Happy Three Friends

Miss Money

Friday, 30 May 2014

Google Chromecast Malaysia di Lazada !



Sebelum ni, aku selalu kena letak laptop aku dekat meja makan di ruang tamu untuk menonton running man online atau video-video kelakar di youtube, bersama-sama parent aku. Sangat susah sebab skrin taklah besar mana dan speaker pun alahai~ kadang-kadang tak dengar sangat suaranya.

Aku selalu terfikir, kan bagus kalau online video kat Youtube tu boleh terus tengok kat TV tanpa perlu di download terlebih dahulu, boleh tengok ramai-ramai sekeluarga. And guess what, akhirnya aku jumpa dengan alat tu! Yahooo! Jom kita tengok :

Google Chromecast

Inilah alat yang bakal menyelesaikan masalah aku tadi tu...

Melalui penggunaan Google Chromecast ini, kita boleh menikmati apa-apa saja siaran atau video daripada laman web, di TV kita yang besar tu. Paling best, kita boleh gunakan smartphone / tablet / laptop / PC atau apa-apa saja yang boleh meng-akses internet untuk mengendalikan Google Chromecast ni. Kira jadi macam remote control dia lah. Cara nak guna pun senang je :

1. Cucuk je Google Chromecast ini pada HDTV korang.


2. Hidupkan WIFI. Lepas tu, boleh terus send je video kepada TV, melalui 'remote control' korang yang sedia ada kat rumah tu. Contohnya : smartphone, laptop, PC, tablet, ipad dll

3. Duduk bersama kat ruang tamu, dan tengok lah TV tu..hehehe

Ini gambar rajah untuk pemahaman secara bergambar :

Tablet / smartphone / laptop send video melalui connection WIFI / bluetooth kepada Google Chromecast yang dah di-plug kan kepada HDTV anda

Okay itu lah sedikit sebanyak penerangan tentang Google Chromecast ni. Aku pun belum beli lagi benda ni, (kalau nak beli benda ni, kena beli HDTV dulu lah sebab rumah aku tv klasik yg kotak besar tu je~ haha) Review ni pun aku cedok sikit-sikit daripada LAZADA dan google..so kalau nak tau lebih lanjut dan berminat nak beli, boleh lah klik SINI



Harga Google Chromecast Malaysia : Rm 168.00

***************************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut


Thursday, 29 May 2014

Help !! Virus Ni Ubah Facebook Aku !!! :(


Salam, aku tengah buat research kat google tadi, cari background-background yang best untuk di-download. Tengah-tengah cari tu, ada lah juga link yang tak boleh dibuka, sebab ada virus. Kat skrin tertulis Access Denied. So, aku pun close lah link yang tak boleh bukak tu dan teruskan research. Agak dalam 10 minit aku biarkan facebook aku...lepas tu, aku refresh balik facebook aku, kot-kot ada notification....


tiba-tiba jadi cenggini :



bila aku pergi ke page FB aku, dia jadi macam ni jugak :


dan akan selama-lamanya loading...aku tak tahu macam mana nak buat...try jugak klik-klik kat tab menu-menu tu tapi takde pape effect. Tak boleh nak check notif, tak boleh nak check pm, buat apa pun tak boleh T_T....isk3...


Korang tengok bahagian notification, private messages dan friend request tu semuanya window dia keluar je macam tu, tak boleh click untuk simpan..T_T isk3...sedihnya aku...

Aku dah log out untuk log in balik pun tetap macam ni jugak jadinya...wuwuwu kenapa..... :( korang pernah kena macam ni tak?? Aku sedih betul, sebab kat rumah lappy aku pun memang dah beberapa bulan jadi benda yang sama. Selama ni aku online FB kat ofiz...kalau ikut sejarah kerosakan lappy aku dulu. Mula-mula dia jahanamkan layout fb aku sampai tak boleh log in langsung, then dia jahanamkan pula layout blog aku sampailah tak leh nak log in langsung. Aku tak format lagi pun lappy tu sebab aku boleh online dan update blog kat ofiz....tapi dah jadi camni...wuwuwu...

tahu tak apa jenis menatangnya virus ni?? Macam mana nak nyahkan beliau dari pc ofiz aku ni T_T...wuwuwu tak semangat nak g kerja cam ni...haha wuahhh (ketawa sambil nangis)





Tolong sedara...tolong melayu...




