Happy Three Friends

Miss Money

Friday 20 June 2014

Sensitiviti Yang Pudar Kerana 'Hiburan'


Ngeri sebenarnya...

Ngeri apabila manusia sekarang terlebih berkomunikasi melalui laman sosial dan gajet masing-masing berbanding bercakap dengan manusia sebenar. Makin ngeri apabila segala-galanya dikongsi tanpa mengendahkan aib orang lain.

Bila bercakap tentang aib, ianya adalah hal-hal yang memalukan dan boleh menjatuhkan maruah orang lain.

Banyak video di-share tanpa mempedulikan aib orang dalam video tersebut. Sudahlah yang memang terang-terang sengaja mahu mengaibkan diri semakin ramai sekarang ni, di tambah pula dengan manusia sekarang yang suka merakam segala-galanya dan menyebarkan ia untuk dikongsi bersama kawan-kawan tanpa mengendahkan orang dalam video itu malu atau tidak, dengan alasan hanya untuk suka-suka.

Ya...maka dengan itu, dengan berbekalkan 'lesen hiburan' yang dicipta manusia sendiri...

maka tidak apa kalau share video atau gambar yang memalukan wanita selagi ianya boleh buat manusia tergelak-gelak sampai berguling-guling sebab kelakar sangat...

maka tidak apa kalau share video atau gambar yang mengaibkan wanita mahupun lelaki tidak kira umur asalkan ia boleh membuatkan manusia ketawa berdekah-dekah sampai senak perut...

maka...kita perlu bersedia dan harus terima jika beberapa tahun dari sekarang, anak-anak kita tidak akan dimarahi walaupun mereka share video atau gambar orang bogel sekalipun sekiranya benda tu membuatkan anda tergelak sama. Mungkin anda juga takkan marah, kerana sensitiviti yang semakin lenyap terhadap perkara-perkara yang mengaibkan orang lain seperti ini.

Asalkan sesuatu yang diaibkan itu, dilabelkan sebagai 'hiburan, lawak, dan jenaka'...

maka semua boleh terima...


....................................................


Lagi ngeri, apabila masyarakat mula menerima kelucahan itu sebagai suatu jenaka. Dan tambah mengerikan, apabila kelucahan sebagai suatu jenaka itu sudah pun dianggap normal, biasa dan merupakan perkara yang harus ada dalam hiburan masa kini, tak kiralah dalam rancangan realiti TV mahupun dalam filem. Pelik..dan ngeri...bila keluar lawak lucah yang double meaning, kanak-kanak pun dah boleh ketawa berguling-guling sebab mereka dah boleh faham maksud sebenar lawak tersebut. Seriously, siapa yang 'biasakan' mereka dengan ini kalau bukan kita sendiri?

Jadi, apa kita nak buat, bila kelucahan seperti ini, dijadikan bahan lawak? Lawak adalah satu-satunya genre yang boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah kanak-kanak. Jadi, apa kita nak buat kalau genre lawak itu sendiri dah 'tercemar'?


........................................................



2 comments:

marhaeink said...

Ya Allah.. betul tu. Mostly kalau kat facebook banyak page lawak yang buat macam tu ..n saya pernah like seriously.. :'(

eima said...

aku pun lama tak guna perkataan dabel meaning sbb skrg ni dah perlu nk berkias ..direct je kan... huhu