Kenapa aku rasa, agak malang pada mereka yang bercinta pada zaman selepas kewujudan Facebook?
Sebenarnya, bukan aku kata malang bagi mereka yang lambat 'bertemu' dengan pasangan, tapi point utama aku adalah malang bagi mereka yang bercinta pada zaman Facebook JIKA mereka adalah orang-orang yang gagal menahan diri mereka daripada show-off hubungan mereka di laman sosial.
Show off di sini aku maksudkan adalah perasaan ingin menunjuk yang sangat tinggi, sampai ke hal-hal yang tak perlu diberitahu pun, nak dikongsikan juga kat laman sosial.
1. Gambar terlampau mesra
Ini macam satu penyakit. Gambar dekat-dekat, rapat-rapat kalau boleh terlaga itu ini, kiss-kiss sikit~ lepas tu upload dengan caption yang berbabi-babi berbaby-baby dan bermanja-manja yang gila hyper. Lepas tu, marah bila orang tegur, marah bila orang judge dia itu ini. Adik-adik, kalau tak nak orang judge kau ni seorang yang negatif or err...murah (bahasa kasar), jangan lah sebar kat FB. Kau penat-penat back up diri sendiri yang kau ni mulia, tapi bila tengok album...semua hampeh. Camne orang nak percaya kata-kata mu, adik...T_T
2. Rahsia laki bini
Meh aku kasi gertak sikit kaum-kaum wanita yang suka sangat share kat Facebook, apa yang laki dia suka, apa yang laki dia tak suka, apa yang laki dia pakai, apa yang laki dia nak masa malam pertama (ok, sangat bodoh kalau ni pun kau nak buat status kat laman sosial)...beratus jenis manusia di dalam friendlist anda. Jangan terlalu yakin dan percaya bulat-bulat yang mereka ni semua baik hati macam anda ye..meh aku psycho lagi...bayangkan ada seseorang (pempuan) yang seriously take note apa yang anda sharekan tentang laki anda tu...(tentang kesukaan dan kegemaran dia) dalam usaha dia nak merampas laki anda. Nampak tak bahaya dia tu? Ya, aku memang psycho, sebab tu aku fikir benda-benda kompleks macam ni, at least dalam masa yang sama, aku dapat berfikir mana yang boleh di share, dan mana yang tak boleh di share !
3. Status Ratapan Jiwa dan Raga
Ini pun disaster jugak. Bila bergaduh dengan pasangan..mak aihhh...kalau boleh setiap kali 5 minit nak kena update apa perasaan dia time tu. Sedih lah, kecewa lah, rasa dikhianati lah, rasa tipah tertipu lah, paling tak boleh blah, menyumpah seranah pasangan kaw-kaw punya kat FB tu. Huihhh....
Okay, tiga tu je yang aku rasa annoying sungguh. Aku emo pasal bila aku scroll home FB aku, ada kawan lama aku ni duk post gambar manja sangat beliau dengan GF dia. Entah baru bercinta ke apa aku tak amek port. Tapi, memang sangat banyak dia upload sampai akhirnya aku terbuat entry ini. Dan sampai aku terfikir sesuatu yang kejam...
Adakah awek dia yang hack akaun pakwe dia, dan upload segala gambar terlebih manja dengan caption konon-konon dari pakwenya kepada dia. (padahal tulis sendiri) Hahaha...
Okay, sedikit perkongsian :
5 comments:
setuju sangat2..
Lynn. Kita sama. Aku pun tak suka juga.
Dan aku pun terfikir juga macam kau, adakah perepuan tu yg pgang akau FB pakwe/laki dia? Hahaha
Aku tetap rasa perlu ada privacy dlm hubungan. Lebih3 lagi yg dah kahwin. :)
Hahaha... serious mmg Sgt annoying. Kita tgk pun tahu belum kawen tp bet mama papa kalah mak pak kite. Hi hi...
lain org lain ragam =)
lebih kurang dah 6 tahun aku tak penah upload gambar .. hahahahha
yg ade dlm tu pun bakal nk kena delete...
Post a Comment