Ada 3 jenis pembeli. Anda yang mana satu?

A. Beli kat kedai melayu sebab katanya nak tolong orang melayu berniaga. Lepas tu, kalau beli banyak mesti mulut tu tak boleh kalau tak tanya macam ni :

Takde free ke? Takde diskaun ke? Saya beli banyak ni...

B. Tak berniat langsung nak bayar, terus je nak mintak free sebab dia tahu si penjual tu sedara-mara dia / kawan-kawan dia. Kalau kena bayar pun seboleh-boleh nak mintak 99.9% diskaun untuk dia.

C. Beli macam biasa. Ada diskaun, ada lah. Kalau takde, tak meminta-minta. Beli macam biasa. Kalau dapat barang percuma, ambil. Kalau takde, anggap memang takdelah.


(situasi ini berbeza dengan situasi tawar-menawar, sebab tawar-menawar adalah satu strategi untuk cuba dapatkan harga yang murah sedikit daripada harga asal. Tapi kalau jenis perangai A dan B tu adalah mengambil kesempatan. Tahu?)

Majority peniaga yang pernah kena macam ni selalunya tak sampai hati untuk tak bagi pada yang meminta-minta tu, walaupun keuntungan mereka tidaklah selumayan mana. Orang Melayu memang baik hati, sedara-sedara kita memang baik hati, jadi jangan ambil kesempatan atas kebaikan ini..


p/s :  Kalau hati kau 'jenis bertaman bunga', jangan berani minta dengan aku, sebab aku kejam. Tak, bukan kejam sebenarnya. Cuma aku tak nak biarkan kau bertindak kejam dan ambil kesempatan pada aku hanya kerana kita sama melayu / ada pertalian darah. Be professional..




Wednesday, 28 May 2014

Mimpi Jatuh Dari Tempat Tinggi






Pernahkah korang mengalami mimpi jatuh dari tempat yang tinggi seperti itu? Berdasarkan beberapa sumber menyatakan, sesetengah mimpi jatuh ni ditafsir mengikut cara jatuhnya tu. Ada juga yang mengaitkan ia dengan gangguan mahkluk halus. Wallahuallam.

Masa aku tingkatan 5, aku pernah mimpi jatuh dari tempat tinggi. Masa tu tengahari kat dorm aku, antara lepas solat Zuhur nak tunggu waktu prep petang. Aku tidur kejap...


...tiba-tiba aku terasa badan aku tengah diterbangkan oleh seekor helang yang besar. Aku tak tahu bila helang tu kait baju aku dan bawak aku terbang. Masa tu keadaan aku macam terapung secara terlentang, kira aku mengadap kaki helang yang besar tu. Sekeliling aku hanya kelihatan awan dan langit semata-mata. Aku jerit minta helang tu lepaskan aku!

gigih mengedit gambar helang...


Helang tu lepaskan aku...tapi bila dah lepas, aku terus terjunam jatuh. Jatuh..jatuh dan terus jatuh! Masa jatuh ni lah yang aku rasa pelik, sebab bila aku terjaga dan aku ingat semula masa aku terjatuh dalam mimpi tu, aku cuba buka mata..tapi dengan bersusah-payah. Dalam keadaan yang separuh sedar tu, aku masih lagi terjatuh dalam mimpi, tapi aku dapat lihat kabur-kabur ruang dalam bilik dorm aku tu. Aku dapat lihat locker aku masa tu, tapi...

Belakang badan aku masih rasa macam aku tak jejak atas tilam yang aku tengah baring tu, memang rasa tengah jatuh. Kat telinga aku ni menderu-deru bunyi angin kuat sebab aku tengah terjatuh. Dia bukan bunyi angin bertiup kencang, tapi angin sebab kita terjatuh dari tempat tinggi. Sangat kuat bunyi tu. Aku terus terjatuh...terjatuh...dan terjatuh.... memang dada aku punya berdebar macam nak meletup. 

