Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 26 October 2011

Pikat semua lelaki dalam satu masa?

Assalamualaikum readers. Dah makan? Aku menaip ni sambil makan maggi kari.
Actually aku teringin nak makan mi kari (sedapnya !) tapi malas nak keluar beli,
so maggi kari pun layan je lah. Alhamdulillah ada lagi makanan kan.
(Motif ada mukadimah camni, tak pernah aku buat before ni)
(-_-')

Aku dulu pernah gak buat kerja bodoh cam tajuk entry aku tu. Berusaha
nak seek attention from all guys yang ada kat mana aku berada. Masa tu
zaman-zaman sekolah lah kan (belum matang..harap kebodohan aku ni
dimaafkan) Aku bukanlah jenis yang suka buat bising ke, huha-huha dengan
member aku, sebab aku ni teramatlah pendiam. Dan aku lupa macam mana
aku try nak biar lelaki nampak aku, dan setiap kali keluar then ada lelaki,
memang itu je lah yang aku fikir (bodohnya kan?) Bila lelaki itu tak perasan
pun pasal aku, aku cam kecewa (ok fine, sengal gak aku ni dulu) Tapi, lama-
lama, bila aku naik form 4, aku rasa aku dah dapat kuasa ! (BOBOIboy~~)
(-_-')

Aku dah dapat kesedaran yang tinggi dan telah mencipta satu falsafah hidup
aku sendiri (-_-') !! Aku cakap dengan diri aku;

"Kau jadi diri kau je, yang tak suka pergi mampos, yang suka bermaksud
dia betul-betul ikhlas dengan kau !"

...dan akhirnya sampai sekarang aku masih gunakan falsafah hidup aku ni.
Dan of course aku tak jadi bodoh macam dulu. So, aku nak share lah
kat korang semua. Sebab sekarang ni ramai yang berusaha sehabis
mungkin untuk nampak sempurna di mata semua orang. Korang kena
ingat, citarasa semua orang berbeza. Kalau kau ikut citarasa si A, si B
 dan C belum tentu suka. Kalau kau berjaya pulak ikut citarasa si A, B
dan C, yang D,E ,F, G,H sampai Z tu belum tentu akan suka jugak.
So, jalan yang terbaik adalah jadi diri kita sendiri saja. Buat apa nak
puaskan hati orang lain yang nampak kita pada masa itu je, baik kita
jadi diri kita sendiri dan biarkan orang suka kita dengan cara kita itu.
Barulah kita tau, mereka yang dekat dengan kita itu ikhlas berkawan
dengan kita, bukan sebab diorang tertarik dengan penampilan kita
yang plastik tu kan. (macam ni lah aku nasihat diri aku dulu) (-_-')

Jadi, korang tau apa yang korang kena buat supaya tak nak nampak bodoh
macam aku dulu kan? Selamat berubah ! Thanks for read this entry !
(n_n)

No comments: