Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 11 June 2014

Apabila Anissah Bertukar Menjadi Pink !!


Entry ini khas untuk kucing putih yang selebet tu..nama dia Anissah..

Hai si kucing comot aku nih...beliau ni namanya Anissah. Kenapa aku letak nama dia Anissah, jawapannya ada dalam entry INI (klik). Aku ada cerita sejarah penamaan si Anissah ni. Hehe..so, aku bela si Anissah ni sejak dia anak kucing lagi, sampailah sekarang. Anissah ni tak suka duduk dalam rumah, kerja dia bergolekkkkkkk je lah sepanjang hari kat luar rumah. Paling best, bergolek tengah-tengah jalan raya. Nasib baik area rumah aku tu bukan laluan utama.

Aksi bergolek di tengah jalan bersama Comel (yg belang-belang)

Anissah suka merayap entah ke mana-mana. Beliau rasa beliau adalah seekor 'askar'. Tak suka lalu jalan yang luas. Kalau daripada jauh, dia nampak aku balik. Dia akan bergegas datang balik ke rumah, tapi lalu celah-celah pagar, lalu bawah-bawah semak, kena panjat-panjat tembok dulu baru sampai. Datang dengan segala kekotoran dia tu dan 'lap' kat seluar aku. (-..-') Hampeh punya kucing~

Owh baru-baru ni, beliau balik rumah dalam keadaan yang serba pink! Hahaha berguling-guling aku ketawakan dia. Dah macam apa aku tengok...(>_<)

Habis semua warna pink. Heyyyy si Anissah ni, entah kat mana dia bergolek agaknya...grrrr~
Bajet hensem kucing aku ni. Patutlah semua kucing jantan yang berdekatan suka belasah beliau ni...

Aku kelakar, sebab bila aku duk gelakkan dia sebab dia dah jadi warna pink, dia macam faham. Sebab dia duduk jauh je, dan macam nak sembunyi-sembunyi supaya aku tak nampak dia, konon malu lah sebab dia berwarna pink~~ hahaha...

Don't take my pic again, mommy...i felt so horrible rite now :(
Hahaha..tahap selebet kucing aku ni memang tinggi. Bila aku pegang sikit je, mula lah menggedik. Hilang terus rasa malu dia tu~



Dah start dah miang dia tu. Kucing aku ni suka sangat bergolek. Kalau aku balik daripada niaga kat pasar malam, dia lari balik rumah, tapi bukan menghala aku, dia terus landing tengah jalan raya, dan ajak aku teman dia golek-golek. Bila aku dah leka layan dia golek-golek, time tu lah dia cakar tangan aku tak nak lepas. Demmit! Sabar je lah T_T

tapi, aku tetap sayang Anissah ni..hehe sebab dia sengal :p

Tu lah sedikit sebanyak tentang Anissah aku yang berwarna ke-merah jambuan tu. Sekarang dah putih bersih balik. By the way, si Anissah ni tengah lupa daratan sikit ni, beliau buat rumah aku macam restoran je, lepas makan isi perut sampai bulat, dia blah. Datang bila lapar je, lepas tu blah. Eiii geram betul aku...T_T

P/S : Musim mengawan kot? Hahahaha


2 comments:

eima said...

abang long kawasan kot tu pasal mai check in mkn je ... byk kaw nk jaga .. hahhaha

ko ni mesti cat lover kan ... aku ingat betina ... nk kena baca la pesal leh nama anissah tu hahahha

dulu aku cat lover skrg ni aku hater ... suka sgt kencing atas mesin bsh aku ... dah la dlm tu ade kain bj br bsh ... suka sgt berak kat laman rumah aku ..mencik

Aisya A. said...

hahahaha! pink panther ni. hehe