Bila aku tutup mata semula, bunyi angin tu hilang dan aku nampak semula awan dan langit kat sekeliling aku, tapi aku masih terjatuh masa tu. Banyak kali aku try bangun tapi tak boleh sebab aku tengah terjatuh. Macam terlepas jatuh daripada langit...tapi tak jejak ke mana-mana permukaan. Macam takde dasarnya...

Aku tak ingat macam mana aku bangun lepas tu, yang penting aku pelik kenapa aku mimpi macam tu. Siap boleh rasa terjatuh macam tu pulak tu. Haha..gila betul~


tapi...best jugak mimpi macam tu..macam pengalaman baru gitu~ Hahaha... :p


Isu Cadbury



Kadang-kadang aku tak faham dengan kita ni...

Kita ni sebenarnya terlalu taksub untuk menghukum...

...

ataupun kita ni sebenarnya terlalu jahil tentang agama...?


...


Aku pun bukanlah reti mana dalam undang-undang mahupun agama, tapi aku masih ingat lagi ustazah aku dulu cakap...kalau kita termakan atau terminum sesuatu yang pada waktu itu kita percaya takde unsur-unsur yang haram seperti dna khinzir / arak / sebagainya (iaitu dalam erti kata lain, kita tak tahu pun ada benda-benda haram dalam tu), akan jadi 'tidak mengapa' sebab tidak sengaja. Sebaiknya jika kita dapat tahu tu, jangan makan atau minum lagi benda tu dan menginsafi diri sendiri supaya lepas ni, akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan atau minuman.

Yang silapnya tentang Cadbury ni adalah, macam mana logo halal boleh diberikan kepada produknya yang mengandungi DNA encik khinzir? Adakah salah Cadbury semata-mata, bila produk mereka telah pun diberikan halal walaupun produk mereka ada DNA khinzir? Perlu fikir pula, siapa yang luluskan 'logo halal' untuk mereka? Terlepas pandang ke?

Perlu diingat, majority mana-mana orang Islam yang pernah termakan Cadbury yang ada DNA khinzir ni, termasuk aku sendiri suatu ketika dulu...pilih dan beli coklat ni hanya selepas memeriksa ada ke tak logo halal kat packaging coklat tu. Bila ada logo halal, kita percaya JAKIM buat kerja dan kita percaya produk ini boleh dimakan.

Sebagai pengeluar bahan makanan / minuman atau produk, mereka mempunyai hak sendiri untuk letak segala benda dalam tu termasuklah yang haram mahupun bahaya demi mengaut keuntungan. Sebab itu tertubuhnya badan-badan khas untuk memeriksa benda-benda macam ni. Dalam isu halal haram macam ni pulak, kita percaya pada JAKIM. 

Satu je aku nak cakap, kalau betul JAKIM terlepas pandang takpelah, kira macam tak sengaja. Mungkin teknologi masa tu belum canggih lagi sampai tak kenal DNA khinzir macam mana. Tapi kalau disebabkan hal-hal lain yang disengajakan, itu jawablah dengan Allah sendiri. Wallahuallam.

Cadbury pun katanya akan tarik balik produk-produk yang ada DNA khinzir tu. So, dah lah, tak payah nak besarkan cerita. Terjerit-jerit minta Cadbury bertanggungjawab. Kadang-kadang orang yang tak makan khinzir ni pun perangai dia ala-ala b**i jugak...padahal dia bukan gemar makan coklat pun~ Haii~~

p/s : Islam itu mudah, tak perlu tukar darah kerana darah anda tercemar dengan DNA khinzir. Duit kopi, duit tepi, duit bawah meja, rezeki yang anda rasa halal itu belum tentu lagi 'dihalalkan' oleh Allah. Dan...bukan Cadbury saja yang haram :)



Tuesday, 27 May 2014

Tingkatkan Daya Imaginasi Kanak-kanak Dengan Cara Yang Betul



Aku tak boleh terima betul budak-budak kecik zaman sekarang ni asyik main game je 24 jam. Bukak TV nak main game, ambil smartphone mak ayah lepas tu main game, selamber badak bukak laptop / pc abang or kakak, lepas tu main game. Bila suruh buat benda lain, tak nak. Bila nak rampas balik segala gajet-gajet tu, mula lah nak menangis or memberontak / merajuk. Haishh kanak-kanak zaman sekarang ni...

