or paper craft. Memang aku terharu sebab aku tau, tangan dia
bukan jenis tangan yang cermat, yang boleh buat kerja-kerja seni macam itu.
Tapi dia buat jugak, masa dia bagi kat aku, banyak kali dia mintak maaf.
Dia cakap sorry sebab tak cantik, tangan dia tak pandai sangat
nak buat-buat kraftangan macam tu. Aku senyum je, aku cakap takpe.
(ye betul time tu memang dah terharu..dan aku nangis lagi..hahaha) 

okay inilah sweater yang aku akan sayang sampai bila-bila :)
 banyak cinta-cinta kann? hehe (n_n)

dan ini pulak handmade paper craft yang dia buat untuk aku :')
okay itu je entry aku kali ini. thank Q readers (n_n)

No comments: