Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 18 June 2014

Review Komik Warkah Momok by Gempak Starz


Thanx Lana, sebab ingatkan aku untuk review pasal komik ni, sebab aku pun dah terlupa yang aku ada cakap nak buat review pasal ni..haha :p okay jom lihat best ke tak komik ni :


Cover design komik

Isi Kandungan

Komik ni bukan jenis komik ala-ala novel yang ada sebuah cerita je kat dalam dia tau, dia ada beberapa kisah seram kat dalam ni, dan tajuk-tajuknya adalah :

1. Misteri Alat Kelui
2. Koir Tengah Malam
3. Mesej Berantai Puaka
4. Misteri Mesin Layan Diri
5. Bayang Dalam Gelap
6. Misteri si Pari-pari : Manusia Pepatung
7. Pasar Malam berhantu
8. Kolam Renang Tertutup
9. Pil Terlarang

Keunikan Komik Ini

Komik ni bagi aku agak berbeza dengan komik-komik seram yang aku pernah baca before ni. Sebab :

i. Kisah-kisah dalam komik ni dibuat berdasarkan pengalaman seram dan lagenda-lagenda penduduk yang tinggal kat suatu tempat kat Jepun ke Korea entah aku dah lupa. Pelukis komik ni minta mereka yang pernah mengalami kejadian seram atau aneh untuk memberi surat menceritakan kepada dia untuk di'komik'kan.

ii. Kisah-kisah dan 'jenis hantu'nya jugak dah tentulah lain dan unik kan sebab kisah ni orang-orang Jepun / Korea sana. So, dalam komik ni, takdelah cerita-cerita hantu Melayu seperti perempuan mati bersalin jadi cik ponti ke, or toyol curi duit ke..saka ke..haa takde ye dalam komik ni..hehe

iii. Komik ni pun ala-ala dah macam movie seram Jepun dan Korea lah kiranya. Certain ending kisah dalam komik ni agak tidak memuaskan hati. Hahaha...kira kita tak tahu kesahihannya dan kenapa atau macam mana kejadian tu bermula. Pelukis hanya cerita kejadian seram yang menimpa kepada seseorang tu, dan lepas tu habis. Takde terangkan kenapa...tergantung kan?

Lukisan Komik

Standard lah lukisan dia, sama je macam style pelukis komik-komik cinta atau romantik yang lain. Jadi, elemen seram agak kekurangan dari segi efek lukisan tersebut. Tak seperti pelukis komik seram yang ada identiti dan style lukisan yang tersendiri, contoh Puyuh. Memang rare dan menakutkan..pheww~


Haa okay tu je lah ya reviewnya. Bagi aku, tahap keseraman dia aku bagi 5/10. Dari segi keunikan kisah seram dia tu aku bagi 8/10 sebab hampir semua aku tak pernah dengar. Haha, kisah yang pil terlarang tu agak aneh sikit. Dia tak seram tapi dia aneh. Perasaan aneh ni pun agak menyeramkan sebenarnya. Haha so, bagi aku okay-okay je lah. Beli okay, tak beli pun okay~ Hehe :p


p/s : kerja aku banyak gila...belum sempat lagi nak habiskan novel 'Suspek' tu..wuwuwu


1 comment:

Tinta Lana said...

Assalamualaikum tuan tanah!

hahaha, ok2, no problem. Laju je ko review kan,hahaha

Waa..hantu luar negara rupanya,hahaha. Patutla time aku nengok cover pun, aihh, bulat je mata. Pastu, Maki Sugawa..

Ok2, tq weh. Cepat2 la habiskan suspek, dah, aku paksa ko plak kan,hahaha. Aku suka org review lgi2 psl buku..sbb aku tak pandai nak review2 ni T__T