Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 7 October 2014

EXPO 100th DORAEMON Secret Gadgets di City Square, JB


Salam! :D
Siapa suka baca komik doraemon??? Yahoo! Kalau korang nak tau, sekarang ni...ya sekarang ni tengah berlangsung Expo Doraemon kat Plaza City Square, Johor Bahru tau! Expo ni dibuat sempena ulang tahun Doraemon yang ke-100 tahun. Lama dah kann~ :D



Tengoklahhh...ada banyakkk doraemon kat dalam ni :

Kat sini akan didedahkan kepada umum tentang 100 gajet rahsia yang ada pada Doraemon tau. Comel sebab ada baaanyak doraemon! Sangat best untuk berselfie-selfie bersama mereka :D Sumber



Ni mate dia boleh bertukar-tukar, masa aku datang dekat, mata dia terpejam, sekali aku angkat kamera nak snap, boleh terbukak mata dia tu, terkejut aku..haha (ni aku snap daripada kamera kecik, sebab memory card rosak, takleh transfer gambar)

Selain ada banyak doraemon, dalam ni ada replika bilik Nobita yang ada patung Nobita kat dalam dia.

Sumber
Ada...."Mesin Merentas Masaaaa...." (sila sebut dengan gaya Doraemon)

Sumber
Dan banyakkk lagi...lepas tu dia ada cerita, kenapa Doraemon boleh bertukar jadi warna biru, padahal warna asal dia warna kuning.

Doraemon asalnya berwarna kuning...sumber
Okay, nak masuk dalam tempat-tempat yang aku tunjuk kat atas tu kena bayar tau, ni harga tiketnya :

Berbaloi lah kan, mampu milik gitu~ untuk tengok dan 'masuk' dalam komik Doraemon yang selama ni kita baca je tu~ hehehe
Selain itu, terdapat banyak kiosk-kiosk sementara yang menjual barangan Doraemon, daripada baju, Tee, bantal doremon, mug, sticker, semua benda yang ada Doraemon ada dijual kat sana :D

Bantal roti yang ada jawapan untuk Nobita makan pun ada tau..haha Sumber
Even cafe Doraemon pun ada!

Sumber
Harus lah cafe ni ada jual kuih favourite Doraemon iaitu Dorayaki kann :D

Sumber
Cuma aku tak tahu kita boleh makan ke tak..kalau halal, haa boleh lah merasa ye tak~ Hehehe.. :D

So, siapa-siapa yang pakat nak datang Johor tu, boleh lah singgah ke City Square ni sekali untuk tengok Doraemon dan beli souvenirs dia..sangat best! Dan jangan risau, expo ni berlangsung sampai 4 Jan 2015 nanti tau! So, kalau nak book tiket online boleh klik SINI.


P/s : nak pergi tapi takde kawan...adik aku susah pulak dapat cuti..wuwu


6 comments:

Hana said...

Alahai comelnya...geram geram

Unknown said...

alamak comelnyaaa. tapi JB jauh sangat pulak. sobs

nur anis said...

jauhnyaaa..huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau dekat mmg p dh..

Suria Amanda said...

Punya la dekat akak nak pi Lynn oiii

Unknown said...

Tak berapa fun la.I da pegi pasal I stay kt jb