Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 29 April 2014

Hobi Baru Bercucuk Tanam (n_n)



Okay....pelik.
Entah macam mana aku tiba-tiba boleh teringin nak
bercucuk tanam. (-_-')

Sebenarnya adalah dalam awal tahun ni aku bercita-cita nak tanam
sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Aku ada bagitau mak aku,

"Mak, lynn nak tanam bunga lah..."

Tapi sedih, mak aku buat-buat tak dengar je...T_T wuwuwu~
sekarang ni aku rajin google-moogle tentang ilmu-ilmu tanam
sayur ni, tapi nampaknya aku memang zero habis! Aku fikir
campak-campak benih je, terus hidup sayur tu, lepas tu bila
macam dah masak tu, boleh lah petik makan. Haha...rupa-rupanya
susah jugak. Em..leceh sebenarnya...(-_-)

Tapi, aku berkenan dengan cara orang putih buat kebun dia
yang dikenali sebagai The Garden Bed :

Garden Bed tu kotak-kotak untuk tanam sayur tu lah, boleh
dibuat guna sambung-sambung kayu macam tu atau nak lagi
senang boleh guna batu blok macam bawah ni :

Aku nak terangkan lebih lanjut pasal Garden Bed pun tak berani
sebab aku memang takde knowledge langsung tentang benda ni.

Pastu, ingatkan dah siap Garden Bed, just letak tanah je untuk
penuhkan kotak tu, rupa-rupanya tak juga. Pelbagai bahan yang
kena dicampur-gaulkan dengan sebati untuk menjadikan tanah
bersedia untuk dicucuk tanam.

Ea berapa punya banyak layer daaa kena letak.... (*_*)
Tengok bahasa saintifiknya memang macam tak faham langsung,
tapi lepas baca blog Akak ni... baru aku tahu. Rupanya senang je,
kena gaulkan sebati tanah, tanah bakar, pasir, sekam padi dan
habuk sabut. Kalau ada tahi ayam sikit pun, haa gaul je kata akak
tu. Haha semua ni kalau dah siap gaul ada jual kat kedai tak ea?
Macam leceh lahh..wuwu

Okay, nantilah aku study lagi ilmu-ilmu bercucuk tanam ni.
Nak guna baja mana satu, cara penjagaan macam mana, matahari
dan air dia macam mana sebab pokok sayur ni lain-lain. Hmm..
Aku kalau boleh, nak tanam sayur-sayuran sebab bermanfaat
sikit..boleh jimat, dan yakin sayur-sayuran tu selamat dimakan.

Ini yang aku nak tanam :

Pokok cili ! Wajib sebab senang nak masak sambal nanti.
Hari-hari pun boleh makan sambal.
Pokok terung ! Kalau dah masal sambal, kenalah ada terungnya.
Terung goreng sambal :D Favourite nih~~
Pokok Kobis Bulat ! Sayur favourite aku jugak. Senanglah
masak kobis selalu. Haha
Pokok tomato ! Ini selain buat sayur boleh jugaklah buat
sapu kat muka, macam sedara aku buat untuk dapatkan kulit
muka yang licin. Haha, nasib berkesan :p
Pokok ulam-ulaman !  Sangat best kalau dapat tanam sebab
mana lah tau tetiba tekak terasa nak makan ala-ala kampung
gitu kan. Haha
Okay tu lah antara sayur-sayuran yang aku teringin nak tanam.
Kalau ada tanah besar, aku nak tanam labu sebab aku suka
makan labu. Labu masak lemak...arhhh sedapnya!!! Owh ye,
lepas tu kalau pokok kecik-kecik macam pokok toge ke, boleh
tanam guna hidroponik je kot..

Teringat pulak eksperimen sekolah rendah dulu. Haha..
So, itulah sedikit sebanyak tentang hobi baru aku yang masih
tersimpan dalam kepala saja setakat ni. Haha..begitu banyak
aku nak tanam, tak sedar diri agaknya yang rumah aku tu tanah
sekangkang kera je..haha... :p Maybe sebab tu lah mak aku wat
dek je bila aku cakap aku nak tanam bunga hari tu..haha :p

Takpe, nanti boleh try tanam sayur guna kaedah macam ni :


Okay tu saje, terima kasih sudi singgah sini (n_n)


p/s : aku rasa aku nak tanam sayur sebab aku suka makan sayur



6 comments:

hana hadi said...

lyn tanam dalam hidrponik jelah. senang sikit. hana mcm nak tanam dalam hidroponik gak :)

eima said...

semangat ko cam aku dik tp bila sampai masa .. ai is pemalas... hahaha
dulu dok berangan nk bajak tangan blakang rumah ..eh bajak ke gembur ek .mana2 la .. nk tanam sawi ... hahah

angan2 tinggal angan2 tido lg besh .. hihihi

anys nadhilah said...

haha. selamat bercucuk tanam. ingatkan garden lyn td yg first pic tu. kemasssss

reenapple said...

Alaaa Lynn, kau beli je tanah yg dijula kat kedai bunga . Yang tu pun dah dicampur adukkan. hehehe

Kau buat aku nak bercucuk tanam jugak la, Aku nak tanam kaktus. Senang jaga. Hahah

Cik Anita said...

Aku tanda funny kat bawah tu. Ko marah tak? HAHA.

Sebelum kau terus menerus dengan hasrat tu, ko dah cuba belum tangan ko tu. Tangan ko panas ke, ke jenis tangan yang sejuk? Faham tak maksud aku. hehe. Kalau tangan ko sejukkk.

Selamat berjaya!

noraizah said...

Nice .. saya pun tengah try nak bercucuk tanam ni