Happy Three Friends

Miss Money

Monday 2 June 2014

Craft Review : Tanah Liat Air Dry (Air Dry Clay)


Teringin nak buat makanan dalam bentuk perhiasan yang betul-betul realistik sampai nampak macam boleh dimakan???

Teringin nak buat keychain macaron yang comel macam ni?



Teringin nak buat perhiasan cupcake realistik yang comel macam ni??



ataupun...
nak buat mini kuih-kuih versi magnet / charms macam ni ??


Boleh....boleh sangat kalau korang nak buat betul-betul. Sebab sekarang ni memang Clay Art ni baru nak naik di Malaysia ni. So better kalau korang sungguh-sungguh nak tambah pendapatan dalam kraf ni, boleh lah try dalam bidang Clay Art.

Idea-idea kreatif dan comel yang korang tengok tu tadi, sebenarnya diperbuat daripada Air Dry Clay :


Set Air Dry Clay yang terdiri daripada pelbagai warna yang menarik!

Tekstur

Tekstur Air Dry Clay ni macam tanah liat biasa yang dulu kita buat main-main tu, cuma yang ni macam tak berminyak sangat lah.

Cara Penggunaan

Dalam bidang Clay Art, terdapat dua jenis tanah liat yang digunakan, iaitu :

i. Polymer Clay : ini jenis tanah liat yang kena bakar dalam oven.
(nanti aku review yang ni pulak ya)

ii. Air Dry Clay : berbanding Polymer Clay, yang ini kena menunggu sikit lah, tapi sesuai untuk sesiapa yang tak memiliki oven. Sebab Air Dry Clay hanya perlu membiarkan hasil craft tu pada suhu bilik yang kering selama 2 hari. Lepas tu, dah keras dah.

Supplier


Dijual mengikut set yang mengandungi 24 warna. Disediakan sekali dengan aksesori tambahan :

Rm 59 *not include postage

So, itu lah sedikit sebanyak tentang Air Dry Clay dan Clay Art ni. Tak kreatif takpe, idea boleh dicari dan dilatih menjadi kreatif. Buku-buku tentang clay art pun ada kat pasaran dah, cari je lah untuk buat rujukan. Mana tahu rezeki anda ada kat situ? :)

also made from clay

Okay tu je,terima kasih sudi singgah! Harap bermanfaat! :D


7 comments:

Tengkubutang said...

Wahhhhhhhhh.. sangat2 comellll... menarikk

nuyui a.k.a miss YUI said...

blom cuba clay lg..hihi

SuBaeQiqi said...

kalau nk kirim yg rm 38.00 ty blh ???

Unknown said...

nak tanye.. kalo kite wat keychain made from air dry clay, x pe ke kalo x seal dia dgn waterproof glaze?

Unknown said...

Wow..boleh belikan set polimer clay macam tu x nanti saya banking duit..

Unknown said...

Wow..boleh belikan set polimer clay macam tu x nanti saya banking duit..

Unknown said...

Wow cantik..boleh belikan saya set polymer clay macam tu nanti saya banking duit