Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 25 April 2014

Mahalnya Tudung Bawal !



Sejak aku cuba memakai tudung awning dan rasakan ia sangat
mudah sebab tinggal sarung je, aku terus layan je beli tudung
awning. Harga standard lah, dalam lingkungan Rm 30 ke bawah jugak kalau nak cari yang awningnya bagus. Kena pandai cari,
aku pernah dapat tudung ala-ala Fareeda dengan harga Rm 10
je, adalah sikit-sikit yang kureng, tapi tak kisah..janji bila pakai, 
cun! (ok perasan)

Citernye semalam aku terasa nak beli tudung bawal, dah lama
tak pakai tudung bawal. So, aku cari kat pasaraya yang dekat
area rumah aku. Pusing punya pusing, agak kecewa gak lah,
sebab tak banyak dah jual tudung bawal...banyak tudung
awning dan shawl je :( shawl aku tak reti pakai, leceh~

Dah puas pusing, tiba satu kedai ni, ada jual tudung bawal yang
menepati citarasa aku. Biasa je pun, plain, kain tak licin, dan
tak 'berlumuran' dengan manik-manik yang annoying. Ada dalam
sederet gak tudung-tudung bawal tu. Aku capai warna ala-ala
putih / biru nila gitu. Hiasan tudungnya lebih kurang macam ni :


Simple je kan. So aku target paling mahal pun RM12 je. Dia
takde letak harga kat situ, so aku tanya tukang kedai. Dia macam
tertengok-tengok sambil berjalan lambat-lambat ke tempat aku.
Aku yang dah biasa dengan taktik peniaga macam ni tahulah,
CONFIRM dia tengah fikir nak up harga daripada harga jualan.
Tapi aku fikir paling tinggi dia letak Rm 15 kot?

Bila dah datang dekat, dia belek-belek tudung yang aku pegang
tu pastu cakap...


" Rm 35 dik..."


Aku macam mak aihhh mahalnya ! Tudung biasa je pun.
Tudung awning aku beli pun rate harga Rm 15 - Rm 25 je tau!
Aku dah geram. Aku buat-buat belek balik tudung yang aku
cadang nak beli tu kot-kot dijahit dengan benang emas ke apa
sampai mahal macam tu..tapi takde pun~

Aku tengok muka akak tu, tanya boleh kurang lagi ke tak.
Dia bagi Rm 32 je! Haihhh....

Aku cakap "mahal lah kak. Tudung awning saya ni pun boleh
dapat Rm 10 je tau. Takpelah..."

Terus aku blah. Padan muka, baik-baik kau boleh jual, terus
tak dapat sesen pun. Aku tak faham kenapa mahal sangat!
Bukannya tudung bawal yang jenis sekarang ni yang colorful
ala-ala rainbow, bukan juga jenis bersulam-sulam dan bermanik-
manik annoying bagai tu... Plain je kotttt, dengan bunga-bunga
kecik sikit. Ishhh !


Marah betul saye ni, tau.....
Hahaha


2 comments:

Cik Anita said...

Uit.

Meh aku nak khabo sikit, tudung yang ko tunjuk macam kat atas tu memang mahal sikit.

Ko ada tanya tak bawal jenis apa? Dia kain dia lain sikit, sebab sebijik macam aku punya.

Ke kalau kain tak sedap pakai, ko kena tipu. Itu je.. hehe

Aisya A. said...

tak kuasa nk beli tudung mahal2. beli yg rm10 dah. dari beli tudung harga rm30 sehelai, dh boleh dpt 3 helai tudung rm10.