Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 13 October 2011

Cover sikit dik kalau nak bermesra dengan pakwe tu

Ni lagi satu masalah jugak ni. Dah takde rasa malu gaknya. Hari tu aku pergi tengok wayang
dengan my sweetheart dekat Sunway. Cerita Al-Hijab, haha aku dah tengok kot, first day filem
tu keluar, kitorang dah tengok. Support filem tempatan kononya. Okay sambung balik citer tadi.
Lepas habis tengok wayang, kitorang pusing-pusing lah window shopping. Aku ingat lagi, time tu
kat tingkat dua ke tiga entah, kitorang jalan lah tengok-tengok kedai. Kat belah depan kedai-kedai
tu biasanya kan ada kerusi-kerusi untuk orang lepak-lepak untuk lepaskan letih berjalan ke.

Then time jalan tu, aku dan nampak something yang agak menyakitkan mata di situ. Aku tanya
pakwe aku, nampak tak apa yang aku nampak tu? Dia pun nampak. Sepasang kapel yang aku rasa
muda daripada kitorang (err budak sekolah lagi ke?) tengah bermesra-mesraan secara over plak
kat salah satu kerusi tu kan. Positionnya minah tu duduk di riba lelaki tu, dan lelaki tu peluk pinggang
minahnya seerat-eratnya. Dan macam haram diorang bukan duduk mengadap belah 
sana yang boleh tengok bawah tapi dowang boleh duduk mengadap orang yang lalu-lalang
kat situ. Hish damn betul ! Then kitorang pun duduk jugak lah kat kerusi yang berdekatan
dengan diorang tu, dan aku pun memang pasang mata lah tengok diorang. Amboi....
sweet habis, aku rasa dah macam Sunway tu diorang punye lah sampai boleh buat macam tu.

Segan gak kitorang tengok sebab yang lalu-lalang kat situ ada orang cina india
(diorang pun tak gedik macam kapel melayu nih, haishh), tourists dan lagi segan
family pon ada yang lalu-lalang kat situ bawak anak-anak. Owh ini adalah satu scene yang
sangat buruk untuk anak-anak kecik okay ! Ada gak budak-budak yang baya-baya kitorang
lalu kat situ, sound-sound gak tapi tak direct. Itu pun diorang wat dek je. Aku dah sakit mata dah.
Then agaknya diorang dah terlalu over melekap kat situ, datang sorang akak yang kerja dekat
kedai betul-betul depan kerusi yang kapel tu tengah menggedik tu. Aku rasa dia pon dah
 meluat tengok aksi-aksi mesra mereka. Perghh, tak nak kena tengking pulak dengan akak tu, 
akak aku tabik spring sama kau, haha..then kapel tu terus blah. Yang macam bodohnya time
kena marah dengan akak tu, si boyfriend dah cabut dulu dah nak blah, terkontang-kanting
si awek tu duduk kat kerusi tu sorang-sorang kena sound dengan akak tu. Hampeh punya laki !
and owh, did i mention yang minah itu bertudung???
yup, sebab tu lah aku rasa macam nak terajang je dua-dua ekor tu,
pasal orang-orang macam tu lah yang merosakkan imej perempuan-perempuan yang bertudung !

Ni lagi satu kes gak, baru je tadi, kat I-City, ada minah ni yang tak tau malu duk berbaring-baringan
atas kerusi dengan pakwenya. Owhhh romantic sangat dowh, rasa macam nak terajang jugak
tengok yang ni. Aku tak tahu lah ke mana hilangnya rasa malu diorang.
Agak-agak lah, tempat tu public giler kot, ramai family and orang-orang datang nak bersiar-siar
korang boleh buat sial pulak kat situ. Yang pak guardnye pulak macam sengal tengok je. Hish !
Aku tau lah korang tengah bercinta, aku pon. Tapi perlu ke sampai nak bermesra sampai macam tu?
Cover sikit dik, kalau ko jenis yang tak kisah or open minded sangat pon atleast tolonglah...
tak payah nak tunjuk kemesraan korang yang terlampau tu dekat depan orang ramai !
Menambah dosa aku je mengutuk ko + mencarut ni haaa...damn sangat tawu !!

No comments: