Happy Three Friends

Miss Money

Monday 21 April 2014

Mudahnya hilang kawalan....?



"Macam mana boleh excident?"

"Bas hilang kawalan"

"Apesal boleh hilang kawalan?"

"Bawak laju"

"Siapa yang bawak laju?"

"Eh kau ni...mestilah pemandu !"


*********************************

Haa tau pun pemandu yang bawak laju, means pemandulah
yang salah. So, dekat paper, dekat berita, dekat radio, apesal
nak tulis bas hilang kawalan je memanjang?? Even tanya dekat
pemandu sendiri (kalau diorang bernasib baik dan tak mati lah
kan), tanya apesal jadi macam tu..confirm dia takkan cakap dia
bawak laju. Dia akan jawab, hilang kawalan.


Heh!


Sewenang-wenangnya je kan jawab macam tu? Konon macam kau
tak bersalah, tetiba je bas tu hilang kawalan, lalu menjunam dalam
gaung or terlanggar divider. Konon macam, nak buat macam mana
dah bas hilang kawalan~


Aku ni pun dah macam hilang kesabaran gak ah mendengarnya....


Teruskan lah guna 'alasan' itu demi menutup kesalahan sendiri..
Tak apa, bukan kau yang mati, orang lain yang mati...


Tak apa.....



2 comments:

eima said...

alahai .... bila satu kes mesti berturutan kan... 3 dah bas utk bulan ni

reenapple said...

Aku pun pernah naik bas yg dibawa laju. Malam pulak tu. Hish. Sejak ritu,aku x naik dah bas yg aku selalu naik tu. Last3 aku degar bas syarikat tu accident tu.. memang dah syak pemandu yg bawak laju...