Tapi tak boleh salahkan mereka 100% jugak, sebab aku selalu nampak mak bapaknya yang pujuk anak-anak dengan gajet-gajet tu. Bila anak nangis kat pasar malam, minta belikan mainan, mak ayahnya bagi budak tu main game kat phone supaya diam. Bila anak nangis tuntut janji nak pergi playground, mak ayahnya bagi main game kat laptop supaya budak tu lupa janji-janji manis tersebut. Even baby pun dah di-hadapkan dengan game supaya budak tu ketawa kegembiraan lah konon. Lama-lama budak tu bila besar macam dah takde life dah. Game~game~game~ halahai~~

Lagi satu aku nampak, bila budak-budak dah start nak meluahkan 'kreativitinya', terus kena marah budak tu. Sebab apa? Sebab conteng kat dinding. Terus terbantut keinginan budak tu nak bereksperimen dengan apa yang boleh dia lihat, sentuh dan rasa tu.

Aku belum ada anak lagi pun, belum kahwin lagi pun, jadi dengan rasa rendah dirinya, aku nak suggest beberapa idea agar anak-anak anda lebih bebas berimaginasi di samping dapat mendidik mereka agar tidak selalu bermain game semata-mata.

1. Biarkan mereka 'berkarya'


Kanak-kanak ni memang lumrah dia suka sangat menconteng. Pada kita menconteng lah, tapi pada dia, macam dia tengah melukis dan mewarna sesuatu yang hebat. Jadi, jangan sekat. Majority ibu bapa kurang gemar anak dia conteng dinding.

Jadi, untuk mengelakkan masalah anak anda conteng dinding rumah, belilah kertas mahjung yang warna putih besar-besar tu kan, lekatkan lah kat bahagian bawah dinding rumah anda. Lekatkan kat mana-mana dinding yang anda rasa berpotensi untuk diconteng oleh anak-anak anda. Anak-anak anda masa kecik kan comel-comel rendah-rendah je, sebab tu lah tampal kertas mahjung tu pada bahagian bawah tu je dah cukup. Reti tak? So, kalau dia nak conteng dinding pun tak kisah, sebab dinding tu dah tertutup dengan kertas mahjung..

2. Biarkan mereka 'membina'


Permainan Lego adalah yang terbaik untuk meningkatkan daya berimaginasi kanak-kanak. Aku sendiri pun suka betul dengan mainan Lego, sebab boleh buat rumah, buat kereta, buat robot, dinosour dan baaanyak lagi lah! Jangan bagi alasan mahal, sebab Lego memang mahal. Kat pasaraya sekarang, banyak je lego tiruan punya. Bawah Rm 20 dah boleh dapat. So, beli lah yang tu. Jangan lupa untuk teman anak anda main lego tu, takut tertelan pulak.

Dan jangan lupa juga, untuk puji anak-anak anda walaupun apa yang mereka 'bina' tu sebenarnya tak cantik pun. Kalau anda tak faham apa yang mereka 'bina' tu, tanya mereka balik...so jangan terkejut kalau sambungan lego yang tak bermakna bagi anda tu adalah rumah dia bila dia besar nanti, sambil dia tunjuk bilik dia kat mana, bilik anda kat mana...nampak? Sel-sel otaknya sedang berhubung kan~ hahaha :P

3. Biarkan mereka 'buat sendiri'


Anak : Mak, minggu depan hari guru. Nak bagi apa ye kat cikgu adik?

Mak : Owh, takpe..nanti mak carikan hadiah untuk cikgu adik ya :)

...tapi, lebih seronok kalau macam ni :

Anak : Mak, minggu depan hari guru. Nak bagi apa ye kat cikgu adik?

