Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 30 October 2014

MAT KOMIK : Ruang untuk pelukis komik tempatan berkarya


Salam \(n_n)/


Okay, teruja pulak nak hebahkan pasal Mat Komik ni sebab aku rasa ramai je budak-budak sekarang yang kreatif menghasilkan komik, tapi tak tahu nak publish kan ke mana, kan? Jadi, takyah pening-pening kepala lagi, sebab sekarang dah ada suatu platform yang mudah untuk korang publishkan karya komik korang tu, iaitu:



So, basically blog Mat Komik ini bertujuan untuk menaikkan martabat komik (chewah~ martabat) daripada pelukis-pelukis tempatan di Malaysia ini. Jadi, jika anda :-

Suka baca komik??

Nak baca komik percuma??

Suka buat komik??

Pernah buat komik tapi tak pernah dipublishkan??

Sokong industri komik tempatan??

Boleh lah ramai-ramai pergi ke blog Mat Komik untuk membaca atau menghantar komik-komik anda yang dah lama duk terperuk dalam sketch book tu kan? Hehe, tiada syarat-syarat yang terperinci kalau nak hantar komik bersiri ke, komik satu mukasurat ke, nak hantar lukisan kartun or doodle korang ke dan sebagainya...sila emailkan karya / pertanyaan kepada :

matkomikmalaysia@gmail.com

**************************************

Ini aku review sikit antara komik-komik best daripada pelbagai genre yang ada, untuk dibaca :

The Dried Leaves (genre : Dakwah)


Roti Canai Sardin Special (genre : Lucu)

Nadim (genre : Motivasi)
Haha yang ini macam lawak gaya lukisannya, nampak bersemangat! Nak kena baca nih :D

Owh ya, komik seram pun ada tauu~~~ni yang best nih!

3 (genre : Seram)

Hahaa, saje je aku print screen part yang suspen :p Aku belum baca lagi komik yang ni, tapi aku rasa komik ni memang menakutkan betul!! Tak caya? Baca komen-komen mereka yang dah baca komik 3 ni kat bawah :



Perghh! Mesti seram betul nih, jap lagi nak baca gak, tapi tunggu tengah malam nanti baru feel~ Haa tu yang bestnya hantar komik pada mat komik ni tau sebab, kita terus boleh tengok feedback daripada pembaca kat situ. So, para pelukis dalam masa berkarya tu, dapatlah juga membaiki dan tingkatkan lagi skill berkarya. Memang stylo buat platform untuk buat komik tempatan camni.


Dan "Majulah Komik Malaysia Seantero Dunia"


P/s : seronoknya dapat baca komik selalu lepas ni, hihihi (n_n)


1 comment:

Diana Rashid said...

wah..macam best je nih..anak akak si maisara cukup suka lukis komik..memag citer entah apa2 tapi rasa kagum jugak la sebab dia rajin betul bab2 itu..tapi kalau suruh belajar lambat la pulak.