Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 6 April 2014

Definisi 'Selamat' seorang wanita terhadap lelaki



Wahai lelaki, selalu dengar perempuan anda kata begini?

"Saya rasa selamat bila dengan awak..."

...

Sejauh mana anda faham erti kata 'selamat' yang dimaksudkan
oleh pasangan anda tu? Pernahkah anda mengkaji kata itu?
Jika anda faham perempuan anda mengatakan dia selamat
bila bersama anda sebab anda berbadan tegap dan pandai
berlawan semata-mata atau seorang gengster mungkin,
tekaan anda silap :)

Wahai lelaki, definisi 'selamat' kami lebih daripada itu :)

1. Selamat; 'kuat' untuk melindungi

Benda ni bukan kira lelaki tu tough ke tak, kuat ke tak,
tapi asalkan dia tahu untuk bertindak bila kita diganggu,
itu sudah memadai. 

Dan sometimes, cara anda bertindak itulah yang mampu
menawan hati kami. Contoh bila kami diganggu, kami akan
melihat cara anda bertindak. Kadang-kadang dengan membawa
kami pergi dari situ adalah lebih matang, berbanding anda
berlagak kuat seperti hero, dan ingin lawan orang yang
mengganggu kami tu. Memang nampak cool, tapi kami juga
tak mahu anda cedera. Faham?

2. Selamat; kuat menahan marah sendiri

Lelaki bila marah....sangat menakutkan. Jadi, pandai-pandailah
kawal kemarahan anda tu agar tak dilepaskan kepada kami.

3. Selamat; memandu dengan berhemah

Bila memandu, tersekat dalam kesesakan jalan raya, jangan
asyik nak bunyikan hon saja, nampak sangat anda bukan
seorang yang penyabar. Kawal juga mulut dan percakapan
anda, agar tidak mencarut terus-terusan. Dan in-case anda
bergaduh dengan kami semasa memandu, tolong kawal marah
anda, sebab sesetengah lelaki akan pecut laju kereta dan
memandu secara berbahaya sebagai protes yang dia sedang
marah.

Bahaya laa gila~tahu tak??

4. Selamat bila berjauhan

Ini khas untuk long-distance relationship, or untuk sesiapa
yang maybe terpaksa tinggalkan pasangan atas urusan kerja
dan sebagainya.

Anda tidak mampu untuk meyakinkan kami betapa anda akan
'menjaga' diri anda selama berjauhan itu walaupun anda telah
berjanji sepenuh hati. Untuk kami percaya yang ianya selamat
untuk berjauhan, bukan proses yang 'on the spot' anda cakap,
kami terus percaya. Tidak semudah itu :)

Untuk mendapatkan kepercayaan daripada perempuan anda,
untuk meyakinkan bahawa anda betul-betul tidak akan
menipu dia secara senyap-senyap, adalah mengambil masa
daripada awal di saat anda declare dengan dia untuk menjadi pasangan,
sehinggalah ke hari ini.

Segala usaha, sikap, kata-kata, dan perbuatan anda selama
tempoh anda bersama dengan si dia, adalah seolah-olah
mempunyai markah yang tersendiri yang akhirnya memberi
keputusan sama ada perempuan anda betul-betul percaya
kepada anda, tidak percaya langsung kepada anda, atau
ragu-ragu terhadap anda.

Wahai lelaki, 'selamat' ini lah yang paling sukar untuk anda
dapatkan. Jadi, tahniah kepada sesiapa yang berjaya
memberikan sepenuhnya definisi 'selamat' ini kepada
perempuannya. Dia pasti akan sayang anda sampai mati.
Ingat itu... :)

Love You Till The Day I Die

2 comments:

Nurhazlin Hussein said...

Yes yes yes . Betul sangat2 . Hehehe .

reenapple said...

Tak jumpa lagi lelaki macam ituuuuu.