Happy Three Friends

Miss Money

Friday 13 June 2014

Kami tak lupa lah sayang-sayang sekalian :)


Agak annoying apabila ada golongan-golongan yang 'terover' mengingatkan tentang kedatangan bulan Ramadhan yang bakal menyusul selepas kedatangan musim Piala Dunia Brazil 2014 yang tengah 'in' sekarang ni. Masing-masing nak share sesuatu yang berbunyi macam ni :

"Countdown bola sepak ingat, countdown nak ke Ramadhan jangan lupa pulak berapa hari lagi je nih..."

"Sibuk betul nak sambut World Cup, bulan puasa dah nak dekat ni..jangan lupa pulak..."


.................................

Kenapa over sangat nak ingatkan tentang itu, ya? Adakah mereka berasa seluruh dunia yang 'over' sebab ramai sangat yang update tentang World Cup? Adakah mereka fikir yang peminat-peminat World Cup ni akan hilang akal serta daya ingatan kerana World Cup??



Seriously..NOT ;) Haha, aku cuma fikir, golongan-golongan tersebut tak faham standard lumrah manusia ni bila tengah berada dalam 'sesuatu musim'.

Kalau korang ingat masa pilihan raya dulu, semua duk update 'saya dah mengundi...saya dah menunaikan tanggungjawab lah..ape lah..sambil menunjukkan jari yang dah kena celup dengan dakwat yang kononnya kekal sangat tu...

Then 'masa musim mother's day'...memanglah ramai orang nak wish mother's day, dah sebab namanya tu memang khas hari untuk ibu, lepas tu ada je mangkuk-mangkuk yang cakap, bukan kena sayang mak je, ayah pun kena sayang juga.. Hey come on lah, kalau dalam exam, kena buat essay yang dah diberi tajuk khas, aku rasa orang-orang yang macam tu lah yang buat essay yang lari tajuk..haha :p

Chill sudah ~ bukan kami lupa yang Ramadhan bakal tiba, tapi oleh kerana ini musim bola, jadi dah tentulah bola yang lebih menonjol...ye tak? Lepas ni, bila tiba musim Ramadhan, haa kau tengoklah kat homepage FB, dekat Twitter, Insta dan segala bagai media sosial, mesti semua nak wish Selamat Menyambut Ramadhan kan?

Aku tak nafikan juga, bila tiba Ramadhan nanti, di saat semua gembira dan excited menyambut first day of Ramadhan, di saat semua buat status tentang Ramadhan pada ketika itu...golongan ini lah yang akan tiba-tiba update status macam ini :

"jangan tau update status pasal Bulan Puasa je...amalan kena cukup jugak..."

Aik? Kena marah jugak...hahaha..baiklah..baiklah...tu je aku nak cakap. Kami tak lupa sayang-sayangku sekalian, cuma bila tiba musim buah durian, haruslah yang glamour buah durian kan? Bukan buah gajus, mahupun buah kurma kan? Harap faham maksud tersirat tersebut, haha..okay selamat maju jaya semua~


p/s : thanx for keep reminding me that Ramadhan is just around the corner.. :) I'll take that as a reminder from my sedara seIslam :) Peace :)


5 comments:

NAZLIANA SI CUTE said...

manusia mcm2 ragam..:)

reenapple said...

normal. Lebih3 lagi zaman moden. Chill

ct cheery said...

hahaha..terbaiklah..

Zaza Iman said...

hihihi..tu la kan. mcm2 org ni.. :)

Shila said...

dia jeles sebab tak boleh nak enjoy dgn world cup..

macam aku..tak reti lgsg pasal bola..jeles kot..!