Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 19 October 2014

Fobia yang sering dialami ketika tidur :D


Salam! :D
Hahaha..aku terjumpa ini :

Maksud Bogey Man menurut 'kamus mereka' adalah Monster yang duduk di bawah katil

Hahaha~ terus aku tergelak, sebab rasa bersetuju dengan benda tu. Kalau fikir-fikir balik, banyak gak 'ketakutan' yang dialami oleh ramai manusia di seluruh dunia masa nak tidur ni, antara fobia yang paling glamour adalah :

1. Kena selimutkan kaki, kalau tak nanti ada hantu gigit / hisap ibu jari kaki

2. Masa baring, kaki dan tangan tak boleh terjuntai-juntai daripada katil, takut nanti ada yang cuit-cuit pulak daripada bawah tu~

3. Kalau tidur di bahagian paling hujung sekali (tepi takde orang atau dinding), kena susun bantal banyak-banyak kat tepi sebagai penghadang. Kenapa entah? Takut ada 'sesuatu' baring sama-sama kat sebelah kot? WuuUuu~

4. Tak nak tidur menghadap almari, sebab teringat cerita hantu yang senior cerita, ada hantu duk bertenggek kat atas katil. Seram nih!

5. Bila dah sedia nak tidur dan dah matikan lampu bilik, tak berani nak saja-saja juntaikan kepala untuk intai bahagian bawah katil. Kot ada yang membalas senyuman sambil menyeringai~ Hahaha

Okay tu je setakat yang aku tahu dan pernah dengar daripada kawan-kawan aku sebelum ni, kot ada lagi yang korang tahu atau korang sendiri yang fobia, boleh lah share kan ye~  Apapun, before tidur, basuh kaki dan baca doa-doa yang patut agar terhindar daripada sebarang gangguan dan halusinasi korang tu~ ngehehe~

P/s : by the way, i'm not sure if ketakutan-ketakutan ini boleh dipanggil fobia atau tak...maybe mitos, or entahlah whatever you called it ;)

6 comments:

Mad Parihh said...

kalau tidur kena selimut kaki , takut hantu main . hahaa

Zushazrina Zulkifli said...

Lyn damya..kenapa semua fobia tu sebijik macam saya! haha..rina terasa niehhhh!! camne ni..oumygad!

Diana Rashid said...

eh..ada satu lagi..masa kecik2 dulu selalu akak dengar ..kalau tidur tepi hantu telan je..,tapi kalau tidur tengah2 hantu kunyah lumat lepas tu baru telan..hahahah...

zaza zehra said...

hahaha...ya la...betul2...tapi klu tdur ada ank buah...xselimut pun xpa...klu sorang2...hehehee

nuyui a.k.a miss YUI said...

lagi baik amik wuduk sblm tidur kan.. pastu bc doa tido.

My Aisy said...

pergh pasal bogey man tu mmg terfikir2 klu time tidur...kot2 dia ada kat bawah katil...huuuuuu