Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 14 October 2014

Kenapa semua orang tergila-gilakan PANDORA ??


Salam...(n_n)


Aku takde Pandora, ngkau ade??? Hahaha..seriously bagi aku, Pandora punya marketing strategy dan idea Pandora Jewelleries tu sendiri dah sangat-sangat kreatif dan original. Tip-top! Padanlah harga 'segelang' yang mencecah ribuan ringgit tu ramai orang beli!

Antara padanan-padanan menarik gelang charm Pandora










Haa tu dia...cantik-cantik kann~ patutlah gegadis dan wewanita sekalian tergila-gilakan gelang tangan Pandora ni, sampai sanggup habis ratusan dan ribuan ringgit kerananya. Tapi, kenapa ramai yang suka dan jakun sangat dengan Pandora ni? Bukan kah banyak lagi gelang yang lain??

Keistimewaan dan Keunikan Gelang Tangan Pandora

Kalau gelang emas, kita hanya boleh pilih saiz je, nak besar ke~ nak kecik...tapi kalau beli gelang Pandora ini..kita boleh pilih hiasan-hiasan comel (charms) untuk digabungkan menjadi gelang! Contoh, kalau rantai, hiasannya adalah loket, dan kalau gelang, hiasannya adalah charms seperti yang diperkenalkan oleh Pandora.

Contoh-contoh charms Pandora untuk dipilih, lepas tu akan disarungkan kepada tali gelang tu. Siap untuk dipakai! :) Mana ada before ni jual gelang konsep pilih-pilih charm macam ni. Kalau ada pun yang murah-murah pilih-pilih huruf susun jadi nama tu kan? hehe

Pulak tu, setiap charms ada maksudnya, memang lebih galaklah mereka memilih nak charms yang mana satu~ huhu


Antara charms-charms comel oleh Pandora

  

  

Haihhh...makin banyak tengok, makin cute-cute pulak semuanya haa~ nasib aku ni tak minat pakai gelang tangan, kalau tak, dengan aku~aku sekali pun boleh terjebak jugak ni. Pada aku, harganya memang tersangatlah mahalnya, seketul charm yang kecik cenonet tu paling murah Rm126. Rate harga charm2 tu antara Rm126 - Rm971 !!!! Itu tak termasuk harga gelang tau, baru hiasannn dia jer tu! Phew~ kopak!

Apapun Pandora memang merupakan suatu hobi yang mahal. Pada yang berduit tu, memang sedaplah diorang beli segala jenis charm yang ada, tapi pada yang tak berduit, kita pakat beli gelang emas je lah yer~~ hahah :p

P/s : Mak aku dah ushar-ushar dah Pandora ni masa pergi Bazar Karat hari tu, ngeri pulak aku. Harap-harap mak aku tak minta Pandora untuk hari jadi beliau hujung tahun ni..T_T wuwaaaa hahaha


6 comments:

Unknown said...

pergh pandora...memang cantik...
lagi2 tengok charm dia tu...tapi maklum la harga dia...hadoi...pikir 24 kali nak beli...

eima said...

dik skerang ni dah ade dah kedai emas yg buat cam pandora ni ....
lebih berbaloi kot beli emas dr beli pandora klu kita setakat marhaen ni .... kat S.Wan dan Tomei dah ade dah ..boleh pilih2 cam pandora tu jugak nk buah charm yg camne .... sgt berbaloi kot than pandora ...ai is gila emas

nuyui a.k.a miss YUI said...

ok tp yui tak minat lg..hihihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

inshaALLAH yui akan update psl kwn yui..

GINA said...

Hii..feel free to visit my official blog jeannapandora.blogspot.com utk dptkan charm,bracelet,earring,ring,necklace dgn harga yg begitu murah dan berpatutan. Or blh je like/visit my FB Page "Gorgoeus Pandora". Btw, i really adored u punya gelang. Gojes sgt2! =)

Unknown said...

Sape nak beli pandora boleh col no ni 0199717239....nak jual murah je...sbb tak berape pakai