Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 3 October 2011

Kau tolong, KAU MAMPUS !!

dunia dah makin kejam sekarang ini


tiap-tiap hari ada je berita orang mati kena bunuh, mati kena tikam kat paper
sampai aku rasa ngeri nak baca paper dah sekarang nih
kalau orang yang mati itu memang patut mati sebab menyusahkan orang
itu aku tak kisah tapi yang aku amek port sekarang ni
bila orang baik pun mati
korang mesti pernah baca kan...
kes orang nak tumpangkan orang tepi jalan yang motornya habis minyak
akhirnya apa yang jadi? suami isteri itu punyalah baik hati tumpangkan dua orang mamat ni
naik kereta mereka, sebab kata mereka nak tumpang sampai stesen minyak
kalau atas dasar berperikemanusiaan, sesiapapun akan rasa kesian dan terdetik untuk membantu
tapi dua orang mamat sial ni yang langsung tak berhati perut
boleh pulak cederakan si suami dan tolak keluar daripada kereta
dan diorang blah dengan membawa lari si isteri yang masih di dalam kereta
sial betul lepas itu diorang berhenti kat suatu tempat
simbah pulak asid kat muka isteri pasangan yang menumpangkan mereka
what the hell lah kan?? 
binatang-binatang macam ini lah yang menyusahkan manusia..
yang menyebabkan manusia semakin hilang kepercayaan antara satu sama lain..

jadi sekarang ini, jangan salah kan sesiapa kalau
takde lagi orang yang baik dalam dunia ini !
jangan bertanya kenapa
manusia sekarang ini dah tak bertimbang rasa
tak nak tolang orang sesat, tak nak tolong orang yang keretanya rosak kat tepi jalan lagi dah
taktik guna budak kecik untuk kegiatan jenayah pon ade...
aduhai..dunia~~~dunia~~~
manusia sekarang memang dah macam syaitan perangai...
na'uzubillah hi min zalik

aku tak heran kalau sekarang ni susah nak jumpa orang yang baik dan suka membantu
orang lain yang dalam kesusahan
sebab kepercayaan kita dah hilang, malah aku pulak rasa marah
kalau family aku tiba-tiba tumpangkan orang yang tak dikenali ke dalam rumah atau kereta aku
sebab aku dah hilang kepercayaan terhadap manusia di sekeliling aku
ibarat macam kita 'letak nyawa kita kat tangan mereka, kalau kita tolong !'

(n_n) tapi, ajal dan maut di tangan Tuhan, kita hanya boleh mengelak, Tuhan yang menentukan. Saya doakan anda dan keluarga anda semua dilindungi daripada segala kejadian buruk.Amin~~

2 comments:

cici tembikai said...

betul syg . yang jadi mangsa , orang yang betul-betul dalam kesusahan.

hari tu kat jalan yang sunyi ada india naik moto, dia lintangkan moto tgh jalan and tahan kete bapak aku. taktahu apa masalah, tapi aku tak kasi bapak aku benti -__- takutlah situ banyak kes. org jahat ada hantu ada.

kesian kalau tu orang baik. tapi nak buat macam mana, keselamatan sendiri kena jaga kan

owner : Lynn said...

hmmm tu lah, memang kesian klw betul2 org tu tgh susah..tp nak wat cmne kan, dh manusia sndiri yg wat kite ilang kepercayaan thdp dorg ni..nk tolong salah, xtolong bersalah pulak..take care je lah okay.. :)