Mak : Hmm...apa kata kita buatkan kad hari guru untuk cikgu adik? :D

Maka, sebagai ibu, walaupun anda tak kreatif, tapi demi anak anda haruslah anda membuat sedikit research agar anak anda impressed dengan bakat dan ke-kreatifan anda. Try je google kad-kad yang simple dan mudah dibuat untuk anak anda. Belikan bahan atau guna je recycle material yang ada dalam rumah anda. Duduk bersama-sama anak anda, dan buat bersama-sama. Mungkin anda boleh guide dan biarkan anak anda buat sendiri.




Hasilnya mungkin tak kemas dan comot...


Tapi mereka tetap akan berbangga dengan hasil kerja mereka, jika anda memujinya :)

Memang benda-benda ni nampak macam tak perlu / remeh dan rasa ini cikgu tadika punya kerja, tapi benda-benda ni lah yang dapat meningkatkan tahap kanak-kanak berfikir, berimaginasi dan membina keyakinan diri mereka.



'Just let them grow in a normal way'




Monday, 26 May 2014

Anda Kena Baca..bukan tulis











Al-fatihah bukan sekadar komen je kat laman sosial, but most of us tulis je komen Al-Fatihah, tanpa membaca Al-fatihah...itu tak membawa apa-apa makna tahu...


Ganjaran Kemenangan...



Sedarkah anda, mereka ini bersungguh-sungguh bermain untuk bergelar juara demi siapa dan kerana apa?






...dan tahukah anda, sikap anda yang mengharapkan kemenangan supaya dapat cuti itu sebenarnya memalukan?


...



Mereka bermain untuk sesuatu yang lebih dan sangat besar berganda-ganda daripada cuti satu hari yang anda harapkan itu...


Mereka adalah 'nama dan kebanggaan' Malaysia...



berani kau minta mereka menang supaya kau boleh cuti..?


Sunday, 25 May 2014

Ulasan tentang ABPBH 2013 Magis Alam



Well~well~~Anugerah Bintang Popular 2013 dengan tema gempak 'Magis Alam'. 

- first time buat di Putrajaya, seat banyak kosong, maybe sebab perubahan tempat, so ramai tak dapat pergi

- artis yang tercalon dalam mana-mana kategori kena duduk sebaris dengan calon-calon artis dalam kategori yang sama, menyebabkan certain artis nampak seperti lonely gitu~tak dapat duduk dengan bestfriend..isk3 siann...

- tema Magis Alam dari segi hiasan dalaman / decoration terserlah pada bahagian backdrop Hall of Fame semata, tetapi tidak kelihatan langsung tema itu pada stage. Maybe bajet tak cukup...

Decoration backdrop Hall of Fame

- Tema Magis alam boleh nampak lah pada certain artis, tapi tak berapa ketara..

Certain artis lelaki yang tabah pakai baju ada motif bunga-bunga

- Seperti biasa, pakaian artis yang paling mengikut tema adalah Didie Gaga / Didie Alias



- Pakaian paling seksa adalah pakaian Zila Bakarin dan Nabila Huda

- Felixia Yeap paling cantik dan manis malam tu aku rasa..


- Pembukaan daripada Mawi dan Ac Mizal yang ditujukan khas untuk MH370 agak menyentuh perasaan

- Performance lagu Zainal Abidin yang besttt sangat sebab lagu tu sedap dan kena dengan tema...lepas tu part nyanyi lagu 'percayalah' untu mengenang artis-artis lama yang meninggal dunia pada tahun ini, performance by Liza Hanim aku paling-paling suka sebab suara dia gila sedap. Sama jugak dengan Nora. Hebat lah, artis lama memang rare dan legend..

