Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 27 October 2011

'Give Money To Earn Respect'

Assalamualaikum readers. Harap semua sihat sejahtera. Amin.
Anda mesti pernah dengar pepatah Inggeris yang berbunyi macam ni kan :

'Give Respect To Earn Respect'

Maksudnya, kalau kita hormat orang, orang akan hormat kita balik.
Jadi, anda setuju?
Sebenarnya, itu hanya pada zaman dulu. Sekarang, aku
tak rasa pepatah ini masih relevan dengan masyarakat
kita. Kenapa?
Sebab orang-orang kita sekarang dah hilang rasa hormat
bukan saja terhadap orang sekeliling tapi juga terhadap
diri sendiri. Anda bayangkan, kalau diri sendiri pun tak
dihormati, apatah lagi nak menghormati orang lain kan?

Apa yang aku nampak sekarang ni, orang yang dihormati
adalah orang-orang yang berharta dan mempunyai kekayaan,
bukan lagi macam dulu di mana orang yang berbudi bahasa
dan bersopan-santun akan dipandang mulia. Kenapa?
Sebab zaman sekarang, harta dan kekayaan serta pangkat
lebih diutamakan dan malangnya, ramai yang menjadi mangsa.

Akibatnya?

Yup, ini bermaksud dalam dunia zaman sekarang, kalau anda ada harta
dan kekayaan anda akan dihormati, walaupun perangai dan kelakuan
anda tidaklah sebaik mana. Asal ada duit, semua orang akan hormati anda.
Banyak situasi macam ni berlaku. Tapi, aku taknak kongsi yang besar-
besar, cukuplah aku ceritakan apa yang berlaku kepada aku. :)

Aku pergi makan dengan my sweetheart, kami pun duduk kat meja.
Datang sorang kakak untuk ambil order. Kami senyum, tapi muka
dia tetap masam macam tak reti senyum. Kami pun order, dia layan
macam nak tak nak. Pakwe aku order ais kosong, dia buat muka
pelik. Dia tanya "Ais kosong?" Pakwe aku jawab " Ye, ais kosong"
Lepas itu, dia tanya lagi dengan nada yang agak kuat pulak. Aku dah
pandang-pandang pakwe aku, pakwe aku pun sama, pandang-pandang
aku. Lepas akak tu blah, kami pun meluahkan ketidakpuashatian
bersama. Kami fikir, kakak itu memang layan pelanggan macam itu.
Tapi, lepas itu datang sebuah keluarga makan kat situ. Dan teka apa
yang kami nampak? :)
Kakak itu daripada belakang dah menyambut sekeluarga yang datang
itu dengan sangat baik sekali. Mesra. Senyum lebar lagi. Kami tengok
keluarga itu nampak macam loaded. So, barulah kami faham, mungkin
standard kami hanyalah sebagai seorang student sahaja. Yang masuk ke
restoran sup yang 'terkenal' itu hanya dengan memakai pakaian yang
simple-simple je. Kami mungkin terlihat tidak layak untuk makan kat
restoran itu.Tapi, bukan ke semua customer harus diberi layanan yang
sama tanpa mengikut status dan standard seseorang itu? Aku rasa etika
itu perlu ada dalam setiap profession yang ada dalam dunia ni kan?

Tapi ini realiti dunia zaman sekarang. Ini adalah dunia.
D.U.N.I.A
:)

No comments: