Happy Three Friends

Miss Money

Friday 27 June 2014

Kenapa kerap kena kencing tak lawas?




Salam. Aku ni memang seorang hamba Allah yang selalu je kena kencing tak lawas ni. Setakat ni dah tiga kali aku kena.

Masa mula-mula kena, aku google lah punca-punca dan sebab kenapa boleh jadi kencing tak lawas ni kan...but then, bila lepas tu asyik datang balik je masalah tersebut, aku jadi musykil...masa aku first time mengalami masalah ni, disebabkan oleh peranakan yang terturun sedikit. So, bila masalah ni datang semula, aku macam...eh, takkan lah mudah sangat peranakan aku nak terturun kan?

Kali kedua kena, aku malas nak berurut, aku pergi klinik terus. Doktor kasi ubat bersihkan kuman, ubat supaya lawas kencing dan antibiotik. Bak kata doktor, ade sikit je lah kuman dalam urine aku tu. So, aku pun okay je lah. Makan ubat sampai habis. Tapi dalam sebulan dua lepas tu, aku kena balik. Owh damn! Apehal ni?? Grr

Masalah kerap kencing boleh dialami oleh perempuan mahupun lelaki. Ia boleh mengakibatkan masalah emosi dan stress.

Okay, so kali ni nekad, aku kena pergi lagi jumpa doktor. Dah tak boleh blah sebab asyik kena pergi toilet je. Huh ! Tapi, kali ni aku pergi klinik lain, area tempat kerja aku je ni. So, bila aku check up kat situ, lepas dengar apa doktor tu cakap...

baru lah aku faham 3 perkara di bawah ni :

1. Kenapa aku selalu didatangi masalah kencing tak lawas ni?

2. Kenapa kena minum banyak air masak supaya kencing kita lawas?

3. Satu punca utama masalah kencing tak lawas, yang takde langsung ditulis dalam mana-mana sumber yang aku cari di internet.

Serius! Meh aku explain satu-persatu :


- Salah satu punca utama kenapa kita kerap mengalami masalah kencing tidak lawas adalah kerana kita sukar buang air besar. Bila makan, makan dan makan, tetapi tidak buang air besar (tak terasa nak buang air besar pun / rasa tapi tak boleh keluar), najis yang tersimpan dalam badan kita tu jadi semakin banyak. Sebab itu lah, ia menghimpit pundi kencing kita, yang menyebabkan kita asyik rasa nak buang air kecil je, tapi bila pergi toilet, keluar sikit je.

- Jadi, untuk mengatasi masalah kencing tak lawas, kita terlebih dahulu HARUS melancarkan sistem pembuangan air besar kita! Bagaimana? Minumlah air masak banyak-banyak seperti yang disarankan iaitu 8 gelas air sehari.


- Okay, sekarang nampak tak peranan air masak yang kita minum banyak-banyak tu sebenarnya? Orang selalu cakap, kencing tak lawas sebab kurang minum air. Tapi kita tak tahu kenapa? Kenapa kena minum air masak banyak-banyak, baru tak kena kencing tak lawas..

Rupa-rupanya, peranan air itu adalah untuk 'melembutkan' najis kita sekaligus dapat melancarkan sistem pembuangan air besar kita. Dan bila masalah tu dah setel, baru lah kita akan pulih daripada masalah kencing tak lawas. Dapat faham tak?

**********************************************

So, ubat yang aku dapat daripada klinik tu lebih kepada ubat untuk memulihkan punca utama aku iaitu masalah sukar buang air besar, seperti ubat sembelit, ubat antibiotik dan apa entah lagi 2 bijik. Sangat berbeza berbanding klinik yang aku pergi sebelum ni yang hanya bagi ubat untuk setelkan masalah kencing tak lawas aku.

Aku ibaratkan macam kita pening disebabkan kita tak makan nasi satu hari suntuk. 'Ubat' utamanya adalah memang kita perlu makan nasi lah kan? Bukannya ambil panadol untuk hilangkan pening. Haa faham tak? Haha... :p

Apapun, aku tak rasa ramai orang yang tahu tentang kesukaran membuang air besar adalah salah satu punca utama kenapa kerap mengalami masalah kencing tak lawas. Sebab mana-mana sumber kat internet yang aku research, semua pusing-pusing balik duk tulis punca kencing tak lawas :
Jangkitan kuman & peranakan jatuh


Sekarang ni, bila aku rasa macam 'terkena' kencing tak lawas, memang aku minum banyak air dan 'membuang'. Hahaha, dan lagi satu, proses pembuangan aku Alhamdulillah bertambah lancar sejak aku minum Ephyra. 

Aku memang jual Ephyra ni, tapi aku citer ni bukan nak promote ke apa, ni lebih kepada citer sebagai pengalaman pengguna lah gitu :p hehe

Haa okay, itu lah dia sedikit perkongsian untuk pembaca sekalian. Terima kasih sudi singgah dan harap bermanfaat ya. ;D


5 comments:

Suria Amanda said...

SA pun mrngalami masalah yg sama...selalunya sbb kurang minum air la...tp skrg dh ok...sbb SA minum juice delima...hihihi...Alhamdulillah dh xde masalah dh...

Cik Anita said...

Sedap ke air aphyra ni??

So far aku belum ada masalah kencing tak lawas ni. Tapi logik la gak kan fakta ko tu.. tak pernah terfikir plak

eima said...

ai xde masalah ni sbb minuman fav ai is air masak .. berbuka pun ngan air suam ... air manis tak layan ....

bila nk tayang kulit ni nk tgk pas mkn ephyra

Unknown said...

oooo begitu ye? thanks for the info. :D

Shahira said...

la yeake...saya minun air ural beras bali smua nya xjadi...