- Persembahan oleh Tegar, lagu Untukmu Ibu (Exist) dia nyanyi memang sedap, tapi lenggok style dia nyanyi tu masih ada..hehe kelakar lak dengar..apapun, gila konfident budak tu atas stage..kagum~

- Majlis ditutup dengan persembahan lagu Earth Song (Micheal Jackson) yang memang lagu fevret aku. Nasib penyanyi yang terpilih tu memang sedap kalau bawak lagu Inggeris, so takdelah sumbang-sumbang. Hehe

- Pengacara pula okay lah, nasib baik ada Amu Mastura dan Ajak Shiro. Meriah dan kelakar menjadi jugak lah..not bad

- Bintang Paling Popular boleh Aaron Aziz lak yang menang.. aishhh~ takpe lah tahun lepas tahun kau kot~ hehehe tahniah lah~


Okay tu je, bye...overall ABP kali ni tak best~


Malaysia Berjaya Ke FINAL PIALA THOMAS !!


Jutaan tahniah kepada semua yang terlibat, terutamanya kepada Datuk Lee Chong Wei yang telah berusaha sekeras mungkin demi melayakkan Malaysia mara ke peringkat akhir Piala Thomas 2014!

keputusan perlawanan Datuk Lee Chong Wei vs Tommy

Keputusan Yang Mengejutkan China

Pada peringkat separuh akhir menyaksikan China bertemu Jepun setelah China menang 3-0 (menentang Thailand) dan Jepun menang 3-1 (menentang Perancis) pada suku akhir. Manakala Malaysia pula layak ke separuh akhir bertemu Indonesia setelah Malaysia menang 3-1 (menentang Denmark) dan Indonesia menang 3-2 (menentang Korea) pada suku akhir.


Namun, jangkaan Malaysia akan mara ke Final dengan bertemu dengan China meleset apabila China yang sebelum ini telah 5 kali menjulang Piala Thomas sebelum ini, telah mengalami kejutan besar apabila kalah dengan Jepun 0-3, sekaligus melayakkan Jepun mara ke Final, bertemu dengan Malaysia yang berjaya mengalahkan Indonesia 3-0 pada separuh akhir.


Dan kini ia melakar sejarah di mana buat pertama kalinya Malaysia bertemu menentang Jepun pada Final Piala Thomas 2014, yang sekaligus membawa harapan rakyat Malaysia untuk melihat semula pemain tanah air kita menjulang Piala Thomas dengan bangganya selepas 22 tahun menanti!

Semoga kejayaan ini berulang semula ! :)

Jadi, beramai-ramailah kita menonton Piala Thomas ni hari ni,

Malaysia VS Jepun
25 Mei 2014 (Ahad - hari ini)
5.30 petang

(aku sangat kesal sebab game ni takde disiarkan di tv 1 / tv 2 /mana-mana stesen tv yg percuma. Menteri belia sukan ada buat statement memohon maaf sebab telah memberi hak penyiaran tersebut kepada pihak tv swasta..mohon maaf je?? Damn~ seriously sangat kesal dan marah tentang ni!)


p/s : tolong menang boleh? Mengharap sangat dah ni~ hahah


Friday, 23 May 2014

Baju Raya Jovian Mandagie 2014 Dah Publish di Zalora !!!


Ko tengok model dia semua macam patung, eh ke memang betul-betul patung? haha...Sumber

Yahooooo ! Inilah saat-saat yang aku nanti-nantikan selama ini, koleksi baju raya Jovian Mandagie dah keluar dan dah dipublishkan di ZALORA !!! Yahooo ! Yahooo! Aku dah ushar tadi, design memang tak mengecewakan, banyak yang menarik perhatian aku, ah pada aku semuaaaa cun gila..jom aku preview sikit kat sini :



So simple, so elegan, ekslusif, sweet dan sebagainya...hahaha semua yang aku tunjuk kat atas tu adalah yang kena dengan taste aku, ada baaaaanyak lagi, korang boleh tengok sendiri di





Apapun, aku rasa aku belum lagi sampai tahap yang terus nak beli, sebab banyak lagi benda yang lebih memerlukan duit aku ni. Design-design ni memang padanlah dengan harganya yang Rm 350 ke atas. Sebab memang hasil tangan pereka fesyen yang terkenal kan. Hihi...so kepada sesiapa yang rasa teruja dan ada duit, boleh lah grab cepat-cepat ya...hehe (n_n)



p/s : akan datang aku nak jugak beli satu kalau dah cukup duit ! Hehehe