Happy Three Friends

Miss Money

Monday 15 September 2014

Harga dan Spesifikasi Proton Iriz 2014 !!


Salam...(n_n)

Mata model baru Proton yang menawan~~
Okay, rasa macam agak 'panas' sekarang ni antara Perodua dengan Proton. Hahaha..hari tu baru je Perodua lancarkan kereta terbaru mereka iaitu Perodua Axia, tup-tup lepas tu, Proton pun muncul dengan model terbaru mereka yang lebih cunnnnn daripada Axia!! Yang paling penting, design sendiri okay, bukan ciplak main pasang sambung je macam yang Perodua selalu buat :p Okay, jom kita lihat model terbaru daripada Proton iaitu~~

Proton PCC, Iriz 2014
PCC (Proton Compact Car) adalah kod nama bagi model kompak keluaran Proton dan Iriz adalah model PCC yang pertama bagi Proton.

Owh my~~~cun kan!! Aku suka mata dia yang tajam tu! Owh sory, aku memang panggil lampu kereta sebagai mata. Hehehe

Proton_PCC_Iriz_undisguised_008

Dikhabarkan, Proton Iriz ini telah dipandu sendiri oleh Dr. Tun Mahathir kita ke Pavillion!!

Sumber

Proton_PCC_Iriz_Undisguised_034

Proton_PCC_Iriz_undisguised_019

Pandangan sisi Proton Iriz

Pandangan belakang Proton Iriz
Proton_PCC_Iriz_Undisguised_028
Belakang dia agak pelik tapi aku suka, sebab nampak macam style sketches. Orang yang buat cerita kartun tu, macam ni lah dia design kereta, bawah dia macam besar pastu penyek-penyek sikit. Entahlah aku tak tahu nak explain macam mana. Haha :p

Ciri-ciri Proton Iriz :
Oleh kerana media berpendapat kereta ini adalah B-Segment, maka ia dibandingkan dan bakal merupakan pesaing hebat kepada Myvi, jadi semua perbandingan kebanyakannya dibuat dengan Myvi.

1. Proton Iriz mempunyai tinggi dan jarak roda yang lebih panjang daripada Perodua Myvi.

Proton_PCC_Iriz_Undisguised_045

2. Ruang tempat duduk belakang Proton Iriz lebih lebar dan luas berbanding Myvi. Proton telah memperkenalkan sokongan peha kepada tempat duduk belakang Iriz dengan asas yang lebih panjang berbanding Myvi.

3. Ruang meletak barang Iriz di bahagian belakang juga lebih luas iaitu 215liter berbanding 208liter pada Myvi.

proton iriz proton campact car 4proton iriz proton campact car 3


Spesifikasi Proton PCC, Iriz 2014

Proton_PCC_Iriz_Undisguised_022

1. Dihasilkan menerusi dua penekanan utama iaitu tahap keselamatan yang baik dan ekonomi bahan api, yang dijual pada harga mampu milik

2. Menggunaan enjin terbaru VVT yang bersesaran 1.3 dan 1.6 liter dengan transmisi Manual serta Auto dalam 3 jenis iaitu Standard, Executive dan Premium

3. Siri PCC dilengkapi dengan 6 beg udara (mungkin 4 untuk model Iriz).

spesifikasi


Harga Proton PCC, Iriz 2014

bayaran bulanan


Haaa....okay itu dia sedikit penerangan berkenaan Proton Compact Car (PCC) model Iriz 2014. Pada aku, reka bentuk dia memang cantik dan ala-ala futuristik gitu~ Hahah..aku suka! Sangat berbangga sebab ia direka dan dibangunkan sendiri oleh Proton. So, pada yang berminat, boleh lah kot booking kat mana-mana cawangan Proton! :D

Proton_PCC_Iriz_undisguised_015



3 comments:

Umie Nadhirah said...

Kurang selesa dengan design blakang kete ni.

Unknown said...

kalau muda2 yang belum kawen tu sesuai sangat kereta ni..tapi bagi akka yang dah kawen anak merenyut-renyut nih..MPV jugak yang dicari...

Unknown said...

mmg tgh fikir2 nak ambik kete ni pun.. tp nk pakai dulu kete lama tu selagi boleh. hehe