Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 29 October 2014

Macam Mana Nak Bawa Kucing Garang jumpa Veterinar ?


Salam.
Korang kenal tak meow Anissah aku ni?



Ini gambar lama masa Anissah sengal bertukar jadi color pink, baca entry tu kat SINI (klik)


Anissah ni seekor kucing jantan yang berlagak samseng dan suka cari gaduh dengan kucing-kucing samseng yang lain. Baru-baru ni dia bergaduh punya teruk berguling-guling daripada tengah jalan ke tepi jalan sampai tergolek masuk dalam longkang besar pun nak bergaduh jugak! Huh~ aku pun 'bijaksana' gak masa tu konon nak pegang tengkuk Anissah nak angkat dia masuk rumah supaya tak gaduh lagi, sekali aku boleh tak perasan tepi telinga dia tu luka dan berdarah, itu yang dia rasa sakit bila aku angkat dia tu.

Berpusing ligat Anissah ke belakang, terus gigit pergelangan tangan aku sampai berlubang dalam. Bisa gila dowh~ tak sampai 2 saat bisa sakit tu menular ke lengan dan seluruh tangan aku. Terus aku nak pitam. Tangan aku ni memang nampak jelas daripada luar kedudukan urat tu, so lepas reda aku check balik kesan gigitan tu...perghhh nasib baik tak kena urat tuuu~ gila betul..boleh mati agaknya kalau kena urat tangan tu sebab selalu tengok orang nak bunuh diri kan kelar kat situ kan~ haha over betul imaginasi :p



Esoknya Anissah balik dah macam si buruk rupa dah haa~ dengan mata kanan luka-luka, memang sipi-sipi nak kena mata, kepala dia luka-luka, muka dia lagi lah..dah macam apa (-_-') Aku just sapu gamat je, tak bawak pergi klinik sebab Anissah ni sangat garang dengan orang lain selain keluarga aku. Boleh mati orang tu kena gigit nanti (-_-')

Tapi sekarang ni Anissah sema-sema, srottt srottt hidung dia berhingus. Kesian pulak aku tengok, macam demam pulak dia. Tu aku fikir nak bawak dia pergi klinik haiwan...tapiiiii.....camne ea sebab dia macam ghimau..tak suka dipegang oleh orang even aku sendiri. Anissah memang bukan kucing jinak dan dia tak tinggal dalam rumah. Rumah aku jadi tempat makan dia je. So, dia tak biasa dengan orang.

Banyak kali dah aku cedera sebab Anissah ni suka bagi 'surprise'. Tengah-tengah kita relax belai-belai manja dia yang tengah baring (pura-pura tidur nyenyak) tu, boleh dia tetiba cekau tangan aku T_T. Aku takut pulak, doktor haiwan tu cedera-parah kang kena dengan Anissah ni, dia kalau takut, macam puting beliung dia lari dalam rumah....adoiii~ macam mana ea? T_T

Wuwuwu~

2 comments:

Amanda Suria said...

Alamak...bab ni akak surrender Lynn...x dapek nk tolong....

aizamia3 said...

Bawak je pergi vet.. doctor kat klinik pasti tau camane nak handle kucing garang tu..
macam kita bawak anak kecil ke klinik.. ragam yang bukan sedikit kita nak layan.. ;)|