Pernah terfikir nak berhenti kerja dan kerja sendiri?
Tapi kurang berkeyakinan dan tak tahu nak mula dari
mana??
Yaaa...jangan risau sebab aku bukan jual barang / produk,
bukan agen MLM, bukan orang-orang Tone Excel, bukan
dan bukan sebagainya. Semua taktik jual-jual macam tu,
promote-promote macam tu, aku tak percaya.. Hahaha~
dan sangat bahaya kalau korang berhenti kerja semata-mata
nak bergantung pada 'kerjaya' seperti ini sahaja.
Kenapa??
Korang mendengar cerita orang-orang yang dah berjaya tu,
boleh dapat Rm 15k sebulan, boleh dapat RM 25k sebulan,
boleh dapat Rm 25k sehariii ?????
Gila apa ! Okay, maybe lah certain tu boleh dipercayai.
Certain. MAYBE....lahhhhhhh~ Bukan nak kata korang
tak boleh berusaha ke arah itu, boleh, tapi perlu diingat
ianya memerlukan kerajinan + kesungguhan + ketabahan
yang sangat-sangat-sangat tinggi untuk mencapai kepada
tahap manusia yang dah berjaya tu.
Dalam pada masa nak berusaha tu, tak mustahil ramai
yang menyerah kalah, lalu duit modal yang dah dibayar
pada awalnya akan dibiarkan 'burn' sahaja. Aku dah banyak
kali tengok benda ni, daripada orang-orang sekeliling aku
sendiri. Selalu tergoda dengan 'cakap-cakap' seorang promoter,
yang menjanjikan itu dan ini jika join diorang.
Kawan aku dua orang join untuk jual sim card Tune Talk,
dari semasa ke semasa akan kena hadiri seminar atau
ceramah bagai, penyudahnya, duit modal pun 'burn' macam
tu saja. Sebab apa, malas. Kesungguhan terhenti pada awal-
awal lagi.
Next, kerja dari rumah dengan memasukkan data-data iklan
sesebuah laman web ke ape entah. Kawan aku dua orang join
benda ni, mula-mula kena bank in RM 30 untuk beli e-book
manual tentang cara-cara nak masukkan data tu. Hah kau
sekali dah dapat e-book, tak faham mende pun dan penyudahnya
'burn' jugak, sebab malas nak fahamkan dan malas nak baca
buku.
See?
So, macam mana ni? Nak terus kerja, dah macam takde hati
langsung nak kerja, stress lagi, gaji tak naik-naik. Tension!
Tapi nak berhenti kerja macam mana pulak? Tak tahu nak
buat apa....hadoi~~
Jadi, aku nak kongsi satu benda yang aku gelarkan ia macam
'formula' untuk dapatkan kewangan yang stabil jika anda nak
berhenti kerja dan seterusnya bekerja sendiri :
Cari sesuatu yang boleh memberikan pulangan
kepada anda minimum sebanyak RM 100 dalam sehari.
RM 100 x 30 hari = RM 3000 sebulan
Bukak minda dan fikirkan apa-apa sahaja yang boleh anda
lakukan untuk mendapatkan RM 100 dalam sehari. Apa
yang aku fikir adalah kemahiran sangat penting dalam hal
ni. Bila ada kemahiran, anda boleh membuat dan mengajar.
Tahu berapa cikgu tuisyen dapat setiap bulan dengan
hanya mengajar benda-benda yang sama kepada murid-
murid yang berlainan?
Maksud aku kat sini, andai kata anda ada kemahiran
menggunakan photoshop, anda dah boleh buat duit. Ajar
orang macam mana nak guna Photoshop. Rate harga pulak
kalau ilmu anda pun setakat basic je, jangan pulak nak
poyo sangat letak tinggi-tinggi. Kita anggap seorang dicaj
Rm 80 (untuk 3 jam), sehari ambil dua pelajar Rm 160.
Kelas Belajar Photoshop (konon-konon lah)
Sehari : RM 160
Sebulan : RM 4800
If nak ajar 15 hari saja pun dah boleh dapat : RM 2400
lagi 15 hari, off to holiday ! :D
Itu baru ilmu basic je, belum lagi kemahiran yang kreatif-
kreatif. Sekarang memang tengah trend DIY, kalau korang
dapat buat something yang unik, contoh buat tudung sendiri,
dan ajar kemahiran tu pada orang lain, lagi tinggi harganya
tau! Nak kira-kira? Meh kira-kira lagi,
Kelas buat tudung sendiri (konon-konon lah)
RM 150 / person (maybe untuk 5 jam)
Sehari ambil 3 student : RM 450
Kerja 15 hari : RM 6750 (untung kasar)
Sebulan : RM 13500
Haaaaa... :D
sila-silalah berangan dan fikir apa-apa yang patut untuk
langkah seterusnya ya. Hahaha...harap bermanfaat. Aku hanya
kongsikan apa yang aku rasa praktikal kot, okay selamat
mencuba (n_n)
4 comments:
org tak de ilmu ngan berbakat cam aku ni nk buat kelas ape ek ... huhu nk gak duit sampingan selain gaji ... huwaaaaaaaaaaaaa
dik nk beli shaklee ??? hihi
Tak ada bakat aku dengan apa yg kau cadangkan. Ahaaa
hurmmm macam best ni yang..seronok je idea..i pon mcam nak duduk rumah je bkerja dari umah, tapi x pndai menjahit mcm u :(
Puan Bunga.
Yup, kalau taj berenti keja pun, side income macam keperluan sekarang. Nak share jugak apa pernah buat, buat khidmat mangkuk tingkat, charge 1 kepala brapa2 ring. Jntungggg.. tapi tak boleh p mana2, customer lari, tanam sayur dan jual, tak untung. Kangkung turun harga. Hew2. Now bisnes jugak kecik2. :)
Post a Comment