Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 13 October 2011

Perempuan smoking tak cool okay !

 Salam readers. Okay korang dah baca tajuk entry ni kan,
so apa pendapat korang? Owh maybe ada yang cakap 'weyh pempuan
smoking cool dowh, nampak sangat hot !!'
ohhh yelah sangat hot kan, tak tau mak bapak korang
akan lagi hot kalau tau yang anak dara dia smoking.
Nama pun dah anak dara, commonly kalau sebut anak dara, 
kita akan terbayang perempuan-perempuan yang manis,
ayu dan bersopan-santun.
 Tapi itu dulu beb, sekarang ni aku rasa memang ada,
tapi ramai lagi yang smoking aku rasa.
Semenjak aku study kat shah Alam ni, makin banyak
pulak aku nampak dengan mata kepala aku sendiri,
betapa berleluasanya penyakit gejala sosial kat negara kita sekarang ni.

Tadi je baru aku nampak, selamber je depan public ada sorang minah
ni duduk dengan tidak sopannya kalau orang tua kata,
duduk macam apek kalah judi..then smoking dengan bergaya

owhhh sangat tak cool okay ! tengok umur macam muda je,
entah-entah sekolah lagi kott...
heran betul aku budak-budak zaman sekarang ni, keburukan
tu kalau boleh memang kena buat depan orang ramai
so that boleh riak dan bangga sikit
macam tu ke pemikiran anak-anak muda sekarang?
Na'uzubillah....
 
aku bukan nak tuding jari or salahkan sesiapa kenapa perempuan
ni boleh smoking,  tapi aku nak bagitau yang perempuan-perempuan
sekalian, kalau korang merokok still akan ada orang yang suka
korang, kalau korang tak merokok pun still akan ada
orang yang suka...cuma kalau korang merokok,


 mungkin korang akan dapat pasangan yang kurang baik
contohnya macam mat-mat rempit, geng-geng bas sekolah yang
berpura-pura matang sangat padahal umur baru setahun jagung,
entah-entah lagi muda daripada korang,
tak menjamin masa langung, tak pun geng-geng pecah rumah
yang menggangur je lebih
sanggup ke habiskan masa dengan orang-orang macam tu?


then tengok pulak kalau korang yang perempuan ni tidak smoking;
tentulah orang-orang yang baik akan suka kat korang,
dan InsyaAllah boleh membimbing korang
untuk jadi lebih baik. Tapi ada yang mempertikaikan, time mereka jadi baik
 takde orang nak,  tapi bila jadi nakal or 'rosakkan akhlak' mereka,
perghh syok sebab ramai yang datang ushar.
Yang datang ushar pulak ala-ala loser dah haaa.....


itu yang korang nak banggakan?

sudah-sudah lah...
meh aku tunjuk satu quote yang cambest kat bawah ni :


No comments: