Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 12 June 2014

Saya dapat Souvenir, Diskaun dan Hadiah !!


Salam. Alhamdulillah..
Semalam duit dalam akaun dah cecah tahap kritikal...(bukan tahap berjaga-jaga lagi, tapi kritikal terus..haha), tapi syukur Tuhan murahkan rezeki aku pada 'bahagian' lain. Aku dapat souvenir, voucher diskaun dan hadiah sekaligus dalam bulan ni. Rasa macam wahh...(lompat-lompat gembira)

1. Souvenir daripada 'tanah suci'

Pemberian daripada wife bos aku, beliau pergi umrah hari tu.

Pelbagai manisan yang aku tak tau nak kata gula-gula ke, coklat ke entah..tapi yang dalam plastik biru besar tu adalah kurma yg dibalut dengan coklat..dalam kurma tu, biji dia dah diganti dengan badam. Tapi adik aku yang ngap dulu..

Ada jugak dapat kurma dalam kotak (ada 3 bijik je dalam kotak), dapat sejadah yang sangat cantik dan besar. Haha :D

 

Dan ini yang paling aku jakun iaitu bila dapat pocket perfume ni. Dah macam kalkulator dah, nipis gila. Memang aku jakun sebab aku tak pernah dapat lagi perfume macam ni. Haha..bau dia agak pening sikitlah...baru minyak atar rose kan..aku belum guna lagi, sebab sayang lah konon-konon~ hehe

 


2. Voucher Diskaun LAZADA


Ini maybe ramai yang dah tahu kot sebab aku ada buat entry voucher tentang ni hari tu. Owh haa, aku jadik beli Handheld Vacuum hari tu kat Lazada..dah dapat dah tengahari tadi. Ni gambar vakum yang aku beli tu :

Nanti aku update pasal vakum ni ya :)

Dan pada blogger yang lain, jom join Giveaway aku kalau nak dapatkan voucher diskaun ni jugak ya :)


3. Hadiah daripada blogger Kak Intan Berlian

Terkejut aku bila ada nama aku dalam entry ni (klik). Semalam memang ada baca entry beliau, pasal souvenir dari Terengganu yang dia beli dan nak hadiahkan pada top komentar blog dia dan sorang blogger yang rajin pergi blog dia..cuma aku takdelah sangka aku yang Kak Intan maksudkan tu. Haha..so ini yang aku dapat daripada beliau :

Sapu tangan Ekslusif Malaysian Batik yang ada penyu ni ! Yahoo~terima kasih Kak Intan..tak sia-sia berangan-angan kalau dapat sapu tangan ni. Haha memang cantik kan :D

Haa okay itu sajelah cerita aku setakat ni. Giveaway aku masih berjalan. Kalau korang baru-baru nak rasa experience shopping di online Store LAZADA, boleh lah try dapatkan Voucher Diskaun dengan join giveaway tersebut. Okay thanx sudi singgah sini :)


3 comments:

NAZLIANA SI CUTE said...

wah rezeki bestnyer...

vanillasnow said...

untungnyaa dapat benda2 ni..
nak jugak..huhu~

eima said...

tahniah .. byknye dpat....