Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 15 October 2014

Tips beli pakaian di kedai bundle


Salam (n_n)
Korang pernah beli pakaian kat kedai-kedai bundle tak?


Konsep kedai bundle ni, diorang import berpukal-pukal pakaian-pakaian terpakai daripada negara luar, bawa masuk Malaysia, dan jual pada harga yang sangat-sangat-sangat murah! Sebab tu kalau kau pergi kedai bundle, trend pakaian dia pelik-pelik dan ada yang old fashioned (vintage) tahap gaban.

Sekarang ni bukan budak-budak muda je yang suka pergi beli pakaian dan kasut kat kedai bundle, orang-orang dewasa yang kelihatan loaded di mata aku pun pakat bawak anak-anak dia pergi support bundle kat JB hari tu. Lebih-lebih lagi bila kedai bundle tu 'dijenamakan' seperti ini :


Big Bundle ni antara jenama kedai bundle yang dah dikenali sekarang ni

Selain harga pakaiannya yang sangat murah, kalau anda jenis yang suka kumpul koleksi pakaian yang 'rare', memang bundle lah tempatnya, dan berikut merupakan tips-tips untuk anda yang mungkin baru nak try shopping di kedai bundle :

1. Rancang masa perjalanan anda
Aku gerenti, 1 jam pun belum cukup untuk korang belek semua baju yang ada di kedai bundle yang besar tu. Sila pergi ke kedai bundle pada hari yang korang rasa santai, sebab korang kena spend masa yang agak lama untuk pilih pakaian.

2. Memilih pakaian yang elok dan bersih
Ini personal tips aku kalau nak beli baju di bundle, aku akan selak dengan sepantas kilat dan sekali lalu semua baju-baju yang bergantung tu (ya, semua) dan ambil mana yang aku berkenan. Dah siap selak semua, aku check betul-betul yang aku dah berkenan tu, kena pastikan ada cacat cela ke tak..then pilih yang terbaik.

3. Bersiap-sedia dengan kekecewaan
Dah spend berejam belek-belek pakaian kat sana, tup..tup akhirnya tak dapat apa pun. Takde yang berkenan, ada yang berkenan tapi ada kotoran degil pulak..so itu memang lumrah kalau kita shopping di bundle. Aku pun selalu dah belek satu kedai, tapi balik dengan tangan kosong.

4. Cuci sebelum pakai !!
Ini wajib !! Basuh bersih-bersih pakaian yang dibeli tu before korang pakai bagi mengelakkan sebarang penyakit. Hahaha :p


Actually, bundle is not bad tau. Aku suka pergi beli baju kat bundle. Certain beli T untuk pakai kat rumah je, but kalau bernasib baik memang jumpa baju rare dan boleh bawak pergi jalan-jalan, harga pulak memang Rm 3 - Rm 5 je weyhhh...bawak Rm20 boleh dapat 4 baju! Haha jimat duit aku :p Yang penting, kena bijak memilih ;)


P/s : Nanti aku kongsikan koleksi baju bundle aku..:D


6 comments:

Tihara said...

pernah juga beli kat bundle
thanks for the tips

**sedapnya tengok gambo aiskrim kat atas tu :)

eima said...

seklai pun tak penah beli kat bundle ... huhuhu tak brani arr

Diana Rashid said...

selalu jugak ikut suami ke bundle..dia suka beli seluar untuk pakai kerja..tak de nye nak pakai seluar mahal2..buat kena minyak hitam je nanti..heheh

Kamila's Bundle said...

Best gak layan bundle kadang-kadang..
Especially design yg rare..
Selain pakaian pernah jugak beli beg dekat bundle..


http://bundlekamila.blogspot.com/

Mommy Cici said...

bagus tips tu semua . bab kecewa memang ada , yela nak selak baju bundle tu perlukan energy kat lengan . sampai lenguh lenguh. nak nak yang jenis susun rapat rapat tu . ya Rabbi . rasa mcm bermuscle pulak lepas tu . kihkihkih.

Salim Sedek said...

Sy memang layan bundle je...sbb murah..dlm sebulan ni, sy dh dpt pakaian idaman...selai jeans biasa dan selai carpenter jeans. Kedua2nya dr jenama Tommy Hilfiger yg memang sy gilakan sgt...rm 10.00 je bg 2 helai jeans tu n conditionnya boleh dikata begini...'sy tak rasa malu utk pakai jeans tu walau ke majlis santai di hotel 5 bintang sekali pun...'