Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 2 June 2014

Badut....kelakar atau seram?


Aku....



....tak pernah sukakan badut...

aku tak tahu kenapa, badut macam menakutkan...




Walaupun aku tahu tugas badut ni menghiburkan orang ramai terutamanya kanak-kanak, tapi bagi aku badut tetap scary dan mystery. Badut = Pelik. Haha

Aku tak tahu lah, maybe ni sebab aku selalu tengok cerita 18SG, jadi imaginasi aku terhadap badut ni jadi macam tak betul sikit...how badut yang colorful dan tak cute langsung tu boleh jadi entertainer eh?? Meremang pulak masa menulis ni..(janganlah tetiba ada badut lak kat ofiz aku ni).

By the way, siapa lah yang tak takut kalau dalam movie tu muncul badut psycho macam ni :






Damn! Creepy gila, dia berdiri je pun dah psycho, belum lagi tetiba dia hilang dan muncul kat depan aku..erkk...


Badut yang 'berlakon' dalam movie Dead Silence
Lain-lain movie yang memang kisahnya pasal seekor Badut yang jahat + psycho + evil, aku tak tahu. Takut gila nak tengok...Owh ya...watak Joker juga bermekap macam badut, tapi aku masih boleh terima sebab masih nampak ciri-ciri manusia nya tu. 

By the way,
this damn clown pulak
makes me want to eat burger :




Nasib burger tu tak bentuk muka badut dia ni...but then, kenapa ea McD guna ikon badut? Adakah dia gila? Hahaha..amik sebijik, teori tak berasas daripada aku...

Apapun, badut tak kelakar bagi aku. Badut menyeramkan. Tapi, kalau aku berpeluang jadi badut (pakai costume dan mekap macam badut), aku risau aku pulak yang men-saiko orang...hahaha


By the way, ni dia yang aku nak sampaikan :

Coulrophobia
- Fear of clowns -


So...
 ada sesiapa lagi yang macam aku? :)


p/s : taip entry sambil memaki-maki muka badut yang seram tersebut...damn!damn! Kesian mereka tak bersalah pun :p


1 comment:

reenapple said...

Aku pun tak suka badut. Buat aku seram.